SHAH ALAM - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) tetap dengan pendiriannya
menyatakan Datuk Seri Nazri Aziz sebagai "liabiliti" kepada Barisan
Nasional (BN) meskipun Menteri di Jabatan Perdana Menteri menolak
tanggapan sedemikian.
Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, pihaknya tetap dengan pendirian itu berdasarkan maklumat diperolehi daripada rakyat.
Sehubungan itu, Azwanddin menegaskan, reaksi Nazri kelmarin menunjukkan
beliau angkuh dan hanya mengutamakan kepentingan peribadi, bukannya
parti.
Tambahnya, "sepatutnya Nazri bertindak mengeluarkan kenyataan yang lebih matang, bukan mencabar saya bertanding di tempatnya."
"Kita tegur daripada pemerhatian dan kita dengar orang yang bercakap di
belakang, kita tak ada niat untuk burukkan beliau, kita nak membantu
parti itu.
"Tapi bila kenyataannya keluar hari ini (kelmarin), saya tengok beliau
begitu angkuh dan sepatutnya beliau kena keluarkan kenyataan yang lebih
matang dan menerima teguran kita sebagai wakil kepada rakyat.
"Kita tetap pendirian katakan beliau memang liabiliti BN dari segi isu rasuah," katanya kepada Sinar Harian Online.
Dalam reaksinya kelmarin, Nazri berkata, "saya aset (kepada parti), bukan liabiliti."
“Saya rasa saya aset kepada BN, kalau tak, takkan mereka (pembangkang dan Azwanddin) nak serang saya.
"Yang buat serangan pula adalah Pengarah Strategi PKR. Jelas itu
strategi dari PR dan bimbang dengan kedudukan saya. Tapi kita tengok
nanti sama ada saya ni aset atau liabiliti kepada BN,” katanya.
Mengulas lanjut, Azwanddin berkata, Nazri seharusnya menerima pandangan
daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memberi teguran demi
kepentingan parti dan bukan mengeluarkan kenyataan mengikut emosi.
Beliau berkata, NGO hanya bertindak sebagai pemerhati bebas dan memberi
teguran tanpa mempunyai agenda untuk memburukkan sesiapa terutama
pemimpin-pemimpin negara.
"Kita bercakap untuk kebaikan BN, tapi beliau keluarkan kenyataan untuk kepentingan peribadi.
"Beliau sepatutnya terima pandangan kita, dan menjawab dengan baik
untuk kebaikan bersama dan beliau memang bebas untuk bercakap," katanya
sambil menambah, kekesalan terhadap kenyataan Nazri yang disifatkan
sebagai "keanak-anakan."SH
Thursday, November 8, 2012
SAHAM FELDA JATUH LAGI!!! Dana awam mana akan disuntik pulihkan harga saham?
Bagaikan tak dapat ditahan-tahan lagi, saham perladangan kebanggaan
perdana menteri, Najib iaitu Felda Global Ventures Holdings
(FGVH) terus mencatat kejatuhan apabila sesi dagangan pagi dibuka hari
ini.
Setakat jam 1045 pagi tadi, saham tersebut kini berada pada paras
RM4.60, merosot lagi tiga sen dan kini cuma lima sen dari paras harga
tawaran permulaan (IPO) iaitu RM4.55 apabila diapung di Bursa Malaysia
pada 28 Jun lalu.
Saham tersebut didagangkan RM4.61 jam 1025 pagi tadi sebelum turun semula ke paras RM4.60 tidak sampai setengah jam selepas itu.
Semalam, FGVH ditutup pada paras RM4.63, paras kedua terendah RM4.59
kelmarin sejak mencatat paras tertinggi RM5.45 beberapa hari selepas
penyenaraiannya.
Sudah beberapa kali institusi awam seperti Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) menyuntik dana
bagi memulihkan harga saham tersebut sejak beberapa bulan lalu namun
usaha tersebut sia-sia.
KWSP kini memegang saham FGVH sebanyak 7.78 peratus saham setelah membeli lagi 225 ribu saham perladangan tersebut semalam.
Setakat ini, pengerusi FELDA yang juga ADUN Bagan Pinang, Isa Samad masih diam membisu tanpa sebarang penjelasan.
Dipercayai, saham tersebut akan terus bergerak ke jajaran sempit ekoran
cuti perayaan Deepavali dan Awal Muharam yang akan diambut minggu depan.
