PRU 13
sudah hampir. Bila-bila masa dari sekarang Parlimen boleh dibubar. Kalau
diperumpamakan pisang ianya sudah tersangat ranum dan bila-bila masa boleh
diramas-ramas untuk dibuat cucor kodok.
Pengerusi
BN negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dengan tegas memberi amaran
pemimpin bahagian, cawangan dan Pusat Daerah Mengundi supaya berhenti mengadu
domba, bercakaran dan berbalah sesama sendiri.
Semua ini
jelas membuktikan bahawa krisis dalaman bahagian-bahagian UMNO di Kedah masih
berterusan, kritikal dan porak peranda. Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian,
Naib Ketua Bahagian, Ketua Penerangan, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua
Puteri masing-masing sedang memasang angan-angan bercita-cita tinggi untuk
menjadi wakil rakyat.
Mereka dibuai mabuk untuk berkuasa kerana ‘over confident’ bahawa PAS akan kalah dalam PRU13 nanti. Apa yang sedang berlaku cuba ditutup dari pegetahuan Presiden Parti DS Najib. Mereka akan berasak-asak mencium tangan DS Najib setiap kali lawatan DS Najib ke Kedah konon untuk tunjuk ‘everything is OK boss’. Tetapi semuanya ibarat bangkai gajah yang sudah tidak boleh ditudung lagi. Tudung kepala nampak kaki,tudung kaki nampak gigi.
Menurut
maklumat sahih masih terdapat bahagian UMNO di Kedah di mana perbalahan di
antara Ketua Bahagian dengan Timbalan Ketua, Naib Ketua, Ketua Penerangan, Ketua
Wanita, Ketua Puteri begitu parah sekali ‘bagai tongkang nak pecah’.
Masing-masing mengheret penyokong masing-masing ke majlis anjuran masing-masing.
Masing-masing mendabik dada masing-masing konon namanya akan diumum menjadi
calun dan tidak dapat tidak semua mesti sokong beliau dari
sekarang.
Malah ada
yang mendabik dada konon dialah yang bakal menjadi calun kerana kawan rapatnya
adalah menteri kabinet yang disayangi presiden parti dan setiap majlis beliau
dihurung seperti semut menghurung gula. Malah yang mengharubirukan lagi
kedengaran kata-kata di belakang bahawa akan ada segelintir penyokong si anu bin
si anu akan melancarkan boikot secara halus jika ketua mereka yang mereka tatang
bagai ‘tokong hindu’ itu tidak disenarai sebagai calun PRU13 yang akan datang.
Mereka lupa bila tongkang pecah kata Yus Jambu Maharajalawak Mega ‘apa pun tak
dapat’. Ibarat peribahasa Melayu ‘Jong Pecah Yu Kenyang’.
Sinario
hari ini, hakikatnya banyak aktiviti dan program yang dianjur oleh
Bahagian-Bahagian UMNO di Kedah tidak mendapat sambutan langsung dan keseluruhan
yang hadir hanyalah muka yang sama, kumpulan yang sama dan kelompok yang sama,
bertepuk sorak syok sesama mereka sahaja.
Menurut
maklumat lagi untuk mengumpul 300 orang pun susah di dalam program ceramah yang
dianjur UMNO. Malah di kalangan mereka sendiri pun ada yang tidak hadir kerana
boikot dan tidak sebulu dengan jawatankuasa yang menganjurkan. Hanya apabila ada
aktiviti yang melibatkan Presiden parti dan Timbalan Presiden parti maka
berduyun-duyunlah rakyat hadir untuk mendengar apa pula pengumuman bantuan baru
yang bakal digula-gulakan.
Berbeza
dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan NGO yang lebih mendapat sambutan dan
ikhlas berjuang untuk agama Islam dan bangsa tanpa mengharapkan habuan. Tetapi
yang menyedihkan aktiviti-aktiviti NGO ini seringkali dijauhi oleh
kumpulan-kumpulan UMNO ini malah aktiviti mantan PM Tun Mahathir di Kedah pun
mereka tidak hadir kerana Tun sudah tidak berkuasa lagi untuk mengumumkan
gula-gula. Sebaiknya UMNO yang mendapat agihan peruntukkan yang banyak bagi
menjalankan aktiviti harus menyokong usaha NGO-NGO ini. Mereka harus sedar
segala aktiviti-aktiviti NGO yang mendedahkan kepincangan pembangkang ‘milage’
politik itu akhirnya adalah kepada parti UMNO dan memenangan untuk parti mereka
juga.
Ramai
yang meluahkan komen kata meraka kalau mengharapkan UMNO bergerak 'habuk pun tak
ada', mereka masih tak habis-habis bertokak sesama sendiri. Sehinggakan isu
kalimah Allah yang diperolok-olokkan dan dimanipulasikan oleh DAP pun mereka
gagal menjadi juara untuk mempertahankannya.
Yang
sebenarnya hampir 80 peratus Bahagian UMNO di Kedah tidak membuat kerja hanya
gila mengejar kuasa. Jika DS Najib hanya melihat pimpinan bahagian sebagai
‘winnable candidate’ bermakna DS Najib juga buta dan tuli. Kedah La
No comments:
Post a Comment