Friday, December 7, 2012

CEMAR NAMA BAIK!!! Penduduk Kampung Gombak Utara tuntut Pemuda UMNO minta maaf

KUALA LUMPUR 8 DIS: Penduduk Kampung Gombak Utara menuntut Ketua Pemuda Umno Gombak, Megat Zulkarnain Omardin memohon maaf atas perbuatan biadab samseng Umno sehingga menyebabkan kecederaan pengunjung ceramah Merdeka Rakyat, 4 Disember lalu.

“Kami menyeru Ketua Pemuda Umno memhon maaf atas cubaan menyemai budaya samseng kepada penduduk kampung yang selama ini dikenali bersopan santun dan berbudi pekerti. Di Gombak Utara, tidak ada budaya samseng sampai hari ini.

MASIHKAH INGAT!!! 'Ms Tow Truck' dah tak naik truck, lebih baik naik treler DAP ?


jessie ooi 05Ketua Beliawanis MCA Selangor, Jessie Ooi tidak lagi menjadi penyelaras BN Selayang apabila dia tidak dilantik semula selepas tempoh jawatannya itu tamat enam bulan lalu.

Ooi menjadi terkenal dan mendapat gelaran 'Ms Tow Truck' selepas meledakkan kemarahannya sewaktu debat umum antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng Februari lalu.


Dalam genangan air mata, Ooi memberitahu satu sidang akhbar semalam bahawa dia gagal mendapat sokongan padu daripada pemimpin parti dan jawatannya sebagai penyelaras BN Selayang kemudiannya tidak dilanjutkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga pengerusi BN.

UTUSAN BANGANG!!! Sekarang nak membangangkan orang pula, tapi ada juga yang terbangang dengan Utusan




"Orang ramai pegang nadir bumi bukti lynas selamat" - Utusan. Nak kata bengong, marah - tp mmg bengong pun. Korg pegang nadir bumi dalam bentuk fizikal mcm tu mmg la selamat bongok.

Yg jd x selamatnya ialah ketika logam atau galian itu diproses, iaitu ketika ia berada dalam keadaan x stabil. Apa jua logam atau galian adalah berbahaya ketika berada dalam keadaan x stabil.

Memandangkan nadir bumi ini beradioaktif tinggi, lagi la bahaya. Faham? Suh belajo kimia, xnak.Mcm ko pegang bom la. Mati x pegang bom? Mana mati. Sebab bom tu x berbahaya ketika stabil. Cuma ko tarik pin dia tgk.

BUMI DIPIJAK MILIK ORANG!!! Betul la lirik lagu tu, tapi milik Kawan UMNO


Satu tinjauan mendapati mendapati sebuah bangunan bagi menempatkan ibupejabat MCA bahagian Langat terletak di atas tanah negeri yang didakwa dipajak kepada parti itu pada harga RM1 sekaki persegi.

Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie ching yang mengetuai tinjauan itu bersama ahli majlis tempatan, Lee Kee Hiong hari ini berkata, dalam perbandingannya, nilai tanah komersial di bandar Kajang di tempat bangunan itu terletak adalah RM150 sekaki persegi.

HADIAH JIKA BN MENANG!!! Bil elektrik akan naik hingga 41 peratus



PETALING JAYA, 7 Dis — Sekiranya Barisan Nasional (BN) kekal memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang, PKR menjangkakan rakyat akan membayar tarif elektrik yang lebih tinggi sehingga kadar 41 peratus dalam tempoh empat tahun akan datang.

Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen berkata, melalui pelan rasionalisasi subsidi PEMANDU untuk meningkatkan kadar tarif elektrik setiap enam bulan selama lima tahun, pengguna yang kini membayar kadar purata sekitar RM0.33 sen /kWj, akan membayar sehingga kadar mencecah RM0.46 sen /kWj.

SEMAKIN UMNO HENTAM!!! Semakin rakyat sayang kepada Pakatan, buktinya tengoklah.......

Betul ke Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Negeri Kedah di Stadium Sultan Abd Halim, Suka Menanti, Alor Setar tidak berapa ramai sangat yang datang sebab rakyat dah mula menolak PAS/PR selepas Perhimpunan Agung UMNO 2012.

Rakyat Kedah dikatakan sudah terpukau, tersilau dan terpegun dengan kata-kata hebat lagi bersemangat Presiden UMNO Najib Razak di PWTC.

Rakyat sudah mula kembali menyokong UMNO.