Prestasi mengecewakan ini pastinya akan menambah derita peneroka FELDA
yang sudah melanggan sejumlah 800 unit saham yang diperuntukkan kepada
mereka, apatah lagi mengenai dakwaan pengerusi NGO pro-Pakatan Rakyat
(ANAK), Mazlan Aliman bahawa peneroka sudah pun mula mengalami kerugian
apabila saham tersebut mencecah RM4.78 sesaham atau lebih rendah dari
itu.
Prospek aliran rendah serta ketidak tentuan harga minyak sawit mentah
(MSM) dunia bagi kontrak hadapan Januari dan Februari 2013 turut
menambah kemungkinan harga saham tersebut akan berlegar sekitar RM4.57
dan RM4.63 sen dalam tempoh terdekat.
JALAN PULANG
GANSTER NO 1 !!! Dah jadi beban baru UMNO/BN
Tertekan dengan pendedahan oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli
yang berjaya membuktikan kaitan antara dirinya dan anaknya dengan
jutawan balak dari Sabah, Michael Chia, Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Nazri Aziz kini merupakan beban terbaru Umno dan Barisan
Nasional (BN).
Bukan setakat Pakatan Rakyat menempelaknya, malah, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro-Umno, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) juga membidas tindakan Nazri yang disifatkannya sebagai tidak profesional.
Nazri kini diasak bertubi-tubi berhubung dakwaan menerima habuan RM3 juta dari Chia dan anaknya, Mohamed Nedim menggunakan sebuah kereta mewah Hummer bernilai RM1.4 juta milik Chia tanpa alasan munasabah.
Berikutan pendedahan Rafizi, dia sendiri akan terbang ke Hong Kong minggu depan bagi mendapatkan maklumat sebenar sama ada dakwaan Nazri bahawa agensi anti rasuah negara itu, Independent Commision Against Corruption (ICAC) sudah menutup kes Chia menyeludup wang berjumlah RM40 juta dalam matawang dolar Singapura yang dikatakan milik Umno Sabah, benar-benar dilaksanakan.
Ahli parlimen Padang Rengas itu kini didesak supaya bercuti dari tugasnya sementara menunggu hasil siasatan ICAC dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah Rafizi membuat laporan rasmi kepada suruhanjaya itu Rabu lalu di Putrajaya.
Dan hasilnya, Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia semalam tidak membenarkan mana-mana pihak luar selain dari ahli parlimen dari menggunakan ruang sidang media di bangunan parlimen kununnya ia adalah hak eksklusif buat ahli parlimen dan bukannya pihak yang tidak bertanggungjawab.
Ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution pula mendedahkan dalam satu mesej di Twitter semalam bahawa keputusan Pandikar sebenarnya bertitik tolak dari sebuah memorandum yang ditandatangani beberapa media pro-Umno mendesak Pandikar supaya menghalang pemimpin Pakatan Rakyat bukan berstatus ahli parlimen dari terus menggunakan ruang tersebut.
Dipercayai, Nazri adalah dalang di sebalik penyerahan memorandum tersebut yang diterima Pandikar pada Selasa lalu.
Bagaimanapun, Nazri tidak mahu mengulas keputusan Pandikar dan tidak pula memberi sebarang komen berhubung penglibatan anaknya dan habuan untuk dirinya, sehingga hari ini.
Rafizi pula dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman blognya, rafiziramli.com menempelak tindakan Nazri mempergunakan Pandikar menghalang sidang media dari terus dibuat bagi mendedahkan lagi siri penglibatannya dalam skandal yang memalukan Malaysia itu.
Difahamkan, kedudukan Nazri akan diputuskan perdana menteri, Najib Altantuya dalam beberapa hari lagi setelah selesai mesyuarat Majlis Raja-Raja yang mula bersidang semalam di Kuala Lumpur.
Persoalannya, apakah Nazri kini bakal disingkirkan dari mempertahankan kerusi Padang Rengas dalam pilihanraya umum akan datang kerana dakwaan Rafizi sungguh kuat hinggakan media pencacai Umno seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian langsung tidak mempertahankannya?
Apakah Nazri kini satu lagi 'kambing hitam' buat menjadi korban BN di saat parti yang memerintah Malaysia itu kini semakin hilang sokongan dari akar umbinya sendiri di seluruh negara?
