KUALA LUMPUR 14 Jan: Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwa Ahmad
Tajuddin digantung tugas dipercayai kerana meramalkan kekalahan Barisan
Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.
Ekoran itu pelbagai pihak menyifatkan tindakan tersebut sebagai zalim
termasuk Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di laman
Twitternya.
Pengarah
Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, beliau turut kesal
kerana ahli ekonomi berkenaan hanya memberi pandangan berdasar kajian
dijalankan.
“Tindakan itu adalah perkara memalukan. Sebagai ahli ekonomi, beliau
wajar memberi pandangan jika merasakan ia tepat dengan analisa yang
dilakukan. Sekiranya tidak bersetuju, BN perlu membentang analisa
berasaskan fakta dan profesionalisme,” ujar Nik.
Beliau dalam pada itu tidak menolak kemungkinan tindakan menggantung tugas Azrul dilakukan atas desakan pihak tertentu.
Katanya lagi, keadaan itu berbeza di negara lain yang mengamalkan
demokrasi matang, apabila ahli ekonomi diberi ruang untuk menjalankan
tugas mereka.
“Penganalisis bank di Amerika misalnya, meramalkan keputusan pilihan
raya kerana bagi kebanyakan pelabur ia penting bagi menentukan keputusan
perniagaan. Itu perkara biasa kepada ahli ekonomi dan penganalisis
ekonomi di bank-bank atau institusi kewangan,” ujarnya yang juga Adun
Seri Setia.
Minggu lalu, Azrul Azwar ketika bercakap dalam satu seminar di
Singapura, meramalkan BN akan kalah tipis dalam PRU 13. Kenyataan itu
kemudian dilaporkan akhbar The Straits Times Singapura pada 11 Januari lalu.
Azrul berkata, hasil kajian menggunakan data analisisnya mendapati BN
hanya mampu memperoleh antara 97 ke 107 kerusi berbanding 140 kerusi
yang dimenangi PRU lalu.
Laman web Straitstimes.com 12 Januari lalu menyiarkan kenyataan
Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Sri Zukri Samat bahawa Bank itu tidak
terbabit dalam forum berkenaan dan menyatakan pandangan Azrul bersifat
peribadi serta meminta ia tidak dikaitkan dengan bank itu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43151
No comments:
Post a Comment