Tuesday, January 8, 2013
KALIMAH ALLAH!!! Milik seluruh umat manusia - Dr Yusuf Al-Qardhawi
Artikel ini diambil berdasarkan teks khutbah Jumaat Dr Yusuf Al-Qardhawi pada 22 Januari 2010 yang lalu di Masjid Umar bin Al-Khattab di Doha, ibu negara Qatar.
Anda boleh melihat kenyataan penuh beliau melalui laman web rasmi Dr Yusof Al-Qardhawi dan juga saya perolehi terjemahan beliau melalui laman web saudara Ridzuan Abdul Aziz. Syukran diatas perkongsian.
Ianya merupakan penjelasan yang ringkas dan padat dalam usaha untuk memahamkan orang Malaysia keseluruhannya berkaitan dengan keadaan dan situasi sebenar menurut kaca mata Islam berkenaan dengan isu penggunaan kalimah Allah.
Apa yang dinyatakan oleh beliau terdapat beberapa perkara yang boleh disimpulkan bagi menutup isu ini yang kian berlarutan di Malaysia.
Pertama, kenyataan yang dikeluarkan oleh ulama’ yang diiktiraf oleh ulama’-ulama’ seluruh dunia hendaklah di hormati dan diakui kerana ketinggian ilmu beliau jika dibandingkan dengan pendapat sesetengah ‘ustaz’ atau ulama’ mahupun sesetengah golongan di Malaysia ini.
Kedua, kalimah Allah adalah kalimah milik seluruh umat manusia, bukan milik umat Islam semata-mata. Ini dinyatakan jelas menerusi surah yang menjadi pembuka bagi kitab Al-Quran, الحمد لله رب العالمين iaitu segala pujian hanyalah bagi Tuhan sekalian alam, bukan Tuhan sekalian umat Islam.
Ketiga, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mencetuskan rusuhan antara kaum dengan menyerang rumah-rumah ibadah antara Kristian dan juga umat Islam.
Islam sendiri melarang umatnya sendiri merosakkan tempat ibadah kaum kuffar hatta di dalam perperangan sekalipun.
Ini terbukti semasa Salahuddin Al-Ayubi sewaktu membebaskan Jerusalam (Baitul Maqdis) daripada cengkaman Kristian beliau tidak menyeksa tahanan perang dan memelihara gereja dan juga para pendeta kristian.
Yusuf Al-Qaradhawi Mengutuk Serangan terhadap orang Kristian di Malaysia.
Doha – Dr Yusuf Qaradhawi, Presiden dari ‘International Union for Muslim Scholars’ mengutuk kejadian yang berlaku antara Muslim dan Kristian di beberapa buah negara Arab dan Islam, dan serangan ke atas beberapa buah gereja membuktikan bahawa peristiwa-peristiwa itu disebabkan oleh ketidak fahaman dan kejahilan, bukanlah dari amalan orang Islam.
Serangan terhadap beberapa buah gereja di Malaysia adalah berpunca dari penggunaan lafaz ‘Allah’ yang mulia oleh orang Kristian adalah tidak sesuai kerana Allah adalah Tuhan sekalian alam, dan bukan hanya umat Islam.
الدوحة- استنكر العلامة الدكتور يوسف القرضاوي رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين الأحداث التي وقعت بين المسلمين والنصارى في عدد من الدول العربية والإسلامية، والاعتداءات التي نالت عددا من الكنائس، مؤكدا أن معظم تلك الأحداث سببها الجهل، وليس تعصب المسلمين، مشيرا إلى أن ما وقع في ماليزيا من اعتداءات على الكنائس بسبب استخدام النصارى للفظ الجلالة “الله” لا يليق؛ لأن الله رب العالمين وليس المسلمين فقط.
وفي خطبة الجمعة 22-1-2010 بمسجد عمر بن الخطاب بالعاصمة القطرية الدوحة قال القرضاوي إن: “الأحداث التي وقعت بين المسلمين والنصارى في عدد من الدول معظمها سببه الجهل، وليس تعصب المسلمين، فالمسلمون أمة متسامحة، القرآن علمهم التسامح لأن الله سبحانه وتعالى هو الذي خلق الناس متفاوتين”.
