KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulama PAS memutuskan kalimah Allah tidak
boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa di dunia kerana ia tidak
menepati kehendak sebenar kalimah ini.
"Tindakan menterjemahkan kalimah 'God' atau 'Lord' dari mana-mana
kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibenarkan kerana
ia salah dari segi makna dan tidak menepati kehedak sebenar," kata
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Dr
Haron Din dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada malam
Ahad.
Beliau menegaskan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan bagi
penganut bukan Islam boleh membawa kepada kekeliruan yang nyata justeru
tindakan tersebut perlulah ditegah.
"Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya.
"Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa di
dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah tersebut.
"Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah," menurut kenyataan itu lagi.
Bagaimanapun, Nik Aziz dan Haron Din sepakat menegaskan kalimah Allah
adalah alami kerana Allah Tuhan sekalian alam dan sesiapa pun boleh
menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab jahiliah yang bukan Islam
menyebutnya.
"Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan Yang diimani
oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, tunggal tidak beranak dan tidak
diperanakkan," katanya.
Mesyuarat Majlis Syura PAS yang bersidang pada malam Ahad, diadakan
khas bagi membincangkan mengenai isu kalimah Allah dan Amanat Hadi pada
malam Ahad bermula pada pukul 9 malam dan berakhir kira-kira dua jam
kemudian.
Pemimpin PAS dan ahli Majlis Syura yang hadir bagaimanapun enggan
memberikan sebarang kenyataan sebaliknya hanya kenyataan media sahaja
diedarkan kepada kira-kira 20 wartawan yang menunggu.
Selasa lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memutuskan
kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam namun ia tidak
boleh disalah guna untuk kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan
dikalangan umat Islam.
Isu penggunaan kalimah Allah kembali menjadi polemik apabila
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menerusi mesej sempena sambutan Hari
Krismas mendesak Kerajaan Pusat membenarkan perkataan Allah digunakan
dalam kitab Bible bahasa Melayu.
Kenyataan Guan Eng ini mendapat kritikan keras oleh pelbagai pihak terutamanya dari kepimpinan Umno dan ulama bebas.
Malah sekutu mereka dalam pakatan pembangkang iaitu PAS kali ini turut tidak bersetuju dengan desakan berkenaan.
Bukan itu sahaja, pemimpin tertinggi PAS sendiri termasuk Ketua Dewan
Ulama, Datuk Harun Taib, Haron Din, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali
dan Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah menyatakan
pendirian tegas mereka, tidak membenarkan kalimah Allah digunakan oleh
penganut bukan Islam.
Dalam perkembangan lain, Majlis Syura PAS turut mendesak kerajaan
supaya membenarkan Abdul Hadi menjelaskan mengenai isu 'Amanat Hadi' dan
ia perlu disiarkan secara langsung selama satu jam di TV1 dan TV3.
jawab isu ni cara halus...
ReplyDeletemintak pihak kristian malaysia pohon nak guna Allah sebagai ganti tuhan dalam bible melayu melalui Vatican.
Biar Vatican yang memohon guna.
Dan berikan sebab-sebab kenapa nak guna, dan kenapa tidak guna dalam bible versi lain.
Dan mengaku Allah itu tuhan bagi segala sesuatu.
Dan pemohonan dibuat secara terbuka dengan isytiharkan kepada dunia.
Guan Eng ini nampak sangat macam kera kena belacan. Sifat munafik beliau dah makin terserlah kini, awas PR, sila berhati-hati dengan beliau ini, terutama Abang Mat Sabu, jangan terlalu membela orang begini kerana ianya boleh merosakkan perhubungan baik PAS dengan DAP. Bangsa Melayu amat sensitif berhubung soal Agama mereka, jangan cuba memainkan sentimen tersebut untuk mendapatkan sokongan minioriti umum, dalam soal Rasulullah SAW pun umat Islam sanggup mati (berjihad), inikan pula atas nama Tuhan (Allah) yang mereka sembah. Saranan kita kepada beliau (Guan Eng) Lain kali cuba mohon kepada pihak tertinggi kuil untuk menggantikan nama Gautama Buddha dengan nama "Kit Siang", macam mana?
ReplyDeleteGuan Eng orang kafir bukan munafik. munafik ni nama Islam tapi dalam masa yang sama menolak hukum Allah.
ReplyDeleteGuan Eng jika dia musuhi Islam ,kita dapat kenal tapi si munafik ni berlagak seolah2 mempertahankan kalimah Allah tapi dalam masa yang sama menolak hukum Allah
tanda2 org munafik ada ramai dlm umnu mungkin hampir 85% sbb mrk tolak hukum allah sama mcm dap, mic & mca juga gerakan
ReplyDeleteLama doh dlm umno munafik... Mane besor dosa... Kafir guna kalimah atau Melayu Islam tokey Arak... Minta penjelasan.... Cakap nok bela islam... Perangai macam setan.... Murtad 250ribu wat diam je... Malas nok ckp psl agama.... Biar ulamak yg urus... Mane mufti... Mane ustaz.. Melayu ramai nok tukar agama apa cerita... Kalimah dia nok guna kita nok kata apa... Mane tau kristian duk asyik sebut kalimah. Akhirnya lame lame dia masuk islam. Kita islam tak rugi dia nok sebut Allah... Dia bukan nok hina... Dia nok agungkan nama Allah salah ke... Cuba fikir... Berapa ramai penganut kristian masuk islam bila dengar kalimah Allah. Jangan jadi mcm puok umno... Islam pada nama je... Berapa ramai Melayu islam jadi lebih jahat dari setan... Setan tadok jadi tokey Arak.. Melayu islam kat malaysia bersepah jd tokey pub. Kelab malam... Semua mufti.ularmamak.ustaz fulus wat tolol je... Insaflah.. Ketika ada peluang bertaubat....
ReplyDelete