KUALA LUMPUR 26 FEB: Bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam
(PI Bala) akan tampil di forum ‘Rungkai Misteri di Sebalik Pembunuhan
Altantuya’ esok, di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor
(KLSCAH).
Bala yang membuat dua akuan bersumpah (SD) yang bercanggah berkaitan
dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu tiba di Malaysia
petang Ahad lalu selepas empat tahun tinggal di India.
Empat
lagi ahli panel forum anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu
ialah Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin; Pengarah Eksekutif Suara
Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel; Presiden Kumpulan Aktivis
Mahasiswa Independen (Kami), Khalid Ismath dan Kartunis Zunar.
“SAMM mempersiapkan sebuah pentas jelajah buat PI Bala sebagai saksi
tragedi pembunuhan Altantuya, dengan sokongan pelbagai NGO dan kumpulan
mahasiswa.
“PI
Bala merupakan saksi paling berwibawa dalam kes pembunuhan Altantuya
yang berkait rapat dengan skandal penyelewengan pembelian kapal selam
Scorpene,” kata Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan.
SAMM menjemput orang ramai menghadiri forum yang akan bermula jam 8.30 malam.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=46011
harap najib saman bala.....kalau dia masih berdiam diri lagi, rakyat akan
ReplyDeleteakan mempercayai apaa yang di dedah oleh bala.