Seluruh persoalan ini menuntut jawapan segera dari Nazri dan tidak mustahil, penyelesaian terhadap skandal terbaru ini mirip skandal bekas menteri wanita, Shahrizat Jalil yang tidak menyambung khidmat senator pada 8 April lalu.
Rafizi kini dianggap sebagai 'giant killer' sekiranya berjaya mengheret Nazri ke muka pengadilan dan seterusnya dihumban ke kancah hina lagi mengaibkan seperti mana yang 'dinikmati' Shahrizat sekarang!

TERKINI!!! Himpunan Pemuda PAS bantah Nurul Izzah dianjurkan oleh Papa Gomo
TERBACA berita tentang sebaran SMS palsu menjemput orang ramai menyertai
himpunan aman serta penyerahan memorandum oleh Pemuda PAS membantah
Nurul Izzah kononnya kerana menyamakan Islam dengan agama lain serta
menyokong LGBT.
Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Tantawi mengesahkan bahawa SMS tersebut adalah SMS palsu yang disebarkan oleh individu yang tidak bertanggung jawab. Di bawah ini petikan laporan akhbar Sinar Harian hari ini.
ReJaM© sendiri menerima banyak panggilan telefon bertanyakan tentang hal ini. Ramai juga sahabat yang hampir percaya kepada SMS palsu ini. ReJaM© sendiri ada menerima SMS seperti ini melalui BBM (Blackberry Messengger).
Kalau tanya ReJaM©, siapakah dajal yang menyebarkan SMS palsu ini? Pada pendapat ReJaM©, SMS ini dicipta dan disebarkan oleh gabungan blogger lucah United Malays No Otak. Kerana mesej ini dikesan paling awal disebarkan oleh blogger lucah Papa Gomo.
ReJaM© terima mesej ini daripada Papa Gomo pada jam 4:27 petang hari Rabu lepas. Maknanya Himpunan ini kalau ada pun bukan dianjurkan oleh Pemuda PAS, sebaliknya dianjurkan oleh Papa Gomo. Kita dah faham sangat bahawa propaganda kononnya Pakatan Rakyat menyokong LGBT ini adalah propaganda blogger-blogger United Malays No Otak.

ReJaM© "Semua penyokong United Malays No Otak dijemput hadir kah kah kah..."
BUKTI KERJA KUAT UMNO!!! Makan duit rakyat macam penyamun
Pi sidang perwakilan UMNO pun sapu duit Seri Temin... penyamun tarbuih betoi
Untuk pendedahan penyelewengan hari mai kita tengok duit Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC) digunakan biayai penginapan di Perhimpunan Agung UMNO.Belanja yang digunakan atas nama penginapan Syed Sobri Syed Hashim (ADUN Kuala Nerang lanie) ialah RM2,249.00 (bayaran pada 8/7/03, cek no. 28915).
Manakala penginapan untuk perwakilan UMNO yang lain (tidak dinyatakan Bahagian mana, tetapi dipercayai UMNO Bahagian Padang Terap) ialah sebanyak RM36,210.00 (3/7/03, no. cek:985540).
Semua butiran ini tercatat dalam akaun STDC zaman BN.
Inilah kos mesyuarat yang paling mahal di zaman BN!!!
Pembangkang (BN) menuduh wang STDC difaraidkan untuk kroni PAS yang dilantik sebagai ahli lembaga pengarah, walhal semua ahli lembaga pengarah kini hanya menerima elaun menghadiri mesyuarat iaitu RM750 setiap kali mesyuarat.
Dalam setahun biasanya hanya tiga kali mesyuarat, bermakna elaun setiap ahli lembaga pengarah hanya RM187.50 sebulan! Di zaman BN, setiap ahli lembaga pengarah menerima elaun tetap RM2,000 sebulan di samping RM1,000 setiap kali menghadiri mesyuarat.
Mereka ialah Dato’ Seri Mahdzir Khalid, Dato’ Ariffin Man, Datuk Syed Sobri Syed Hashim, Encik Zubir Zabidi, Encik Mohamad Radzi Ayob, Puan Marlia Abd. Latiff dan Puan Sharifah Adawiyah Syed Ismail. Semuanya pemimpin politik Umno, sedangkan kini lantikan ahli lembaga pengarah adalah berdasarkan professionalisme mereka bukan kerana kroni.
