Thursday, January 17, 2013

UMNO MENANG TIPU!!! Mahathir mengaku beri IC pada warga asing

SHAH ALAM 17 Jan: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengaku bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah semasa mentadbir negara.

Beliau bagaimanapun cuba mengalih kesalahan tersebut dengan mendakwa bapa kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman melakukan perkara “lebih teruk” dalam tindakan berkenaan.


“Kita patut tengok balik dan ingat. Tunku Abdul Rahman lebih teruk daripada saya. Dia beri sejuta kewarganegaraan kepada mereka yang tidak layak. Jadi kenapa apa yang dia (Tunku Abdul Rahman) buat tak salah dan apa yang saya buat ini salah?

“Ya saya memang buat (beri kad pengenalan), tetapi mengikut undang-undang,” katanya dalam sidang media selepas program Bicara Minda Tun Mahathir di Shah Alam, lapor Malaysiakini.

Turut hadir pada program itu ialah bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Semalam, dua bekas orang kanan Mahathir ketika memberi keterangan dalam siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah, mengaku memberi kewarganegaraan kepada mereka untuk menjadi pengundi.

Bekas ketua Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Tamparuli, Yakup Damsah memberi keterangan dia dan beberapa orang lain menginap di rumah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, yang merupakan setiausaha politik kepada Mahathir pada masa itu untuk mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang asing.

Seorang lagi saksi, bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ramli Kamaruddin mengaku menerima arahan dari timbalan menteri dalam negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub untuk mengeluarkan resit kad pengenalan sementara (resit JPN) dengan tarikh luput kepada warga asing, semata-mata untuk tujuan pilihan raya.

5 comments:

  1. Madey ni bila dia mula buka mulut maka mulalah menipu rakyat dgn menyalahkan org lain... takan itu jwpn negarawan tersohor? sama2 lh rakyat menilaikan? melayu berjiwa hamba n ahli umporno aje caya ckpnya.....

    ReplyDelete
  2. Ikut undang-undang kepala otak kau Mahathir!!! Kenapa menyorok buat kerja di rumah persendirian- rumah Aziz Shamsudin??? dasar penipu, penyamun dari benua Keling!!!

    ReplyDelete
  3. We have to be careful to read exactly what Tun M says because he is an expert in answering questions, especially tricky ones to have him admit to anything. In actual fact, Tun M did not admit to Project IC. Rather, he admitted to giving citizenships to refugees and immigrants who have been here for 20 to 30 years and all in accordance with the law. That is his executive powers and prerogative. He said nothing about Sabah.

    RCI - too early to draw conclusions?

    ReplyDelete
  4. ingat pulak madek ttg tunku abd rahman bg kerakyatan warga asing. sapa cakap yg tunku betul tp dia buat salah?
    bezanya tunku dah tiada utk dbicara.
    yg masih hidup mesti diambil tindakan. kan ini namanya pengkhianat negara????

    ReplyDelete
  5. Tunku bg semua rakyat asing yang ada dinegara kita sebagai warganegara kerana dah di berikan syarat oleh british semasa nak merdeka... Mahathir berikan warganegara kerana nak menang undi, .. bezanya, mahathir adalah bapa pengkhianat negara.Tunku adalah bapa kemerdekaan.. ..

    ReplyDelete