وتابع قائلا: “ولو شاء الله أن يجمعهم على الهدى لجمعهم، ولكن كما قال تعالي: (هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ فَمِنْكُمْ كَافِرٌ وَمِنْكُم مُّؤْمِنٌ)، (وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلاَ يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ * إِلاَّ مَن رَّحِمَ رَبُّكَ…)، فاختلاف الناس في الأديان بمشيئة الله ولا يستطيع أحد أن يعارض مشيئة الله ويجبر الناس أن يكونوا كلهم مسلمين”.
وأوضح أن “اختلاف الناس في الأديان بين مؤمن بدين وكافر بدين لا نفصل نحن (المسلمين) فيه في الدنيا، إنما الذي يفصل فيه الله تعالي يوم القيامة، كما قال عز وجل: ( وَإِن جَادَلُوكَ فَقُلِ اللهُ أَعْلَمُ بِمَا تَعْمَلُونَ * اللهُ يَحْكُمُ بَيْنَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِيمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ)، (اللهُ رَبُّنَا وَرَبُّكُمْ لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ لاَ حُجَّةَ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ اللهُ يَجْمَعُ بَيْنَنَا وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ)”.
وحول أحداث ماليزيا والهجمات التي تعرضت لها بعض الكنائس قال القرضاوي إن: “الاعتداءات التي وقعت على الكنائس في ماليزيا أمر لا يليق”، مستهجنا الأسباب التي أدت لوقوع تلك الأحداث، وهي استخدام النصارى لكلمة الله في ترجماتهم قائلا: “يا أخي الله رب العالمين جميعا، رب المسلمين والمسيحيين والعرب والعجم.. واللي بيفتح المصحف أول آية في القرآن بعد البسملة الحمد لله رب العالمين، وآخر سورة في القرآن قل أعوذ برب الناس ملك الناس، مش رب المسلمين، أو رب العرب، أو ملك العرب، إله العرب”، وتساءل مستفسرا: “لماذا إذن يزعل الماليزيين؟!”.
وتعرض عدد من الكنائس في ماليزيا ذات الغالبية المسلمة لسلسلة من الهجمات التخريبية منذ أن قضت محكمة في ديسمبر الماضي بحق صحيفة كاثوليكية في استخدام كلمة “الله” للإشارة للرب في المسيحية في إصداراتها بلغة المالايو الذين يشكلون 60% من الشعب الماليزي، ويقول بعض المسلمين الماليزيين إن استخدام المسيحيين لكلمة ارتبطت بالمسلمين قد يكون وراءه محاولة لتحويلهم عن ديانتهم
Dalam khutbah Jumaat 22.1.2010 di masjid Umar bin Al-Khattab di ibu kota Doha, Qatar, Dr yusuf Al-Qaradhawi berkata:
“Peristiwa-peristiwa yang berlaku antara Muslim dan Kristian di beberapa buah negara, sebahagian besarnya disebabkan oleh kejahilan dan sikap tidak bertoleransi seorang Muslim.
Hakikatnya umat Islam adalah umat yang bertoleransi. Al-Quran mengajarkan toleransi, kerana Allah Subhanahu Wa Taala yang menjadikan kesemua umat manusia itu adalah sama.
Beliau menambah: “Jika Allah kehendaki untuk mengumpul semua manusia di atas petunjuk-Nya, nescaya Dia akan berbuat demikian tetapi sebagaimana firman Allah Taala: (Dia-lah yang mencipta kamu semua dan dikalangan kamu ada yang kafir dan ada yang beriman), (Sekiranya Tuhan kamu menginginkan, nescaya Dia menjadikan semua manusia sebagai satu umat dan tidak ada perbezaan * kecuali mereka yang dikasihi oleh Tuhan kami …)
Justeru, perbezaan manusia menganut agama adalah kehendak dari Allah Taala dan tidak ada yang dapat menentang kehendak Allah dan memaksa semua orang untuk menjadi Muslim”.