Episod penyalahgunaan wang GLC di zaman BN, khususnya STDC, sangatlah panjang catatannya. Buat sementara biarlah kita fokuskan kepada penyelewengan sewaktu berlangsungnya pilihanraya umum ke 12.
Terdapat satu lagi fakta yang mengejutkan ialah dalam dua bulan pertama tahun 2008 (menjelang pilihanraya umum) STDC telah mengadakan mesyuarat dengan kos keseluruhannya ialah RM78,270. Sebahagian besar perbelanjaan tersebut adalah untuk makan.
Secara terperinci berikut adalah maklumat perbelanjaan STDC pada bulan Januari dan Februari 2008, khusus di bawah perkara ‘Mesyuarat di Naka’: 1/1/2008 – RM5,810.00, 1/1/2008 – RM26,150.00, 1/1/2008 – RM10,000.00. (Satu hari tiga kali mesyuarat?) 13/2/2008 – RM10,000.00, 13/2/2008 – RM7,905.90, 13/2/2008 – RM4,610.00, 13/2/2008 – RM11,700.00, 13/2.2008 – RM10,000.00 (Satu hari lima kali mesyuarat?)
Berdasarkan tarikh, tempat dan perbelanjaan, tidak lojik ia adalah mesyuarat ahli lembaga pengarah. Ada baiknya juga kita membuat persepsi yang rambang kononnya itu adalah mesyuarat lembaga pengarah yang diadakan sebanyak lapan kali, supaya nanti pihak yang terbabit akan menafikannya.
Jawapan yang mungkin diberikan begini, “Itu adalah tarikh pembayaran di buat, bukan tarikh mesyuarat dan bukan pula mesyuarat lembaga pengarah.” Jika melihat kepada semua perbelanjaan itu berada di bawah satu tajuk iaitu ‘Mesyuarat di Naka’, bermakna bukan lapan kali bermesyuarat tetapi hanya sekali.
Tentu ia lebih menjolok mata apabila kos untuk hanya sekali bermesyuarat ialah RM78,270.00! Jika pun ia mesyuarat sebuah parti politik maka kos tersebut adalah terlalu tinggi bagi sebuah mesyuarat yang diadakan di Daerah Padang Terap.
Persoalannya, adakah wang STDC telah disalahgunakan untuk menguruskan mesyuarat sebuah parti politik?Kedah La
PARIT BUNTAR!!! 45 anak muda sertai Unit Amal Parit Buntar
PARIT BUNTAR, 8 Nov. : Seramai 45 anak muda di sekitar Tanjung Piandang telah menyertai Unit
Amal Parit Buntar dalam satu majlis yang diadakan di Sungai Betul, Tanjung
Piandang.
Pengarah
Jabatan Amal Parit Buntar Zainudin Osman berkata, kesemua mereka bersedia untuk
berkhidmat sebagai sukarelawan terutama
khidmat berbentuk kebajikan sesuai dengan objektif penubuhan Unit Amal.
“Setakat ini Unit Amal banyak memberi khidmat sebagai petugas keselamatan dan
parkir setiap kali program yang melibatkan jumlah kehadiran yang besar.
“ Penambahan
ahli baru dapat membantu mengerakkan Unit Amal Parit Buntar agar lebih aktif
dengan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.” katanya
Zainuddin
berkata, Pesuruhjaya Pas Perak Abu Bakar Husin telah sudi meraikan ahli baru
Unit Amal Parit Buntar pada majlis penyertaan ahli baru ini.
“ Pesuruhjaya
Pas Perak telah menyerahkan t-shirt rasmi Unit Amal kepada semua ahli baru
sebagai tanda mereka diterima berkhidmat untuk Unit Amal.
“Mereka akan didedahkan dengan konsep
kerja amal dalam Islam yang dilaksanakan Unit Amal melalui pelbagai aktiviti
yang diadakan”katanya
Sementara itu,
Ketua Pas Cawangan Sungai Betul Bawah Abd Razak Teridi berharap Unit
Amal Parit Buntar perlu mengorak langkah lebih aktif agar diminati oleh
anak-anak muda di cawangan-cawangan.
“ Apabila kita kumpulkan anak muda di kawasan Tanjung Piandang dan
beri kefahaman tentang Unit Amal, hasilnya ramai yang berminat menyertai Unit
Amal.”katanya
Turut hadir
memberi sokongan dalam majlis berkenaan ialah Yang Dipertua Pas Parit Buntar
Harun Hashim dan Ketua Pemuda Pas Parit Buntar Dr. Mahyuddin Ibrahim.
