Zambry Abd Kadir meminta agar sebarang spekulasi berkaitan pengagihan kerusi kepada MIC pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dihentikan segera memandangkan belum ada keputusan rasmi dibuat mengenai perkara itu.
Merujuk kepada kenyataan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel yang tidak bersetuju dengan tawaran dua jawatan Senator sebagai tukaran melepaskan DUN Behrang dan Pasir Panjang, beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata:
“Kenyataan
mengenai perkara tersebut (tawaran) tidak seharusnya berlaku kerana
masih terlalu awal untuk membuat sebarang pengumuman memandangkan ia
belum pernah dibincangkan bersama Barisan Nasional (BN) negeri,”
katanya.
Malah, beliau
sendiri katanya, tidak diberitahu mengenai perkara yang disuarakan oleh
Palanivel itu seperti yang dilaporkan oleh akhbar tempatan.
“Saya sangat
terkejut dengan perkara ini (tawaran dua jawatan Senator untuk MIC
melepaskan DUN Behrang dan Pasir Panjang) kerana tidak tahu kenyataan
yang dikeluarkan beliau (Palanivel) dan masih belum lagi berjumpa
dengannya,” kata Zambry.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel tidak bersetuju dengan tawaran dua jawatan Senator sebagai tukaran melepaskan DUN Behrang dan Pasir Panjang.
Palanivel
memberitahu selain Hutan Melintang dan Buntong, parti mewakili kaum
India itu tetap mahu bertanding di dua DUN berkenaan bagi melengkapkan
empat kouta kerusi DUN Perak seperti pada Pilihan Raya Umum (PRU)
ke-12 pada 2008.
Berdasarkan
budaya BN, perkara merujuk kepada pengagihan kerusi harus dibincangkan
terlebih dahulu di peringkat negeri sebelum ia di bawa ke peringkat
tertinggi parti.
“Apa sahaja
keputusan mengenai kuota kerusi telah dibincangkan sebelum ini dan apa
juga keputusan yang diambil, ia seharusnya melalui semangat calon serta
parti BN,” katanya.
Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, Zambry menggesa Presiden MIC itu berhenti menggunakan media atau akhbar untuk meluahkan pendapat berkaitan perkara terbabit.
.........................................................
Orangni: Sana
setuju,sini tak setuju,situ cakap setuju,esok cakap lain dan hari ini
cakap lain...begitulah yang berlaku dalam UMNO BN Perak. Kemelut
pembahgian kerusi UMNO BN Perak konon-nya dah selesai,tapi gelora masih
meruncing 24jam. Isu kerusi DUN Terong pun masih jadi percakaran hebat
antara MIC dan UMNO.
Zambry dengan angkuh dan bodoh sombong memaksa seorang Presiden MIC tutup mulut dari keluarkan sebarang kenyataan.
Pasir panjang sepatutnya dikembalikan kepada UMNO.......kami orang melayu inginkan pemimpin melayu .....Dulu lagi kami dah suarakan soal calun pasir panjang ni .......sebab itulah nizar boleh menang dipasir panjang .....Sebab BN tak mahu dengar cakap...Pasir panjang merupakan kawasan orang melayu......Kalau BN letak lagi MIC ....ini bermakna BN akan kalah lagi .
ReplyDelete