Isnin lalu, saya sempat berkunjung ke rumah Dr Haron Din, di Bandar
Baru Bangi. Saya tidaklah berhasrat menimbulkan khabar angin yang
tersebar luas dalam internet mendakwa beliau keluar PAS, banyak lagi
perkara lain yang lebih urgent.
"Kalau Ustaz Haron Din betul
keluar PAS, pasti Utusan dan TV3 terlebih dulu menghebohkannya," saya
membalas SMS seorang rakan yang bertanyakan berita palsu itu. Rupanya
ramai lagi yang tertanya-tanya isu yang sama.
Kenalan rapat dari
Alor Setar, sebaik mengetahui saya di rumah Timbalan Mursyidul Am PAS
itu, minta bertanyakan kerana "aku nak dengar sendiri penjelasannya".
Sambil
minum petang dan menikmati karipap panas, Dr Haron menegaskan: "Saya
pertegaskan sekali lagi, bahawa saya dalam menghadapi isu kalimah Allah
atau isu yang berhubung dengan apa sahaja pendirian PAS dengan DAP, saya
tidak pernah terfikir untuk meninggalkan perjuangan bersama PAS.
"Tidak
terlintas dalam benak saya, bahawa saya akan keluar PAS dalam
menghadapi isu ini. Melawak tidak pernah, bercakap pun tidak pernah.
Selepas bersama dalam perjuangan, tidak terfikir hendak keluar PAS.
"Malah
Perhubungan PAS Perlis telah menawarkan saya bertanding dua kerusi, Dun
dan Parlimen dalam PRU13 walaupun saya daripada awal minta tidak
disenaraikan kerana tidak cukup sihat fizikal."
Dr Haron berkata,
Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jassin sendiri menawarkan kerusi
yang disandangnya. Begitu juga dengan seorang lagi Adun PAS (Simpang
Empar), Rus'sele Eizan.
"Saya juga ditawarkan Parlimen Arau. Pada
2008 saya kalah 300 undi sahaja. Saya tolak tawaran itu.
Mesyuarat
tidak terima pandangan saya, mereka kata akan bantu dan tampung
kelemahan saya. Akhirnya saya terima satu sahaja, iaitu Parlimen Arau,"
ujarnya.
Ahmad Lutfi Othman
No comments:
Post a Comment