SHAH ALAM – Majlis Fatwa Kebangsaan mesti menjemput Presiden Pas, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang untuk mendapatkan penjelasan bagi menyelesaikan
kemelut berkaitan dengan apa yang dipanggil Amanat Haji Hadi.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad menegaskan, isu yang
menjadi kontroversi itu tidak boleh diselesaikan hanya dengan
berdasarkan laporan akhbar.
"Ia mesti mengikut prosedur. Datuk Seri Abdul Hadi perlu dijemput untuk
berbincang dan bagi mendapatkan penjelasan. Ia tidak boleh diselesaikan
mengikut andaian," katanya.
Mengenai fatwa yang dikeluarkan mengenai amanat itu, Hassan berkata,
Majlis Fatwa Kebangsaan tidak boleh bergantung kepada fatwa yang
dikeluarkan oleh majlis fatwa di peringkat negeri.
Kuasa mengeluarkan fatwa, katanya, adalah kuasa negeri dan fatwa yang
dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tidak semestinya satu keputusan
mutlak kerana kuasa agama kekal di bawah kuasa negeri.
Beliau menjelaskan, fatwa sesebuah negeri boleh diguna pakai oleh negeri yang menggazetnya.
“Jika fatwa yang dikeluarkan di peringkat Majlis Fatwa Kebangsaan hanya
di peringkat kebangsaan, dan ia tidak akan dibawa ke negeri, ia tidak
menjadi undang-undang keseluruhan kerana ia berperanan menyelaras
sahaja,” katanya.
Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya pula menegaskan tiada fatwa dikeluarkan
Majlis Fatwa Kebangsaan secara khusus mengenai Amanat Haji Hadi yang
menjadi isu kontroversi itu.
Katanya, beberapa fatw a yang dikeluarkan mengenai isu seumpama itu adalah dibuat oleh majlis fatwa peringkat negeri.
Sebuah daripadanya adalah Majlis Fatwa Negeri Melaka, yang dikeluarkan pada 2002.
Fatwa yang diputuskan di peringkat negeri, katanya, tidak semestinya boleh diguna pakai oleh negeri lain.
“Fatwa yang ada itu ialah mengenai isu kafir-mengkafir, sama seperti
fatwa (yang dibuat) oleh Kelantan. Fatwa yang ada dalam laman web
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hanya fatwa yang dikeluarkan
oleh Majlis Fatwa Negeri Melaka,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, fatwa yang dikeluarkan oleh negeri tertentu terhad kepada
negeri berkenaan sahaja, sementara negeri yang mempunyai raja atau
sultan perlu mendapat perkenan raja atau sultan masing-masing.
"(Untuk) isu yang berlaku di negeri tertentu, hanya negeri (yang terlibat) itu patut mengeluarkan fatwa mengenainya,” katanya.sh
No comments:
Post a Comment