GENSTER NO 1 !!! Nazri dah kantoi halang sidang media di parlimen
Pengarah Strategi PKR Rafizi
Ramli mendakwa larangan menggunakan ruang sidang akhbar di Parlimen oleh
bukan anggota parlimen yang berkuatkuasa serta merta sengaja dibuat
untuk menghadkan pergerakannya.
“Saya memang sudah menjangka tindakan seterusnya yang akan diambil oleh Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz adalah dengan menggunakan kuasanya untuk menghalang saya dari membuat sidang media di Parlimen.
“Beliau seharusnya sedar bahawa Parlimen adalah institusi tertinggi milik rakyat di negara ini.
Ia wajar disemarakkan dengan isu rakyat baik di dalam atau luar dewan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Tegas beliau, “tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dan pengurusan Parlimen menghadkan akses rakyat biasa untuk ke Parlimen dan bersuara melalui sidang media hanya akan merendahkan martabat dan kedudukan Parlimen.
“Pada fikiran saya, Nazri sekali lagi mengambil tindakan yang berunsurkan “conflict of interest” kerana sidang-sidang media yang akan datang mungkin akan berkisar mengenai beliau.
“Sebelum ini beliau tidak pernah mempunyai apa-apa halangan dengan sidang media yang dibuat di Parlimen,” jelas Rafizi.
Malah katanya, ketika isu NFC dibongkarkan dan bekas rakan kabinet beliau Dato’ Seri Shahrizat Jalil menjadi topik hangat sidang media, beliau langsung tidak membantah terhadap sidang-sidang media di Parlimen.
“Beliau juga dipetik berkali-kali melalui sidang media di Parlimen turut sama mendesak Shahrizat meletakkan jawatan.“Saya memang sudah menjangka tindakan seterusnya yang akan diambil oleh Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz adalah dengan menggunakan kuasanya untuk menghalang saya dari membuat sidang media di Parlimen.
“Beliau seharusnya sedar bahawa Parlimen adalah institusi tertinggi milik rakyat di negara ini.
Ia wajar disemarakkan dengan isu rakyat baik di dalam atau luar dewan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Tegas beliau, “tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dan pengurusan Parlimen menghadkan akses rakyat biasa untuk ke Parlimen dan bersuara melalui sidang media hanya akan merendahkan martabat dan kedudukan Parlimen.
“Pada fikiran saya, Nazri sekali lagi mengambil tindakan yang berunsurkan “conflict of interest” kerana sidang-sidang media yang akan datang mungkin akan berkisar mengenai beliau.
“Sebelum ini beliau tidak pernah mempunyai apa-apa halangan dengan sidang media yang dibuat di Parlimen,” jelas Rafizi.
Malah katanya, ketika isu NFC dibongkarkan dan bekas rakan kabinet beliau Dato’ Seri Shahrizat Jalil menjadi topik hangat sidang media, beliau langsung tidak membantah terhadap sidang-sidang media di Parlimen.
“Hanya apabila beliau yang menjadi bahan sasaran sidang-sidang media kebelakangan ini ekoran persoalan mengenai hubungan beliau dengan Michael Chia, barulah timbul soal hak menggunakan Parlimen untuk sidang media.
“Sebab itu saya terus mengulangi
saranan saya supaya Nazri mengambil sikap yang lebih terbuka dan tenang
seperti Shahrizat dalam menghadapi persoalan mengenai integriti dan
perhubungan beliau dengan ahli perniagaan yang disiasat.
“Keputusan terbaru Parlimen ini sedikit pun tidak merencatkan rancangan PKR untuk menumpukan perhatian kepada kes Nazri. Sidang media akan diteruskan dari semasa ke semasa dan pihak media akan dimaklumkan lebih awal,” ujar Rafizi.
Bernama melaporkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini mengisytiharkan ruang sidang akhbar di bangunan Parlimen, adalah khas dan eksklusif untuk anggota Parlimen sahaja berkuat kuasa serta-merta.
