PARIT BUNTAR : Ahli Parlimen Parit Buntar Dato’
Dr Mujahid Yusof Rawa , Pesuruhjaya PAS Perak Ust. Abu Bakar Hussain dan Adun
Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari telah berkunjung menemui masyarakat Cina dalam
program edaran limau kepada orang ramai sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Program
mengedar buah limau ini anjuran bersama PAS Kawasan Parit Buntar , Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar dan
Pusat Khidmat Dun Kuala Kurau diadakan pada setiap tahun sempena Sambutan Tahun
Baru Cina.
Pengerusi
Lujnah Perpaduan Nasional PAS Parit Buntar, Ahmad Azhar Shahrin berkata
program pada tahun ini telah mendapat sambutan luar biasa dari masyarakat Cina
di Parit Buntar.
“ Sambutan yang
cukup menggalakkan diterima daripada orang Cina menyebabkan pihak kami
kehabisan limau sebelum menamatkan kunjungan ke seluruh Pekan Tanjung Piandang.
“Ini menandakan sambutan yang amat
menggalakkan kerana mereka datang menemui rombongan kami sebelum kami sempat
berjalan-berjalan,” katanya
Ahmad Azhar
berkata, edaran limau yang melibatkan juga Kuala Kurau, Kuala Bagan Tiang,
Pekan Parit Buntar , Pekan Titi Serong dan Ban Seng Hin diadakan sepanjang
minggu sebelum Tahun Baru .
“ Sebanyak
1,200 kotak limau telah diagih-agihkan kepada orang ramai sempena sambutanTahun
Baru Cina yang bertemakan ular hitam ini.
“Pihak kami terpaksa membuat tambahan limau
kerana berbeza tahun tahun lalu, kali ini sambutan luar biasa, mereka teruja
dengan kedatangan rombongan kami” katanya
Menurutnya, selain
edaran limau, turut diadakan majlis
sumbangan kepada 200 orang warga emas dan penduduk miskin masyarakat Cina.
“ Majlis
sumbangan ini diadakan di empat kawasan komuniti orang Cina di Pekan Parit Buntar, Tanjung
Piandang, Kuala Kurau dan Kuala Bagan Tiang
" AJK Dewan Himpunan
Penyokong PAS (DHPP) Parit Buntar membantu mengenalpasti orang Cina
yang layak menerima sumbangan Tahun Baru Cina berkenaan" katanya
Katanya, program edaran limau ini turut melibatkan DHPP
Parit Buntar, Dewan Muslimat, Dewan Pemuda, Unit Amal dan Nisa’ Parit Buntar.
Sementara itu, pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS parit buntar iaitu, Ong Choi Ee,
Ricky Tang dan Teoh Bak Chua menjadi
tonggak utama kejayaan program.
Ricky Tang selaku Pengerusi DHPP Pekan Parit Buntar
menyatakan berpuas hati dengan sokongan yang ditunjukkan oleh orang ramai.
“ Sokongan orang ramai terhadap Pakatan Rakyat dan Pas
begitu ketara ditunjukkan di semua kawasan komuniti orang Cina.
“ Perkataan “Meng Lien” (Pakatan Rakyat) dan “Koyok”
(Pas) kedengaran menyambut kedatangan rombongan” katanya
No comments:
Post a Comment