Timbalan Mursyidul Am
PAS, Haron Din mengesahkan beliau didatangi Ketua Pembangkang, Anwar
Ibrahim di rumahnya di Bangi, Selangor, baru-baru ini.
Bagaimanapun, Haron seperti dipetik menerusi portal berita http://antarapos.com menafikan
pertemuan itu bagi membincangkan kesesuaian Anwar untuk dilantik
sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi
Pilihanraya Umum Ke-13.
Sebaliknya, Haron ketika bercakap
kepada portal berita berkenaan menyatakan, pertemuan itu hanya sebagai
perjumpaan biasa antara dua individu dan tiada perkara kepartian
dibincangkan.
Dalam masa sama, Haron turut melahirkan kekesalannya apabila ada pihak menjadikan pertemuan tersebut sebagai modal politik.
"Pertemuan (dengan Anwar) saya tidak fikir itu yang menjadi isu, saya berjumpa dengan semua orang.
'Nature' hidup saya, orang datang minta nasihat dan pertolongan," katanya lebih lanjut kepada portal berita tersebut.
Haron berkata, pada Selasa lalu, terdapat 200 orang berjumpa dengannya tanpa mengira latar belakang politik.
"Pertemuan dengan saya tidak
sepatutnya dijadikan isu sebab saya dengan Anwar kawan lama, dulu masa
di ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) kami sudah kenal, semasa beliau
dalam Umno kami masih berkawan.
Dia datang ke rumah saya, semasa dia dalam penjara saya pergi melawat dia.
"Pertemuan dengan saya adalah
sebagai sahabat, tiada agenda berasingan. Pertemuan itu (dengan Anwar)
sering berlaku dan itu betul, pertemuan itu tiada agenda berasingan,"
katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Haron
menegaskan, dakwaan yang menyatakan Majlis Syura Ulama PAS menolak
Anwar daripada memegang jawatan Perdana Menteri adalah tidak benar.
Beliau berkata, perkara itu tidak
pernah dibincangkan dalam mesyuarat badan tertinggi parti tersebut yang
dipengerusikan Mursyidul Amnya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Bila saya kata kami kawan biasa,
perjumpaan itu tiada perkara khusus dalam berbincang atau memutuskan
apa-apa mengenai parti, tiada kaitan dengan parti, ia perjumpaan biasa.
"(Majlis Syura Ulama) tidak pernah
bincang isu itu, mungkin pertemuan saya dengan Anwar dikaitkan dengan
itu tapi ia hanya pertemuan biasa," katanya.
Pengakuan Haron itu sekali gus
menolak dakwaan sebuah blog pro-Pakatan Rakyat yang kononnya Timbalan
Mursyidul Am PAS berkenaan yang datang menemui Anwar dan bukan
sebaliknya.
Bagaimanapun, blog pro-Umno cuba
mensensasikan isu pertemuan tersebut kononnya Anwar 'meminta nyawa
politik' dan 'merayu kepada Haron supaya keputusan Majlis Syura PAS
tidak diteruskan'.
Malah, ada blog Umno yang biadap
menganggap Anwar sengaja 'memalukan diri menghadap Haron sebaik menerima
keputusan mesyuarat tersebut'.
Haron Din pegi jumpa Anwar atau Anwar pegi jumpa Haron Din??
ReplyDeleteBlog Umno kata anwar pegi jumpa.. Blog PR kata haron din Din pegi jumpa..
so sapa yg nipu?
apa susah nak pikir - kalau di rumah TG sudah semestinya DSAI yg pegi jumpa TG, kalau dirumah DSAI, sudah semestinya TG yang pegi. baca semula kenyataan TG - " Timbalan Mursyidul Am PAS, Haron Din mengesahkan beliau didatangi Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di rumahnya di Bangi, Selangor, baru-baru ini." - kan kat rumah TG tuu
ReplyDelete