Beliau menjelaskan lagi bahawa “perbezaan manusia menganut bermacam-macam agama tidaklah memisahkan kita (umat Islam) dengan orang kafir di dunia ini, tetapi Allah akan memisahkan (di antara Muslim dan Kafir) pada hari kiamat kelak sebagaimana firman Allah Taala : (Sekiranya mereka (orang-orang kafir) membantahi kamu (wahai Muhammad) maka katakanlah Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan * Allah yang akan menghukum kamu pada hari kiamat berkaitan apa yang kamu perselisihkan (Allah adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu untuk kami, dan setiap pekerjaan kami untuk kami dan perbuatan kamu adalah untuk kamu, tidak ada hujah di antara kami dan kamu dan Allah mengumpulkan kita semua dan hanya kepada-Nya kita akan dikembalikan). “
Dan tentang Malaysia dan peristiwa serangan di beberapa buah gereja, Dr Yusuf Al-Qaradhawi berkata: “Serangan-serangan yang terjadi pada gereja-gereja di Malaysia adalah tidak tepat,” mencela alasan yang menyebabkan berlakunya peristiwa itu iaitu penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang Kristian dalam penterjemahan.
Beliau berkata: “Wahai saudara, Allah merupakan Tuhan semua alam, Tuhan kepada Muslim, Kristian, orang Arab, Parsi… Oleh itu lihatlah ayat pertama Al-Quran selepas Bismillah dan الحمد لله رب العالمين dan lihatlah pada surah terakhir dalam Al-Quran Allah berfirman “Katakanlah (wahai Muhammad) Aku berlindung daripada tuhan sekalian manusia” bukan Tuhan orang Muslim,bukan juga Tuhan orang Arab atau majikan, atau Raja Arab, bukan juga Tuhan yang orang Arab sembah, “ justeru beliau tertanya-tanya:
“Mengapa orang-orang Malaysia sejak kebelakangan ini tidak selasa (penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh Kristian) ?!”..
Moga perkongsian ini beroleh manfaat dan menambah keimanan kita terhadap akidah Islam.
Ustazengineer,
Pasir Panjang,
January 2010.
.
ReplyDelete.
.
.
Apa yang diucapkan dek pak Arab
nih perlulah di kaji dengan
terperinci.
Banyak yang dipraktikkan olih
bangsa Arab
adalah mulia dan patut dipakai
terima dek melayu di negara ini.
namun demikian , Allah mahu
manusia menggunakan
akal. kita tak bolih terima apa
apa
yang di ucapkan olih sesuatu
ulama besar
kerana hanya ia itu ulama besar.
Apabila ada yang di katakan dek
ulama bercanggah
dengan prinsip yang jelas, maka
afthallah orang yang
berfikir menolak statement yang
dibuat dek ulama
besar itu. Cuba bandingkan
dogma ini. Simbol
prestij pembuat hukum kristen di
uk dulu dikatakan bolih di
kaitkan dengan betapa panjangnya
gaun pemakai hakim hakim [
chancellor] mereka!
Kamu sekarang , kononya mengaku
engineer-tapi tak
dapat menunjukkan keistimewaan
kamu berfikir sebagai
engineer.
Bila si Qardawi [Q} datang ke
Tanah Melayu dia
akan dapati banyak adat melayu
disini
terkeluar dari hukum Islam. Tapi
dia senyap.
Dia tahu bagaimana Raja mereka
berurusan dengan
rakyatnya. Di malaysia kita
terap hinduisma
dalam proses komunikasi dengan
raja-ini
terang terang haram dan jelas
keluar dari islam
bagi pengamalnya!
.
Tiada kelas dalam Islam. Bila
raja jumpat rakyat
dia akan bercakap bersengaja
macam satu mat bercakap
dengan mat yang lain di pasar.
Saya pernah berjumpa
raja Arab di masjid dan dia
bercakap dengan cara senang yang
membuat saya
impressed hingga hari ini. Ini
berlaku
pada tahun 1978 semasa mengikut
Ibu ke Mekah dulu.
.
Ampun tuanku. Mat [rakayat]
sembah secara fizikal
kepada mat sotan. Ini keluar dari
akidah Islam.
Ada propeser ngangkang nak bagi
ulasan? Mat arab
tidak akan ujar frasa macam ini..
Ada propeser ngangkang yang
berani tegur
kesilapan besar yang berlaku di
malaysia ini?
Ilek , Hinduisma berkembang di
corridor
istana mata mat raja melayu. Ha
ha ha.
Hinduisma -alive dan kicking..
ha ha ha
Janganlah kamu besarkan , demer
propeser besar-
mereka tahu apa mereka cakap.
