Tuesday, December 11, 2012

BERITA PANAS!!! Sudah dibongkar peranan Najib , Rosmah dan Nazim dalam Akuan Bersumpah 2 Balasubramaniam


KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan (gambar) mendedahkan, penglibatan beliau untuk membuat akuan bersumpah kedua (SD 2) P Balasubramaniam bukan untuk menyelesaikan isu SD itu saja tetapi menyekat pendedahan yang lebih besar.

"Satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka.

"Mereka sudah bersedia, salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini (pembunuh Altantuya) dan siapa yang mengarah orang itu. Ini sangat high level.

GEBANG MAHATHIR!!! Kalau puas hati prestasi Najib, Mahathir tak akan sanggup turun ke cawangan-cawangan UMNO

KUALA LUMPUR: Masalah pembantu rumah pun tak boleh diselesaikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, amat lucu bila Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Untuk berlakon di hadapan rakyat, Dr Mahathir menimbulkan keraguan umum apabila mendakwa beliau berpuas hati dengan prestasi Najib sebagai Perdana Menteri.

NAJIB TAK JADI MASUK PUTRAJAYA!!! Dari 500 kini 2500 berhimpun tuntut hak dinafikan


Bermula dengan cuma 500 orang yang berkumpul di perkarangan letak kereta berhadapan ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya, kini sudah dianggarkan lebih 2,500 peserta tuntutan berarak mara diiringi pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir memberi sokongan kepada mereka.

Antara pemimpin yang hadir termasuklah penganjur himpunan, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dan Tian Chua.

PUTRAJA TERTEKAN!!! 500 berarak duduk dan bantah di hadapan Jabatan Pendaftaran Negara

 
PUTRAJAYA 12 Dis: Seramai 500 rakyat sedang berhimpun di lapangan parkir Imigresen di sini bermula 9.30 pagi tadi sebelum berarak ke bangunan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendesak kerajaan BN menyelesaikan masalah rakyat, khususnya 300,000 masyarakat India yang tidak mendapat hak kewarganegaraan.

Mereka masih menunggu kehadiran ribuan lagi rakyat dari seluruh negara yang bakal tiba dalam waktu terdekat.

Perarakan sejauh 500 meter menuju ke JPN di Presint 2 itu bakal berlangsung bila-bila masa dari sekarang.

Suasana gamat meledak Putarajaya ketika ini apabila peserta yang kebanyakannya rakyat berketurunan India melaungkan tuntutan mereka.

Antaranya berbunyi “Mana tuntutan kami, mana IC kami”.

TAK SANGGUP LAGI DIKECAM!!! Utusan tarik balik tulisan bodoh Zam Maidin kutuk BJ Habibie


Akhirnya kerana terlajak menghentam bekas Presiden BJ Habibie, seluruh media Indonesia mengecam keras di atas berita yang dikeluarkan Utusan Malaysia. 


Lanjutan daripada itu pula, pautan berita yang menyebut bekas Presiden BJ Habibie sebagai pengkhianat bangsa, sehingga menimbulkan polemik antarabangsa itu hilang dari laman web Utusan Malaysia, Selasa (11/12/2012).

GELARAN DATO' MELAKA!!! Dulu Bintang Pelakon Shah Rukh Khan , kini Bintang Penangis UMNO yang dapat gelaran


Jasanya cukup besar kepada negeri Melaka...Iaitu menangis teresak-esak bila mendengar ucapan Presiden UMNO, Najib Razak di Perhimpunan Agung UMNO 2012.

Jasa yang amat besar itu, maka dianugerahkan darjah bergelar Datuk oleh Negeri Melaka.

Pergh!!!!... baru admin tau...menangis bila dengar ucapan Presiden UMNO dianggap amat berjasa sekali kepada pejuangan bangsa Melayu.

DEMI AES!!! TV3 dan Mazidul Akmal Sidek sanggup membohongi penonton Majalah Tiga

Yang sebenarnya ini ialah aksi lakon semula. Ini pengakuan dari geng2 riders sendiri beb. Dorang terlibat dalam rakaman ini tue pasal dorang bengkek dan sakit ahti sebab difitnah secara terang2an di tv3.

Sekali tengok dokumentari itu kita akan bersetuju dengan apa yang dipaparkan, semuanya nampak seperti satu kebetulan. tapi..apakah aksi-aksi yang dirakamkan itu benar? atau sebenarnya telah dirancang terlebih dahulu.

AKUAN BERSUMPAH LAJIM UKIN!!! Bikin Musa Aman dan Nazri Aziz panas





Berikutan pendedahan sebuah akuan bersumpah yang dibuat bekas ahli majlis tertinggi (MT) Umno, Lajim Ukin, kelmarin, delegasi KEADILAN akan sekali lagi ke Hong Kong bagi memberikan maklumat terbaru skandal rasuah RM40 juta yang dinafikan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz di Dewan Rakyat, Oktober lalu.

Rafizi dalam satu mesej di Twitter sebentar tadi memaklumkan mereka semua kini dalam perjalanan ke negara itu dengan penerbangan Air Asia tetapi penerbangan terlewat tiga jam dari jadual asal yang sepatutnya bertolak kira-kira jam 3 petang tadi.

ORANG INDIA SIMPANAN TETAP!!! Vell Pari tempelak Najib hina kaum India

Kalau pemimpin Pakatan Rakyat yang kutuk kenyataan perdana menteri, Najib aku boleh terima lagi.

Tapi kali ni benda ni datangnya dari kaum kerabat rejim  Umno sendiri, MIC!



S Vell Paari yang merupakan anak kepada bekas Presiden MIC, Samy Vellu sebentar tadi menempelak Najib yang jelas menghina kaum India dengan mengatakan bahawa kaum itu sememangnya menjadi 'simpanan tetap' undi untuk Barisan Nasional (BN).