Pemimpin UMNO sedang giat turun ke PDM (Pusat Daerah Mengundi) dan
mengarahkan semua bilik gerakan dibuka. Tanda-tanda awal Pilihanraya
umum sudah dekat. Semua masaalah awal di PDM diselesaikan teruatamanya
bahan-bahan logistik PRU.
Banyak
aktibiti yang melibatkan kewangan dirancang, terbaru pengagihan wang
untuk pelajar yang dibuat dikawasan sekolah, itu pun dijadikan sebagai
aktibiti PDM dan tentunya sebelum PRU nanti pembahagian BR1M akan
dianjurkan secara besar-besaran bagi memikat rakyat supaya terus
menyokong BN.
Sebelum wang BR1M dibagi-bagi kepada rakyat, pihak pemimpin UMNO akan
mengambil kesempatan untuk memberi ucapan kepada yang hadir,
sekurang-kurang 2 jam masa diambil untuk menjaja BN kepada rakyat, beri
ucapan bagai-bagai pemalsuan akan direka untuk menfitnahkan PR kerana
sekarang ini teramat susah rakyat untuk mempercayai kepada BN.
Tentunya isu rakyat akan berdepan dengan masalah sekiranya PR memerintah
Malaysia akan dicetuskan, isu yang sering diwar-warkan oleh pemimpin
UMNO dan BN ialah Kerajaan PR iaitu PAS dan PKR akan jadi kuda
tunganggang oleh DAP dan DAP pula dikaitkan dengan bangsa cina.
Isu DAP memperalatkan PAS seakan-akan boleh dipercayai, kerana banyak
sangat percangghan kenyataan oleh pemimpin DAP dan PAS berlaku, yang
mana isu yang tak patut dibincang secara terbuka dibincang dengan lajak
sehingga membuat orang atas pagar yang ingin menyokong PAS terkedu.
Isu nama Allah, Isu Hudud adalah hak mutlak bagi orang Islam dan hanya
PAS yang layak menterbiahkan rakyat, kenapa DAP beria-ia sangat nak
campur dan memberi kenyataan yang kadang-kadang boleh mengusarkan rakyat
yang berugama Islam, tak bolehkah DAP mengambil sikap tunggu dan lihat,
biar PAS yang berhadapan dengan UMNO dan BN dalam isu ini.
DAP sepatutnya mengajak rakyat keturunan cina meninggalkan MCA yang
terang-terang sudah tidak dapat memberi khidmat kepada masyarakat cina,
yang hanya menjadi pak turut kepada pemimpin tertinggi MCA sahaja yang
telah muflis ideal.
Pihak PR jangan mengambil mudah untuk menghadapi BN dalam pilihanraya
nanti, jangan hanya mengharapkan gelombang yang datang kerana UMNO
sedang kuat mempersiapkan bentang bagi menghalang gelombang besar yang
datang. Perlu diingat genarasi muda tidak terikat dengan sistem
kepatian, genarasi muda kini bebas untuk memilih siapa yang mereka suka
dan percaya, hari ini orang muda boleh suka kepada PM Najib dan esok
orang muda boleh maki Najib.
Hari
ini orang muda tak mengambil berat soal pakaian Rosmah tapi esok orang
muda boleh puji Wan Azizah cara berpakaian yang islamic dan bersopan
yang tak mampu dipakai oleh Rosmah secara konsisten. Isu-isu begini akan
mempengaruhi kepada keputusan pilihanraya umum ke 13. Parti belum tentu
memberi jaminan untuk menang tapi calun adalah menjadi faktor besar
satu-satu parti itu boleh memberi kemanangan.
Peristiwa 2004 yang dialami oleh PAS Kelantan hendaknya jangan berulang,
pucuk pimpinan PAS tahu akan kebenarannya. Rakyat sedang memerhati,
bukan saja di Kelantgan tapi berlaku juga di Kedah,Selangor dan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur. Yang retak hendaklah ditapung, jangan retak
terbelah. sayang.
No comments:
Post a Comment