Itu salah. kita ada banyak
propeser cakap
besar. tapi bila tang nak
jelaskan apa yang benar,
Ilek. [Mika mesti biasa cakap
hindu supaya komer faham]
Lihat kes kes ini-
Ada satu Tokoh Ugama [TU] . Dia
kondem
usaha satu doktor myanmar yang
beri pendapat
profesionalnya selepas membuat
pemeriksaan
Ini kerja luar batasan si mat TU
tadi. Setiap
profesional ada batasan
kepandaiannya. Jadi
bila seseorang TU cakapa luar
batasan,
cakapanya kenalah ditongsampahkan!
Bolihkah kit kata jawab pada
Allah di hari
Pengkiraan, ' Tuhanku, aku bikin
kerja ini kerna si
Mat TU si polan A bagitau ini
caranya..'
Allah mungkin menjawab balik '
guano mu tak guna otak..?'
Apa akan kamu jawab balik..?
Fikirkanlah.
.
.
.
kkk
.
.
.
..pengunaan nama Allah..pada gua orang yg nak menhalang pengunaan nama Allah oleh orang-orang bukan islam di-Malaysia ini, ada-lah orang-orang yg tiada ada ilmu agama islam dan juga orang-orang yg tiada ada HAK apa-apa pun,utk menhalang se-seorang hamba Allah utk menguna-kan nama Allah, walau-pun ia-nya se-orang yg kafir...sama juga,tidak ada sesesiapa-pun,orang-orang bukan islam di-Malaysia ini,tiada ada HAK untuk MENGHALANG orang-orang Islam daripada nak MENBUAT HUKUM HUDUD(undang-undang islam)untuk kegunaan orang-orang Islam sahaja di-Malaysia ini..siapa-kan kita yg nak menghalang orang-orang islam dan orang-orang bukan islam dari mengunakan ,apa yg Allah(S.W.T)tentukan kepada kita baik orang islam atau-pun orang bukan islam ??..hanya orang-orang dengki,kianat,tiada ada ilmu agama,orang yg selalu bangga dangan bangsa-nya,orang yg selalu berkata,agama lain-polituk lain,orang-orang yg suka menlihat huru-hara,supaya dia akan senang menjadi-kan Rakyat Malaysia hamba mereka,orang-orang yg ada kepentingan diri sediri dan bermacam-macam lagi dengki..kerana mereka mahu supaya Malaysia jadi tidak aman..dan kita kenal siapa-kan Syaitan-Syaitan ini..oleh itu mari-lah kita sama-sama menbuang Syaitan-Syaitan yg di-kenali ini masuk ke-penjara dunia-dulu..bagi ke-amanan dan kedamaian Malaysia yg tercinta ini..
ReplyDelete..pengunaan nama Allah..pada gua orang yg nak menhalang pengunaan nama Allah oleh orang-orang bukan islam di-Malaysia ini, ada-lah orang-orang yg tiada ada ilmu agama islam dan juga orang-orang yg tiada ada HAK apa-apa pun,utk menhalang se-seorang hamba Allah utk menguna-kan nama Allah, walau-pun ia-nya se-orang yg kafir...sama juga,tidak ada HAK sesesiapa-pun,orang-orang bukan islam di-Malaysia ini,untuk MENGHALANG orang-orang Islam daripada nak MENBUAT HUKUM HUDUD(undang-undang islam)untuk kegunaan orang-orang Islam sahaja di-Malaysia ini..siapa-kan kita yg nak menghalang orang-orang islam dan orang-orang bukan islam dari mengunakan ,apa yg Allah(S.W.T)tentukan kepada kita baik orang islam atau-pun orang bukan islam ??..hanylah orang-orang dengki,kianat,tiada ada ilmu agama,orang yg selalu bangga dangan bangsa-nya,orang yg selalu berkata,agama itulain-polituk itu lain,orang-orang yg suka menlihat Malaysia jadi huru-hara,supaya dia akan senang menjadi-kan Rakyat Malaysia hambhamba mereka,orang-orang yg ada kepentingan diri sediri dan bermacam-macam lagi dengki orang yg dengki..kerana mereka mahu supaya Malaysia jadi tidak aman...dan kita kenal siapa-kan Syaitan-Syaitan ini..oleh itu mari-lah kita sama-sama menbuang Syaitan-Syaitan yg di-kenali ini masuk ke-penjara dunia-dulu..bagi ke-amanan dan kedamaian Malaysia yg tercinta ini..

ReplyDelete