Wednesday, October 31, 2012

DAH MAKAN BAGI CEK TENDANG!!! Cuba teka parti mana berperangai hodoh ini?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgQnWE0B1H45DXpqYbXuGhFHWppD4Y0Zl_29gTSBPi-zycZknjBQuazJXwI8jVCMuyH_LmvxSLZbwws9VSrfgPNskKdDGbAe5iq7M-tK1privlsoJTdCgktv9k2BVKnzuYfPCpj3aaaqWm1/s1600/logo-umnoX.jpgIPOH – Seorang pengusaha katering berang selepas menerima cek tendang dan menyebabkan wang yang sepatutnya diterima dua bulan lalu masih tertangguh sehingga sekarang.

Pengusaha katering, Jamal Mohd Amzan, 46, berkata, dia menerima tempahan daripada seorang lelaki yang juga pemimpin dari sebuah parti politik untuk jamuan hari raya September lalu di Kampar.

Menurutnya, sejak mengusahakan katering 25 tahun lalu, ini adalah kes pertama yang melibatkan penipuan ribuan ringgit selepas semua tempahan disediakan untuk orang ramai.

“Atas dasar kawan, saya mempercayainya kerana sebelum ini dia juga menempah makanan untuk jamuan hari raya dan membayar terus pada masa itu. Saya tidak sangka pada tahun ketiga itu, dia buat hal,” katanya ketika sidang media di Pejabat PKR di sini, semalam.

Beliau berkata, selepas menghubunginya beberapa kali, lelaki itu akhirnya memberikan RM700 melalui rakannya, bagaimanapun ia tidak terhenti di situ kerana masih banyak lagi bakinya memandangkan jumlah keseluruhan kos tersebut adalah RM2,980.

Katanya, lelaki itu yang terus didesak untuk membayar baki wang tersebut kemudiannya memberikan cek bernilai RM3,000 tetapi sayangnya cek tersebut cek tendang.

“Saya juga pelik kerana jamuan kali ini, hanya katering saya sahaja yang diberi peluang untuk menyediakan makanan berbanding tahun-tahun lalu. Saya tak sangka dengan apa yang menimpa diri ini.

Jamal yang buntu dengan keadaan ini turut berjumpa dengan beberapa orang besar yang berkaitan dengan lelaki  itu untuk menceritakan masalahnya agar ada tindakan dari mereka tetapi sehingga kini tiada maklum balas positif.

Menurut Jamal, dia telah membuat satu laporan polis berhubung dengan penipuan yang dilakukan dan akan merujuk perkara itu melalui tindakan undang-undang.SH

HUMMER HITAM WNX 9776!!! Kantoikan Nazri Aziz dan anaknya Nedim


Beberapa hari lalu Nazri Abdul Aziz telah menafikan menerima RM3 juta daripada 'kawan' hartawan kayu tetapi tidak pasti samada kawannya itu meminjamkan keretanya kepada anaknya.

Itu kenyataannya bila mengulas tulisan Raja Petra Kamarudin mendakwa bahawa Nazri dan anaknya Mohamad Nedim masing-masing menerima RM3 juta dan sebuah kereta sport dari Chia.

"Oh tidak, ia tidak benar, ia tidak benar. Chia ialah rakan. Saya tidak tahu jika dia dipinjamkan kereta untuk anak saya. Anda perlu bertanya kepada anak saya, "katanya di pejabatnya.


Jika kita pergi untuk bertanya kepada anak Nazri Aziz sendiri ada dua kemungkinan yang akan kita hadapi. Samada kita akan dibelasah oleh anaknya itu ataupun pertanyaan kita tidak akan dilayannya.


Bagi merungkai jawapan tentang kereta mewah tersebut KEADILAN dengan kerjasama Sarawak Report telah menjalankan siasatan sendiri untuk mengesahkan bahawa kenderaan mewah itu benar-benar digunakan oleh anak Dato’ Seri Nazri Aziz.


Dan penemuannya ialah memang benar sebuah kereta mewah milik Micheal Chia kini digunakan oleh anak Nazri Aziz tetapi yang ditemui ialah Hummer.
 
