IPOH – Seorang pengusaha katering berang selepas menerima cek tendang
dan menyebabkan wang yang sepatutnya diterima dua bulan lalu masih
tertangguh sehingga sekarang.
Pengusaha katering, Jamal Mohd Amzan, 46, berkata, dia menerima tempahan daripada seorang lelaki yang juga pemimpin dari sebuah parti politik untuk jamuan hari raya September lalu di Kampar.
Menurutnya, sejak mengusahakan katering 25 tahun lalu, ini adalah kes pertama yang melibatkan penipuan ribuan ringgit selepas semua tempahan disediakan untuk orang ramai.
“Atas dasar kawan, saya mempercayainya kerana sebelum ini dia juga menempah makanan untuk jamuan hari raya dan membayar terus pada masa itu. Saya tidak sangka pada tahun ketiga itu, dia buat hal,” katanya ketika sidang media di Pejabat PKR di sini, semalam.
Beliau berkata, selepas menghubunginya beberapa kali, lelaki itu akhirnya memberikan RM700 melalui rakannya, bagaimanapun ia tidak terhenti di situ kerana masih banyak lagi bakinya memandangkan jumlah keseluruhan kos tersebut adalah RM2,980.
Katanya, lelaki itu yang terus didesak untuk membayar baki wang tersebut kemudiannya memberikan cek bernilai RM3,000 tetapi sayangnya cek tersebut cek tendang.
“Saya juga pelik kerana jamuan kali ini, hanya katering saya sahaja yang diberi peluang untuk menyediakan makanan berbanding tahun-tahun lalu. Saya tak sangka dengan apa yang menimpa diri ini.
Jamal yang buntu dengan keadaan ini turut berjumpa dengan beberapa orang besar yang berkaitan dengan lelaki itu untuk menceritakan masalahnya agar ada tindakan dari mereka tetapi sehingga kini tiada maklum balas positif.
Menurut Jamal, dia telah membuat satu laporan polis berhubung dengan penipuan yang dilakukan dan akan merujuk perkara itu melalui tindakan undang-undang.SH
Read more ...