SEBELUM ini pernah didedahkan bagaimana sekumpulan makhluk menyamar kononnya mereka adalah ahli Parti Islam, PAS membuat bantahan di depan pejabat Karpal Sigh, sambil membawa bendera PAS berhubung isu kalimah Allah.
Tapi penyamaran mereka terkantoi, apabila salah seorang daripada mereka memakai baju T-Shirt Janji Ditepati yang menjadi slogan untuk program jelajah Barisan Nasional. Ahli PAS pakai baju Janji Ditepati betul-betul epic fail! Kah kah kah...
Sumber gambar: Bernama
Kali ini satu lagi bantahan kononnya dibuat oleh ahli Parti Islam, PAS di Kelantan pula berhubung isu kalimah Allah. Apa yang gua nak tergelak tu kumpulan yang mengaku sebagai ahli PAS ni bawa bendera bapak besar! Betul-betul penyokong tegar PAS ni kah kah kah...
Tapi bendera besar yang dibawa mereka ada fungsi rupanya, iaitu untuk menutup wajah-wajah mereka dari diambil oleh kamera wartawan kah kah kah...
Lihat gambar di bawah, masing-masing bersembunyi di belakang bendera
besar PAS yang dibawa oleh mereka. Lihat juga anak panah berwarna merah
lihat bagaimana mereka menyembunyikan wajah.
Buat pengetahuan anda sahabat pembaca yang budiman, gambar ini diambil dari laman web Bernama. Dalam banyak-banyak gambar, takkanlah ini gambar terbaik yang boleh dipaparkan di web tersebut? Kah kah kah...
Kalau sudah namanya penyamar, mana berani nak tunjuk muka, kalau tunjuk
muka kantoi, tak pergi demo sayang pulak tak dapat upah RM20 kah kah
kah...
Sumber gambar di bawah ini juga dari laman web Bernama
Isu Kalimah Allah ini hanyalah isu politik Umno untuk menarik sokongan
Melayu Islam dalam pilihanraya umum ke 13 nanti rujuk sini ~ Isu Kalimah Allah
ReJaM© " Ada saja benda bodoh dibuat Umno ni kah kah kah..."
No comments:
Post a Comment