Sebagai seorang Menteri kanan yang dipertanggungjawabkan menangani kes-kes rasuah dan pengubahan wang haram yang sensitif seperti kes RM40 juta ini, Nazri Aziz perlulah telus, bersih dan dilihat tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan mana-mana individu yang dipertahankan beliau.

Malangnya, KEADILAN mempunyai bukti bahawa kaum keluarga beliau mendapat manfaat terus (direct benefit) dari sumbangan Michael Chia, iaitu individu utama yang dituduh di dalam skandal RM40 juta.


Anak kepada Dato’ Seri Nazri Aziz iaitu Nedim Nazri Aziz dan keluarganya mendapat manfaat melalui sebuah kenderaan mewah jenis Hummer hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776.

Kenderaan mewah Hummer hitam WNX 9776 ini dianggarkan berharga lebih RM459,000 dan dimiliki oleh Michael Chia. Hakmilik ini boleh disahkan melalui carian saman di laman MyEG.

Saman bernombor 1100105197 bertarikh 1 April 2011 mengesahkan bahawa kenderaan Hummer hitam (gambarnya disertakan sekali di dalam carian saman MyEG seperti dalam Gambar A2) adalah dimiliki oleh Michael Chia atau Chia Tien Foh (670406-12-5261).

Bukti-bukti berikut (diperolehi melalui siasatan mengenai latar belakang anak Dato’ Seri Nazri Aziz dan pemantauan Hummer WNX 9776) mengesahkan bahawa kenderaan tersebut digunakan sepenuhnya oleh anak Dato’ Seri Nazri Aziz:

i) Kenderaan tersebut berada di parkir Clearwater Residence, Damansara Heights


Pemantauan kami menunjukkan bahawa Hummer WNX 9776 dipandu oleh pemandu peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz. Rutin harian kenderaan tersebut banyak berkisar di antara Clearwater Residence (kediaman anak Dato’ Seri Nazri Aziz) dan Bangsar Shopping Complex (kedai anak Dato’ Seri Nazri Aziz).


Gambar-gambar pemantauan di lobi Clearwater Residence yang jelas membuktikan bahawa kenderaan itu berulang-alik dari Clearwater Residence dan dipandu oleh pemandu dan pengawal peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz.






Bukti-bukti bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di Clearwater Residence sila lihat di sini ( RafiziRamli )

UMNO/BN TINDAS RAKYAT!!! Rujuk Peguam Negara, tetap mahu laksana kamera AES di negeri Pakatan

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan akan merujuk kepada pegawai undang-undang dan pejabat Peguam Negara tindakan empat kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) menangguhkan pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di negeri masing-masing.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, perkara ini tidak sepatutnya dijadikan modal politik kerana tujuan sebenar pemasangan AES ialah untuk melindungi rakyat di samping membentuk masyarakat berhemah dan berdisiplin di jalan raya.

"Kita akan merujuk kepada pihak Peguam Negara berhubung pelaksanaan di negeri-negeri pembangkang ini. Saya tidak pasti mengenai peruntukan undang-undang berhubung perkara ini, sama ada mereka (kerajaan negeri) mempunyai hak terutamanya lampu isyarat, yang mungkin terletak di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

"Begitu juga jalan-jalan persekutuan atau lebuh raya yang di bawah PLUS. Walaupun ini berada di negeri-negeri mereka (pembangkang) tapi jalan raya ini adalah milik orang awam," katanya kepada Bernama selepas ditemu bual Radio24 di Wisma Bernama hari ini.

Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, empat kerajaan negeri yang ditadbir PR iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bersetuju menangguhkan pemasangan AES.

Katanya, pemasangan 331 kamera AES yang dicadangkan di empat negeri terbabit, seharusnya mendapat kelulusan pihak berkuasa di peringkat kerajaan negeri terlebih dahulu.

Dalam pada itu, Abdul Rahim berkata, keputusan untuk melaksanakan AES itu dibuat sudah begitu lama dan bukanlah satu tindakan yang terburu-buru.
Malah, katanya, isu kronisme dalam pemberian tender kepada syarikat pelaksana tidak timbul kerana penilaian berhubung kebolehupayaan syarikat berkaitan dilakukan secara telus.