Beliau berkata orang luar yang masuk ke Parlimen dilarang menggunakan fasiliti itu untuk membuat apa sahaja kenyataan atau sidang akhbar walaupun ditemani oleh anggota Parlimen Bebas, Barisan Nasional mahupun pembangkang. -FMT
BUKTI!!! Kerja UMNO sapu duit rakyat
Oleh: Saiburi Sudin
Dato’ Amiruddin Hamzah pernah mendedahkan dalam Sidang DUN bagaimana
STDC telah membelanjakan RM7.5 juta sebagai sumbangan, walhal ianya tidak
diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk rebat cukai.
Laporan pihak Audit berhubung perbelanjaan tidak wajar dan bayaran yang dibuat tanpa sokongan dokumen terlalu banyak.
Antaranya ialah
sumbangan terhadap Mesyuarat Perwakilan Umno Padang Terap - RM10 ribu (23.01.2007),
lawatan Pemuda Umno ke Indonesia - RM10 ribu (14.03.07),
lawatan Puteri Umno ke Indonesia – RM5 ribu (18.03.07),
sumbangan kepada Umno Kedah – RM200 ribu (19.04.07),
sumbangan petugas BN pilihanraya kecil Ijok – RM5 ribu (13.05.07),
sumbangan T-shirt dan wang saguhati konvoi Pergerakan Pemuda Umno Padang Terap – RM4 ribu (22.05.07),
sumbangan kepada Umno Cawangan Padang Kerasak Naka – RM5 ribu (30.05.07) dan membekal cenderamata untuk perwakilan Umno Bahagian Padang Terap – RM26,150.00 (01.01.08).
Seterusnya ialah pemasangan billboard untum mesyuarat perwakilan Umno Padang Terap – RM10 ribu (01.01.08),
sewa khemah dan meja bulat untuk mesyuarat perwakilan Umno Bahgian Padang Terap – RM10 ribu (16.01.08),
membekal kain tudung kepada ahli Puteri Umno – RM20 ribu (03.02.08) dan makan minum untuk mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Padang Terap – RM21,700.00 (15.02.08).
Menteri Besar masa itu Datuk Seri Mahdzir Khalid turut menggunakan wang STDC untuk menerbitkan kalendar peribadi beliau yang diberi percuma kepada rakyat dengan kos RM80 ribu (06.12.07 & 20.02.08).
Banyak lagi pembayaran yang disifatkan oleh Audit sebagai ‘tidak berkepentingan dan tidak berkaitan dengan aktiviti dan objektif penubuhan STDC’.
Kedah La
SIAPA ALIES NOR?!!! Orang harapan Najib pilih calon pilihanraya UMNO
Isu calon pilihanraya sentiasa menjadi isu panas dalam UMNO. Begitu
ramai yang berebut dan merasakan mereka layak untuk menjadi calon dan
bergelar YB. Bagi mereka yang berjuang dan menjadi pemimpin UMNO,
terpilih menjadi calon pilihanraya merupakan pencapaian terbaik dalam
karier perjuangan peribadi atau sesetengahnya beranggapan seperti pintu
rezeki semakin terbuka dengan luas.
Dengan terpilih sebagai calon pilihanraya, kemudian menang pula, bermacam jawatan dan peluang boleh diraih selepas itu. Darjat dalam masyarakat juga meningkat dan semua itu menjanjikan peluang ke arah kemewahan.
Lantaran itu, tidak menghairankan perebutan menjadi calon pilihanraya dalam UMNO sentiasa panas dan menggelegak.
Jika sebelum ini proses pemilihan calon dibuat melalui cadangan yang dikemukakan oleh UMNO bahagian-bahagian ke ibu pejabat UMNO Malaysia dan kemudian ditapis oleh MT UMNO serta Badan Perhubungan UMNO Negeri-Negeri, namun sejak Najib memperkenalkan istilah "winnable candidate" ini, proses itu yang selama ini menjadi amalan turut melalui perubahan.
Meskipun menjelang PRU 13 ini, semua UMNO bahagian dilaporkan sudah mengemukakan nama-nama untuk dipertimbangkan sebagai calon sebagaimana biasa, namun peranan MT UMNO sebagai badan tertinggi untuk menapis nama-nama yang dikemukakan itu dilihat semakin diketepikan.
Ini berikutan Najib selaku Presiden UMNO yang begitu berhasrat besar untuk merealisasikan pemilihan calon berasaskan faktor "winnable" atau boleh menang dikatakan telah melantik bekas Setiausaha Politiknya, Alies Nor untuk mengetuai sebuah unit untuk menapis calon-calon pilihanraya kali ini.
