KOTA BAHARU, 9
Ogos - Kenangan pahit menjadi buruh paksa 64 tahun lalu masih menghantui
seorang warga tua yang kini berumur 81 tahun.
Pengalaman sukar semasa Perang Dunia Kedua itu mengingatkan beliau akan bahaya pencerobohan kuasa asing dan erti kemerdekaan.
Setiap kali
menyambut Hari Kemerdekaan, beliau sebak kerana terkenang keperitan
hidup pada zaman penjajahan Jepun. "Pak cik tidak dapat lupakan
kekejaman Jepun sehingga akhir hayat dan pak cik tidak akan halalkan
perbuatan kejam mereka," kata Muhammad Awang yang terlantar akibat
lumpuh separuh badan selepas diserang angin ahmar lebih tiga tahun lalu.
Muhammad hanya
mampu terbaring dan isterinya Khadijah Awang Ngah, 76,menjadi tempat
beliau bergantung hidup menguruskan makan minumnya. Khadijah seringkali
mencelah sebagai "jurucakap" suaminya itu disebabkan pertuturan Muhammad
yang tidak jelas tetapi pengalaman Muhammad ketika menjadi buruh paksa
itu tetap terpahat kukuh dalam ingatannya.
MUHAMMAD MEMULAKAN PERJALANAN BERBAHAYA
Ketika
menceritakan kisah silam itu, air mata Muhammad sentiasa bergenang dan
kadang kala keadaan menjadi lebih emosi dengan tangisannya semakin
kuat.
Pada Jun 1942,
pemerintah tentera Jepun mula mengumpulkan pekerja bagi membina jalan
keretapi dari Nong Pladuk, di daerah Kanchanaburi di Thailand, ke
Thanbyuzayat di Burma.
Ketika dibawa ke Thailand ketika itu, Muhammad yang berasal dari Kampung Chicha Tinggi, Pasir Mas baru memasuki usia 18 tahun.
Mengikut
catatan sejarah, selepas selesai penaklukan Jepun di Tanah Melayu dan
Singapura pada Februari 1942, negara matahari terbit itu mula
merencanakan pembinaan landasan keretapi sejauh 415 kilometer dari
Thailand ke Burma bagi meluaskan penaklukan rantau itu sehingga ke
India.
Muhammad turut
serta dengan 61,000 tahanan perang British, Australia, Amerika, New
Zealand dan Belanda dan 200,000 lagi buruh paksa India, China dan Melayu
dari rantau itu.
Sepanjang
tempoh tiga tahun pembinaannya, seramai 16,000 tawanan perang maut dan
lebih 100,000 buruh dari Asia itu dilaporkan meninggal dunia atau
hilang.
MUHAMMAD TERSEKSA
Muhammad
dipaksa menaiki sebuah keretapi bersama ramai yang lain dari Pasir Mas
untuk ke Thailand dalam perjalanan yang mengambil masa enam hari. "Duduk
dalam keretapi itu sangat sedih, makan tak cukup, duduk
berhimpit-himpit sehinggalah sampai ke Ban Pong (Thailand). "Dari Ban
Pong kami diangkut dengan lori dan selepas beberapa jam pula kami sampai
ke satu tempat," katanya.
Sambil menyeka
air mata, Muhammad berkata mereka ditempatkan di rumah panjang iaitu
bangsal buluh yang beratapkan daun sagu dan berlantaikan buluh. Setiap
bangsal itu memuatkan lebih 100 orang dan keadaannya diibaratkan macam
tin sardin dengan tiada ruang untuk tidur atau bergerak.
Di tapak itu
mereka diarahkan membuat kerja-kerja seperti mengangkut tanah dan
menambak jalan keretapi dengan dikawal ketat oleh tentera Jepun. "Jika
kami lambat, kami akan dipukul dengan buluh, rotan atau "makan penampar
Jepun".
Makan minum
juga tidak cukup dan belum pun tiga bulan di situ masalah kesihatan mula
timbul," katanya. Muhammad berkata antara masalah yang biasa dialami
ialah cirit birit selain malaria dan kepialu.