Beliau berkata, daripada sembilan syarikat yang berminat, tujuh dinilai pihak yang mempunyai kepakaran dalam bidang teknikal berhubung keberkesanan sistem itu.
"Sistem ini telah dikaji sejak 2003, pada 2006, kabinet telah buat keputusan dan operator telah dipanggil untuk dinilai pada 2007 di samping beberapa pindaan undang-undang dibuat pada 2009 dan 2011," katanya.- Bernama

JELAJAH MERDEKA DI BANTING!!! Samseng UMNO berani bila ada polis, menikus bila polis tiada



LOKASI:   TAMAN BANTING BARU, JALAN JUGRA, BANTING, SELANGOR
ACARA:   CERAMAH JELAJAH MERDEKA RAKYAT

TARIKH DAN MASA:    30HB OKTOBER 2012 JAM 10.00 MALAM

Pihak penganjur mendapat maklumat yang ceramah DSAI siri Jelajah Merdeka Rakyat, Jalan Jugra Banting, Selangor akan diganggu oleh para penyangak UMNO yang juga mengadakan ceramah ditempat berhampiran.

Penceramah UMNO malam tadi terdiri dari Lokman Adam dan Ruslan Kassim.

Dipihak Pakatan Rakyat, DSAI, Dr Hatta Ramli dan Tony Pua.

AMK dan Unit Amal Malaysia telah bersedia dengan memberikan kawalan keselamatan yang ketat kepada DSAI.

Ingatkan mereka nak datang ganggu kacau dengan membaling batu atau sebagainya.

Haram kot berani!!!!!!.....Dengan budak remaja pun para penyangak UMNO tak berani nak tunjuk lagak samseng.

Ceramah selesai jam lebih kurang 11.55 malam 30hb Oktober 2012 dengan aman sifar gangguan dari penyangak dan samseng-samseng UMNO.

PARA PENYANGAK TAIK KUCING UMNO HANYA BERANI TUNJUK LAGAK KALAU ADA POLIS BERHAMPIRAN....KALAU TAK DE KELIBAT ANGGOTA-ANGGOTA POLIS, HARAM TAKUT MENIKUS....ITU PENGAMATAN ADMIN SEJAK DULU LAGI.

UMNO TUMBANG...ISLAM DAN MELAYU GEMILANG.

UMNO TIADA....ISLAM TIDAK LAGI DIHINA.

UMNO TERSUNGKUR....NEGARA MAKMUR.

UMNO KECUNDANG.... RAKYAT SENANG.OMAK KAU

TERLALU TERDESAK!!! Kanak-kanak sekolah jadi mangsa sambut Najib di Kedah



BIAR GAMBAR MENJADI SAKSI BERBICARA!!!!

Suasana pagi tadi di Tg Dawai, Merbuk, Kedah, sempena lawatan rasmi Najib Razak disana.

Beliau hanya disambut oleh budak-budak tadika dan murid-murid sekolah rendah sahaja selain beberapa kerat warga dewasa.

Budak-budak tadika dan sekolah rendah ini diarah kibarkan jalur gemilang dan bawa sepanduk tulis I LOVE PM,,,,SELAMAT DATANG PM.. WE LOVE U...
Budak yang langsung tak tahu apa benda ini dipergunakan oleh para pemimpin UMNO bagi menunjukkan kononnya rakyat Kedah amat sayang dan menyokong Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia.

Warga dewasa yang tahu erti dan makna I love PM dan We Love PM langsung tak terlioq nak pegang placard..

Lepas itu kecoh dan heboh satu dunia,kononnya  Kedah bakal jatuh ketangan UMNO semula pada PRU 13 nanti.

JELAS SEKALI UMNO MENYALAH GUNAKAN MURID-MURID SEKOLAH TERMASUK MURID TADIKA DEMI POLITIK SEMPIT MEREKA!!!!!

UMNO DAH TERDESAK....HANYA PARTI NAZAK AKAN LAKUKAN KERJA-KERJA TERDESAK!!!