Alies yang kini dilantik sebagai Pengerusi PWTC iaitu Kompleks Ibupejabat UMNO sebaik Najib menjadi Perdana Menteri, dikatakan mempunyai peranan yang cukup besar dan berpengaruh dalam pemilihan calon PRU 13 ini kerana Najib meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadapnya.
Alies dikatakan akan melakukan pemantauan yang menyeluruh terhadap nama-nama yang dikemukakan oleh UMNO bahagian-bahagian dengan kerjasama Biro Tatanegara serta pihak lain yang menjadi kepercayaannya. Selain itu beberapa pemantau yang terdiri daripada ahli jawatankuasa UMNO bahagian-bahagian yang diketahui rapat dengan Najib tetapi tiada keinginan untuk menjadi calon pilihanraya telah pun dilantik dalam unit yang diketuai oleh Alies Nor itu.
Dalam masa yang sama, beberapa bekas pemimpin juga turut dilantik dalam unit yang diketuai oleh Alies Nor itu dan antaranya ialah bekas Menteri Pelancongan, Sabbaruddin Chik.
Peranan unit ini bukan saja meneliti nama serta latarbelakang calon agar memenuhi kriteria "winnable" yang menjadi penanda aras politik Najib tetapi juga difahamkan turut mengambil kira faktor kecenderungan dan kesetiaan mereka.
Ini kerana selain menghadapi tentangan daripada Anwar dan Pakatan Rakyat, Najib juga dikatakan mengambil kira faktor Muhyiddin dalam pemilihan calon pilihanraya kali ini. Beliau seboleh-bolehnya cuba meminimakan pengaruh Muhyiddin bagi mengelakkan timbulnya desakan agar beliau diminta berundur daripada jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO jika BN hanya mampu mencapai kemenangan tipis dalam pilihanraya umum nanti.
Sehingga ini unit tanpa nama yang diketuai oleh Alies Nor ini sedang sibuk menjalankan tapisan dan siasatan keatas nama-nama calon yang difikirkan berpotensi untuk bertanding sebelum disahkan dan seterusnya dipersembahkan kepada Najib untuk kata putus.
Dengan tugas yang dimainkan oleh Alies Nor ini, peranan Muhyiddin selaku Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan MT UMNO secara automatik semakin terpinggir dan tidak lagi penting dalam proses pemilihan calon pilihanraya kali ini.
Adalah dijangkakan bahawa Najib akan mempersetujui sepenuhnya nama-nama yang disahkan sebagai "winnable" oleh Alies Nor itu dan MT UMNO hanya sekadar menjadi "rubber stamp" sahaja.
Peranan dan pengaruh Alies Nor dalam proses penentuan calon ini bukan lagi perkara rahsia dalam UMNO dan ia semakin menjadi bualan di mana-mana sekarang ini.
Malahan terdapat beberapa pemimpin UMNO dari beberapa negeri yang merasakan diri mereka layak dipilih sebagai calon sanggup datang ke Kuala Lumpur berulangkali untuk bertemu dan melobi sendiri dengan Alies Nor.
Sesetengah daripada mereka mendapat jawapan yang sama-samar daripada Alies Nor seperti diminta bersiap sedia tetapi ramai juga yang mengaku sudah pun mendapat pengesahan atau "endorsment" yang jitu sebagai calon yang pasti dalam pilihanraya kali ini.
Merebaknya cerita dari mulut ke mulut mengenai peranan dan pengaruh Alies Nor dalam pemilihan calon di era kepimpinan Najib ini menyebabkan beliau sentiasa diserbu dan dikunjungi oleh pihak-pihak yang ghairah mahu menjadi calon pilihanraya.
Berbeza dengan amalan sebelum ini di mana mereka yang berhajat menjadi calon akan melobi Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Pengerusi UMNO Negeri serta ahli MT yang dilihat rapat dengan Presiden UMNO, kali ini suasana itu hampir tidak kelihatan lagi.
Sementara tidak semua pemimpin dengan mudah dapat menemui Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri dan dalam yang sama merasakan pihak lain seperti Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden serta Pengerusi UMNO Negeri sudah ketiadaan pengaruh, sebaliknya kini Alies Nor yang tiada apa-apa jawatan dalam UMNO pula yang menjadi tumpuan serta perhatian. Shahbudin dot com