Katanya, mantan Perdana Menteri itu boleh dianggap penderhaka ekoran membenarkan pendatang asing menjadi warganegara.
“Mahathir dan pemimpin Umno yang terbabit dalam pemberian IC kepada orang asing adalah penderhaka kerana mengizinkan perkara ini berlaku,” katanya kepada pemberita selepas bertemu pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), di sini bagi mendapat respon berhubung masalah 300,000 masyarakat India tidak memiliki kad pengenalan.
Surendran mendesak PDRM segera menyiasat Mahathir ekoran skandal pemberian beratus ribu status kerakyatan kepada warga asing di Sabah dan memberi keadilan kepada rakyat yang menjadi mangsa kezaliman Umno BN.
“Situasi ini serius, anak yang lahir di Malaysia sukar mendapat kad pengenalan atas alasan tidak
munasabah, sebaliknya warga asing dapat kerakyatan.
“Dalam hal ini, Mahathir adalah penderhaka negara kerana membebankan rakyat yang tidak mendapat IC sekaligus menafikan hak keistimewaan yang sepatutnya diterima seperti faedah pendidikan, kesihatan dan pekerjaan,” kata Surendran.
Sementara itu, Pengarah Guaman KEADILAN, Latheefa Koya membidas alasan tidak munasabah JPN berkenaan status permohonan masyarakat India, seperti pemohon tidak fasih berbahasa Melayu.
“KEADILAN masih menunggu syarat khusus dari JPN, kononnya tidak dipenuhi pemohon sedangkan 99 peratus pemohon yang dibawa (ke JPN) lahir di Malaysia,” katanya.
“JPN wajar bertolak ansur dan praktikal kerana terdapat masalah pembuktian dokumen ibu bapa dari pemohon.
“Ini masalah yang diwarisi, mustahil mereka dapat menyerahkan dokumen ibu bapa sedangkan ada pemohon di kalangan warga emas,” jelasnya.
Turut hadir, Senator S Ramakrishnan; Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad; Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud; Ahli Parlimen Teluk Intan, M Manogaran dan aktivis Pakatan Rakyat.
Ikut serta, dua pemohon remaja, Hari, 14, dan Haran, 12, dari Rumah Kebajikan Agathis, Petaling Jaya.
KEADILAN sebelum ini mengadakan himpunan aman “Duduk Bantah” 12 Disember lalu sebagai desakan agar masalah rakyat Malaysia yang dinafi mendapatkan kad pengenalan diselesaikan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43463
Suruh diorng ambik ujian bahasa malaysia, lulus ke tidak
ReplyDeleteAnak tiri saya, dilahirkan di Sabah, pemeggang Sijil SPM, bernikah dengan orang tempatan, pun tak dapat PR.
ReplyDelete