UMNO TUMBANG... ISLAM DAN MELAYU GEMILANG.....UMNO TERSUNGKUR.. NEGARA MAKMUR....UMNO TIADA... ISLAM TIDAK LAGI DIHINA... UMNO KECUNDANG... RAKYAT SENANG.OMAK KAU

FITNAH ASET PKNS!!! Utusan kena saman lagi


SHAH ALAM 31 OKT : Kerajaan Selangor akan menyaman akhbar Utusan Malaysia dan Timbalan Ketua Pengarangnya ekoran satu artikel tidak benar dan berunsur jahat berkenaan status pemilikan lima aset Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Artikel tersebut bertajuk “Jual aset PKNS : Sultan Selangor murka?” diterbitkan hari ini dan ditulis timbalan ketua pengarang Datuk Zaini Hassan.

Pengumuman saman itu dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu sidang media sejurus selesai mempengerusikan Mesyuarat Exco di Bangunan SUK di sini petang tadi.

“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kesal dengan artikel yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini.

“Justeru, Kerajaan Negeri mewajarkan satu tindakan tegas diambil kerana artikel tersebut ternyata palsu dan menjejaskan nama baik Menteri Besar,” tegasnya yang turut ditemani Ahli Exco Negeri, Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Ronnie Liu.

Sehubungan itu juga, Kerajaan Negeri mengarahkan peguam menghantar surat tuntutan maaf kepada Utusan Malaysia dan Zaini selain mengarahkan PKNS mengambil tindakan sama.

“Walaupun kita menghormati kebebasan media, namun media tidak boleh menyalahgunakan kebebasan itu.

“Apalagi untuk melaporkan berita berunsur fitnah, palsu dan mengelirukan,” tambah beliau.

Laporan akhbar berkenaan menyebut Kerajaan Negeri akan menjual lima aset PKNS iaitu Kompleks PKNS Shah Alam dengan harga RM 85 juta, Menara PKNS Petaling Jaya (RM90 juta), Shah Alam Convention Centre (RM97 juta), Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) dan Wisma Yakin (RM7 juta).

KANTOI!! Syarikat konsesi AES menyamar JPJ


Kempen Anti Saman Ekor (KASE) menuntut penjelasan daripada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung kejadian penyamaran sebagai pihak berkuasa oleh syarikat konsesi Sistem Kamera Automatik (AES).


Penasihat Undang-undang KASE, Zulhazmi Shariff berkata, berdasarkan sumber yang diperolehi, Syarikat Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd mewarnakan kenderaan mereka seakan-akan pacuan empat roda Toyota Fortuner milik JPJ.

“Apa yang berlaku sekarang, maklumat yang kami terima, ATES dan Beta Tegap mewarnakan kenderaan milik syarikat sebagai warna seakan-akan warna JPJ. “Letak logo JPJ, nama ‘Automated Enforcement System’ sedangkan kenderaan tersebut bukan kenderaan JPJ. Ini apa cerita?” katanya di lobi Parlimen.

Tegasnya, penyamaran sebagai pihak berkuasa ini merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Dalam sidang media sama, Pengerusi KASE, Datuk Mahfuz Omar menggesa semua penerima saman AES agar tidak membuat bayaran kompaun sebaliknya hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan perkara berkenaan.

Ini kerana KASE akan menyediakan peguam kepada mereka selain penggunaan peruntukkan undang-undang yang salah seperti dinyatakan dalam surat saman.

Tegasnya, kerajaan sepatutnya membatalkan semua saman yang mula dikeluarkan pada 13 Oktober lalu dan penangguhkan perlaksanaan AES seperti yang didesak sebelum ini.

“Kalau kerajaan masih tidak menarik balik saman ini, KASE menyeru kepada semua penerima saman ini agar tidak membayar kompaun.

“Sebaliknya ikut arahan ini (dalam surat saman) ke mahkamah. Kami bersedia menyediakan beberapa peguam bagi membantu mereka yang bersedia ke mahkamah.

“Peguam ini hanya untuk saman AES dan bukannya saman trafik,” katanya.

Surat saman AES yang dikeluarkan menyatakan kesalahan melanggar had kelajuan berada di bawah Seksyen 79 (2).

Seksyen berkenaan sebenarnya bukan berkaitan perlanggaran had kelajuan sebaliknya merujuk pada perlanggaran kepada mengabaikan terhadap arahan dan isyarat lalu lintas.

Dari segi hukuman pula, tidak ada kompaun minimum RM300 sebaliknya tidak melebihi RM 500.

