Sunday, December 23, 2012

MUSIM KATAK MEROYAN!!! Gobala mula membodek, berangan nak pertahan kerusi Padang Serai


http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2010/12/gobalakrishnan-300x221.jpgPADANG SERAI - Rakyat perlu memberi mandat pertama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun  Razak untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan penuh bermakna.

Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan berkata, ini supaya Najib dapat meneruskan dasar transformasi beliau demi kemajuan negara dan kemakmuran hidup rakyat di negara ini.


"Tidak ada sifat pilih kasih yang diamalkan Perdana Menteri menyebabkan rakyat pelbagai kaum di negara ini merasa dihargai dan mendapat bahagian yang sama selaras dengan dasar transformasi yang diamalkan kerajaan," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan bantuan pakaian seragam sekolah kepada 50 keluarga tidak berkemampuan di Lunas, di sini petang semalam.

PILIHANRAYA TIDAK BERSIH!!! Bekas Pengerusi SPR cadang Suruhajaya Diraja kaji sistem pilihanraya


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiM9qXcdAD0KjqmkZDwIGUMVDNRS2mN1DjY0u9xSdGIN0LTHmikM0cwYDC5vezPR6sQFAxC-a5hXIEZl0ZOh2tbHo6fUDKpBiAprO8c0wB_UXpWr84TVNZGelmgHEd-74PfsRsgeJD9qlI/s200/rashid_spr.jpgKUALA LUMPUR - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) telah gagal dalam mengemukakan tuntutan-tuntutan menyeluruh untuk membawa pembaharuan signifikan ke atas sistem pilihan raya, kata bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Sehubungan itu kata beliau, satu suruhanjaya diraja perlu dibentuk jika rakyat mahukan sistem yang sedia ada dikaji semula dan kemudian diadakan satu referendum bagi mendapatkan pendirian rakyat.


Katanya, sistem pilihan raya yang ada sekarang memerlukan perubahan struktur, bukannya pembaharuan yang disifatkan sebagai "quick fix."

"Saya lebih hendak setuju dengan Bersih dalam satu hal iaitu tubuh satu suruhanjaya diraja untuk mengkaji (sistem pilihan raya), yang terdiri daripada orang-orang tertinggi.

KO NAK LARI MANA MAHATHIR!!! Satu dunia dah tahu, kekayaan Mahathir kedua selepas Hosni Mubarak



Ranking bagi bekas pemimpin kerajaan yang terkaya di dunia telah berubah. Bekas perdana menteri Malaysia tidak lagi menduduki tempat kedua tetapi Hosni Mubarak iaitu bekas President Mesir.

Tempat ketiga diduduki oleh Suharto (indonesia) dan diikuti oleh Ferdinand Marcos (Filipina). 

UMI HAFILDA NAK KAWIN!!! Siapa yang jadi wali nikahnya??


Anak dara sunti, suci lagi murni, Ummi Hafilda 45 tahun, secara sombong dan angkuh telah memberitahu dunia yang beliau tidak mahu menjadi munafik dan hipokrit kononnya, dengan tidak mempelawa abang kandungnya sendiri, Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali ke majlis pernikahan/perkahwinannya dengan warga Pakistan, berumur 33 tahun,  pakar terapi kecantikan nanti...Tarikh dan lokasi masih menjadi rahsia katanya.

Keenggannya menjemput bukan kerana ketaksuban melampau politik melampau tetapi tidak yakin YB Azmin Ali akan hadir.

ALI RUSTAM MENGAMUK?!!! Nama tiada dalam 'senarai pendek '

Beberapa perkembangan terkini seakan mengesahkan bahawa ketua menteri Melaka, Ali Rustam tidak akan dilantik semula ke jawatannya sekarang walaupun Umno dijangka kekal berkuasa di negeri itu.

Sumber terbaru mengesahkan Ali akan diletakkan bertanding di parlimen Jasin, secara automatik tidak lagi bergelar "Yang Amat Berhormat" dan kini beberapa nama sudah disenarai pendek bagi menggantikan Ali sebagai orang nombor satu di negeri Hang Tuah itu.

Tetapi yang tak seronoknya, Ali dikatakan berang apabila dia yang berada dalam 'kem' perdana menteri, Najib , diasak mengenai lebihan wang zakat yang didakwa diberi pinjam sebanyak RM13.5 juta kepada sebuah syarikat, Regal Merger Sdn. Bhd.

UTUSAN MENIPU LAGI!!! Pengarah Perhutanan Kedah pula jadi mangsa

Tak bohong kalu, bukan Utusex namanya...


Tercatat di muka hadapan Utusex Meloya kenyataan Pengarah Perhutanan Kedah, Ku Azmi Ku Aman yang kononnya berkata:

"Memang dari segi pendirian kami di Jabatan Perhutanan tidak setuju dengan rancangan pembangunan di Pedu kerana kawasan tadahan dan disuarakan dalam mesyuarat bersama Exco, tetapi hutan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri."

POSKAD ANAK MUDA!!! Tanya sama Rosmah, bila mahu jawab


Pemuda PKR rancang banjiri peti surat Rosmah

Pemuda PKR akan menganjurkan pengiriman massa poskad kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk mengenakan tekanan terhadapnya yang berdiam diri terhadap siri pendedahan oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

"Kami fikir Rosmah perlu menjawab pendedahan Deepak, dia tidak harus hanya berdiam diri.

"Dia adalah wanita yang paling berkuasa di negara ini, jadi kita berharap dia akan tampil menjawab soalan-soalan ini, rakyat mahu tahu kebenarannya," kata ketua penerangan pemuda PKR, Lee Khai Loon (kanan) ketika dihubungi.

HUTANG NEGARA RM 500 BILION!!! 3 tahun Najib atasi 5 PM terdahulu

http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2011/10/kpru-statistic_domestic-debt-1991-2011_b-22.pngSETIU: Kerajaan Pakatan Rakyat bakal menanggung bebanan hutang melebihi RM500 bilion jika Umno dan Barisan Nasional (BN) kehilangan kuasanya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata kerajaan Pakatan Rakyat dapat Putrajaya pun tidak seronok sebab negara ini di ambang bankrap.

Ini kerana, katanya, hutang negara kini mencecah lebih RM500 bilion di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


SAPU TANAH 1MALAYSIA!!! UMNO Selangor dah mengaku



KUALA LUMPUR: Jika isu 24 bidang tanah yang dibeli oleh pimpinan Umno Selangor dan menjualnya kepada agensi kerajaan Selangor sendiri dengan harga yang tinggi itu tidak dikeluarkan oleh DAP, siapa pula yang akan menjadikannya isu lagi.
Demikian tulis Aspan Alias di dalam blognya http://aspanaliasnet.blogspot.com/.
Berikut tulisan beliau.
Penyelaras BN Selangor Mohamad Zain Mohamad telah meminta supaya DAP tidak mengungkit isu-isu lama terhadap BN Selangor kerana BN telah pun di hukum oleh rakyat SELANGOR pada pilihanraya 2008 yang lalu. Zain berkata “rakyat telah pun menghukum kami dan tidak usahlah mengungkit-ngungkit perkara lama”.