KOTA KINABALU, 16 Jan — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengarahkan
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menukar nama 16,000 pendatang
haram di Sabah dan untuk memberikan mereka kad pengenalan (IC),
Surhanjaya Di Raja (RCI) mengenai pendatang haram di Sabah diberitahu
hari ini.
Pengarah SPR Sabah pada ketika itu Datuk Wan Ahmad telah mengarahkan JPN
untuk menukar nama pendatang Indonesia dan Filipina untuk meningkatkan
jumlah pengundi Muslim di Sabah, kata bekas timbalan pengarah JPN Mohd
Nasir Sugip yang betugas dari 1992 sehingga 1994 kepada RCI hari ini.
Nama penuh Wan Ahmad tidak diberikan.
“Ops Durian Buruk adalah operasi yang melibatkan penukaran dan mencipta nama baru dari nama yang diberi SPR,” kata Nasir.
“Maksudnya nama ditukar, nombor IC ditukar, tarikh lahir ditukar.. . Dan gambar,” tambahnya.
Nasir mengatakan beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA) dari 1995 hingga 1998 kerana memberikan kad pengenalan kepada
pendatang yang tidak layak.Pen Buruk Online
Selalu bnyk pencacai menyalak.. Kali ni sekor pun xnampak...mmg pengkhianat negara...
ReplyDelete