“Undang-undang disini (dalam surat saman) yang digunakan pun pelik. Dia (surat saman) kata miinta kita hadir ke mahkamah sendiri atau diwakil peguam.

“Mana boleh pertuduhan yang ingin disebut di mahkamah diwakili peguam,” jelasnya. Ujar beliau lagi, kesalahan AES ini tidak akan melibatkan kesan disenarai hitam sebaliknya penerima boleh membuat saman balas seandainya mereka dikenakan tindakan sedemikian.

Beliau menambah, langkah penyelesaian di mahkamah ini dapat mengurangkan peluang kepada syarikat konsesi memperoleh keuntungan RM16 dari setiap saman yang dikeluarkan ~selangorku

TUNTUTAN ROYALTI KELANTAN !!! Presiden UMNO/Barisan Nasional yang lidah pembelit lagi penipu

Telaga minyak (PM307) dijumpai dalam perairan malaysia 160km bertentangan dengan negeri Pahang.

Najib terus isytihar untuk beri duit hasil minyak/gas kepada pahang dengan berkata -""Ini dasar kita untuk mengagihkan kekayaan minyak dengan lima peratus pembayaran tunai kepada Pahang," katanya."

Rujuk Mkini - http://www.malaysiakini.com/news/212954

Ehh..tu keputusan Jawatankuasa khas bayaran tunai hasil petroleum (rujuk: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kajibayaranhasilpetroleum/Article/index) ke seperti yang DIJANJIKAN PM kepada rakyat kelantan yang bangkit tuntut hak kami/mereka selepas PM mula merasa panas punggung sejurus selepas dimaklumkan kewujudan program WALK FOR ROYALTI 2 anjuran NGO R di pusat bandar kota bharu.memang najib penipu besar.

WHY PAHANG SAHAJA? KELANTAN MACAMANA?KALAU KIRA,KELANTAN LAGI DEKAT TELAGA MINYAKNYA..BAWAH 150KM dari darat
 
Oleh : Asrol Affandi -FB


BERITA BERKAITAN :

Perdana Menteri, Najib  mengumumkan Petronas Carigali Sdn Bhd dan Lundin Oil menemui rizab minyak tambahan di medan minyak Bertam, yang terletak di Blok PM 307.

Beliau berkata, medan minyak yang terletak kira-kira 160km di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan Pahang, pada kedalaman air 76 meter.

"Penemuan ini sangat penting memandangkan kita belum pernah menemui minyak komersil dalam kuantiti yang tinggi di Lembangan Penyu, dan ia merupakan kejayaan besar.

"Bergantung kepada keputusan kajian kebolehlaksanaan teknikal dan komersial, pengeluaran minyak dijangka akan dicapai pada suku ketiga tahun 2014 dengan sasaran pengeluaran berjumlah antara 17,500 dan 20,000 tong sehari," kata Najib pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pelaksanaan Bioteknologi (ICM) di pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya.

Dengan penambahan rizab ini, medan minyak Bertam kini dianggarkan mengandungi jumlah isi padu asal keseluruhan 64 juta tong.

Najib  yang juga Menteri Kewangan berkata, negeri Pahang dijangka menerima wang ehsan sekitar RM100 juta setahun, bergantung kepada anggaran pengeluaran, apabila pengeluaran bermula pada suku ketiga tahun 2014.

Beliau berkata, penemuan ini membuktikan kewujudan minyak dan gas di kawasan selatan Malay Basin ke arah Lembangan Penyu.

“Oleh itu, medan minyak tersebut adalah terletak di kawasan pelantar benua iaitu melepas tiga batu, dan terletak dalam bidang kuasa kerajaan persekutuan. “Ini dasar kita untuk mengagihkan kekayaan minyak dengan lima peratus pembayaran tunai kepada Pahang," katanya.


Kedahkini

PERANGAI HODOH UMNO!!! Maki hamun dan halau MB Selangor dengan parang

KETIKA umat Islam melaksanakan ibadah korban dan merayakan Aidil Adha, beberapa samseng lelaki dan wanita yang kita faham merupakan penyokong Umno, memaki hamun dan menghalau Menteri Besar Selangor dengan parang dan pisau di tangan.

