KUALA LUMPUR 19 JANUARI: Perangai Datin Seri Rosmah Mansor yang
bersumpah tetapi tidak memberi penjelasan mengenai pembelian cincin
berlian RM24 juta, tak ubah macam budak-budak, kata Ketua Cabang
KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin.
“Kena ingat, orang persoalkan sebab pembaziran dan salah guna kuasa.
Rosmah kena tampil bagi penjelasan, bukan sumpah-sumpah macam
budak-budak,” katanya kepada Keadilan Daily.
Rosmah baru-baru ini dilapor bersumpah kononnya beliau tidak memiliki
cincin RM24 juta tetapi mengakui ada melihat cincin itu apabila dibawa
masuk ke Malaysia untuk dipamer ‘kepada orang yang ada duit.’
Pengerusi
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu berkata, perbuatan bersumpah
itu hanya menambah kecurigaan rakyat berikutan pendedahan Deepak
Jaikishan dibuat lengkap dengan dokumen tertentu.
Badrul Hisham berkata, sumpah yang dibuat Rosmah sama sekali tidak
tidak menjawab persoalan berbangkit berhubung pembelian cincin yang
tertera namanya sebagai pemilik berdasarkan dokumen kemasukannya ke
negara ini.
“Saya dedahkan bagaimana nama Rosmah tertera sebagai penerima, itu
persolannya. Kalau dia cakap tak beli, kenapa dokumen ada nama dia?”
katanya.
Beliau juga menyifatkan bersumpah menjadi trend yang diguna pakai
pemimpin Umno BN menjelang pilihan raya bagi memenangi hati pengundi
tanpa perlu memberi penjelasan terhadap sesuatu isu.
“Politik sumpah berlaku apabila menjelang pilihan raya, tengok
perkara sama dilakukan Datuk Seri Najib Razak masa dekat pilihan raya
kecil Permatang Pauh.
“Jadi itu tandanya pilihan raya makin hampir. Kenapa Rosmah pula yang
bersumpah? Kerana sekarang, beliau beban kepada Umno BN,” katanya yang
dikenali dengan nama Chegubard.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43522
Apakah DIA cerdik????DIA adalah seseorang yang suka cari PUBLISITI MURAHAN...DIA adalah manusia yang suka mengambil kesempatan...KESIAN..Mungkin di SERI PERDANA tak ada cermin kot?????Beginilah nasib bila manusia lupa daratan...
ReplyDelete