Beliau berkata
ubat-ubatan pula tidak mencukupi dan setiap hari terdapat dua atau tiga
orang buruh yang mati dan keadaan itu sangat menakutkan dirinya. "Pak
cik membilang hari bila agaknya nasib (untuk mati) akan tiba.
"Setiap hari lihat mayat yang kemudiannya kami isi dalam guni dan ditanam di merata tempat," katanya.
MUHAMMAD MAHU MENYELAMATKAN DIRI
Lebih setahun
di sana, Muhammad yang semakin terseksa akhirnya cuba mencari helah
kembali ke tanahair dan helahnya menggunakan miang buluh akhirnya
berjaya.
Semasa menebang
buluh, beliau mengambil miang buluh dan melumurnya diseluruh tubuh dan
apabila badannya basah akibat peluh, seluruh badannya bertukar menjadi
merah menyebabkan tentera Jepun menghantarnya pulang.
"Tentera Jepun
ingatkan saya hidapi penyakit berjangkit dan saya terus dihantar pulang
dengan segera. Saya sampai di rumah waktu malam ketika keluarga sedang
menilik nasib saya melalui permainan puteri," katanya. Selepas pulang,
Muhammad akhirnya memilih kerjaya tentera sehingga bersara dan melalui
perkongsian hidup dengan Khadijah, pasangan itu dikurniakan 10 anak
iaitu lima lelaki dan lima perempuan.
PENGAJARAN DARIPADA PENGALAMAN MUHAMMAD
Ketika ditanya
akan pengajaran daripada pengalaman yang dilaluinya, Muhammad berkata ia
membuatkan beliau menghargai kemerdekaan negara. Beliau juga menyeru
kepada generasi muda supaya menghargai pengorbanan mereka yang
membebaskan negara daripada cengkaman penjajah dan mereka yang berkorban
demi keamanan negara.
"Bukan senang
negara diberikan kemerdekaan dan pemimpin pula berjaya membawa negara
menjadi maju dan kita hidup senang," katanya. Mengakhiri perbualan,
Muhammad berkata; "Jangan ada lagi yang jadi macam pak cik ketika itu,
rakyat merempat dan negara mudah dijajah". Sementara Muhammad terpaksa
mengharungi kenangan pahit itu sehingga beliau menghembuskan nafas
terakhirnya, rakyat Malaysia boleh belajar menghargai semangat
kemerdekaan daripada pengalaman pahit yang dilalui Muhammad kerana
penjajah.-Bernama
Nah sekarang..!!!
Kedutaan Jepun di Malaysia mengesahkan kerajaan negara itu telah
menyerahkan sejumlah wang pampasan kepada kerajaan Malaysia untuk
diserahkan kepada buruh paksa pembinaan landasan keretapi Thailand
Myanmar.
Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun ke Malaysia, Takaharu Suegami, ketika mengesahkan penyerahan wang itu berkata, "Berdasarkan maklumat yang dikaji, kami dapati wang tersebut diserahkan sekitar tahun 1990an.
Soalan :
Kenapa Najib tidak mengambil tindakan Undang2 keatas kehilangan Duit
Pampasan Rakyat Malaysia ? Siapa yang menjadikan Rakyat papa kedana
sebenarnya ? Rakyat berhak mengetahui kemana perginya Dana Pampasan 207
Billion masa Tun Mahathir menjadi PM Malaysia ....
Ingat..!!!! : Tak
kira sesiapa pun pemimpin mahupun dari Barisan Nasional atau Pakatan
Rakyat , kalau membuat kesalahan harus dihukum di sisi Undang Undang
...nampaknya kerajaan Umno/BN lebih kejam dari tentera Jepun kerana
terus menipu buruh paksa tentera Jepun dan waris-waris mereka sejak
sekian lama.
Saya cadangkan kita berhenti dulu mempertikaikan subjek ini sehingga pengesahan hakiki dibuat oleh pihak Jepun tentang pembayaran ini.
ReplyDelete