Budaya samseng yang diterapkan oleh United Malays No Otak, Umno telah membuatkan penyokong mereka sanggup bertindak di luar batas. Sebelum ini bas jelajah Merdeka Rakyat diserang oleh penyokong Umno kini MB pula dimaki hamun dan dihalau.


Rujuk keratan Akhbar Sinar Harian edisi Selangor, bertarikh 31 Oktober 2012 di bawah ini.




Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid dipilih oleh masyarakat setempat melalui suara majoriti dan pilihanraya. Beliau juga Menteri Besar Selangor yang sah dipilih oleh suara ramai.


Kalau pun tidak bersetuju dengan Menteri Besar Selangor, dari Pakatan Rakyat, janganlah sampai bertindak di luar batas. Ini mentaliti orang gila.


Lihat bagaimana Tan Sri Khalid datang bertemu rakyat. Tak perlu majlis sambutan, tak perlu paluan kompang, tak perlu polis pengiring seperti amalan Menteri Besar Barisan Nasional. Beliau sanggup datang beramah mesra bersama rakyat meskipun hanya melalui jemputan spontan.


Namun beberapa orang samseng ini sengaja cuba membuat kecoh kononnya mahu menunjukkan Tan Sri Khalid dibenci oleh rakyat Selangor. Ini namanya "over react" atau "over kill", kalau nak buat propaganda murahan jangan terlebih sangat, nampak benar terdesak.


Sembur nyamuk dengan racun serangga, sembur jangan terlebih-lebih nanti terkena diri sendiri, diri sendiri yang mabuk, silap hari bulan boleh pensan atau mampos terus.


ReJaM© "
Orang Melayu jadi bodoh kerana menyokong Umno... "


UMNO GAGAL!!! Serangan UMNO/BN tak gugat Selangor, Audit iktiraf negeri terbaik

Serangan Umno BN terhadap kerajaan Selangor hanya omong kosong dan gagal menafikan penarafan Laporan Audit 2011 ke atas negeri itu, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.

“Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini menyatakan Selangor merupakan negeri terbaik di bawah kelolaan Tan Sri Khalid Ibrahim jelas menafikan segala tohmahan terhadap pemerintahan kerajaan negeri,” katanya depan 5,000 rakyat pada Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Bandar Baru Batang Kali, kelmarin.
Pengerusi KEADILAN Negeri itu berkata, anggota parti bersama pimpinan Pakatan Rakyat harus mempertahankan segala usaha Menteri Besar selama ini.

“Kenapa kita mesti pertahankan Tan Sri Khalid? Ini kerana beliau telah berusaha sepenuh hati merakyatkan ekonomi negeri.

“Kekayaan negeri telah beliau agihkan untuk dikongsi bersama seluruh rakyat negeri, sekaligus memberi kesenangan dan menyenangkan rakyat yang selama ini terpaksa hidup dalam tekanan sepanjang pemerintahan kerajaan korup Umno BN,” katanya disambut sorakan hadirin.

Ahli Parlimen Gombak itu turut menyelar dakwaan tidak berasas Umno BN bahawa pemberian air percuma mengakibatkan Selangor kehabisan air.

“Masalah kita bukan tidak ada air, air sentiasa ada. Masalah kita adalah ketiadaan air untuk dirawat.

“Itupun bukan salah kerajaan negeri, tapi salah Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor). Syabas di bawah arahan Umno BN telah sabotaj kita (kerajaan negeri) supaya air yang sedia ada tidak dapat dirawat dan ia menyebabkan kita gagal membekalkan air yang berkualiti untuk rakyat,” kata Azmin.

Beliau turut menempelak kenyataan beberapa pimpinan tertinggi BN yang mendakwa negara akan hancur jika dipimpin Pakatan Rakyat.

“Mereka kata kita tidak ada pengalaman, saya nak beritahu mereka, ya memang kita tidak ada pengalaman. Tapi pengalaman apa? Kita tidak ada pengalaman menyumbat lembu ke dalam poket sendiri.

“Kita juga tidak punya pengalaman dalam aktiviti membekalkan projek-projek untuk anak beranak serta kroni, mengkayakan sesama sendiri dengan menyeleweng wang rakyat.Ya, kita tidak pernah ada pengalaman itu,” sinis Azmin lagi.