Sunday, February 3, 2013

UMNO/BN TERDESAK!!!! Belanja lebih RM 2 Juta bayar Psy Gangnam untuk himpun orang ramai

Perayaan Tahun Baru Cina kian menjelang. Pelbagai program diatur kerajaan untuk menarik hati rakyat.

Salah satu program yang akan diadakan nanti adalah Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di padang Sekolah Menengah Han Chiang, Pulau Pinang pada 11 Februari anjuran BN Penang.

Acara yang akan dihadiri oleh Perdana Menteri itu bakal diserikan lagi dengan persembahan artis luar negara.



Penduduk Pulau Pinang pastinya bertuah kerana BN Penang telah menjemput seorang penyanyi dari Korea yang telah menggegarkan dunia dengan lagunya, Gangnam Style. Penyanyi tersebut adalah Psy.

Apa yang difahamkan adalah penyanyi Psy yang akan membuat persembahan pada hari itu (dengan hanya SATU lagu) bakal menerima bayaran sebanyak RM2 juta (mungkin termasuk ataupun tidak termasuk jet peribadi, suite hotel, pengawal peribadi, kereta limousine 24 jam).

Dari mana datangnya wang RM2juta untuk dibayar BN Penang kepada Psy nanti? Bukankah daripada wang rakyat?

Rakyat Malaysia yang kini sedang rancak menerima bantuan BR1M 2.0 hanya mendapat RM500 sahaja sedangkan artis luar negara yang hanya datang untuk buat persembahan lebih kurang sejam mendapat RM2 juta (RM2,000,000).

Jika beginilah kerajaan hari ini membelanjakan wang rakyat, tidak hairanlah apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala mengatakan pada 28 Mei 2010 lalu bahawa negara Malaysia bakal bankrap.

Rakyat diberi RM500 untuk sedikit rasa terhibur tetapi pemimpin negara membelanjakan RM2 juta untuk mereka berhibur.ajijoi


 

3 comments:

  1. Tidak masuk akal bagaimana penyanyi yang beraksi dalam klip video yang penuh dengan elemen kelucahan dijemput ke sini. Lihat sahaja mana ada klip video itu ditayang secara penuh di dalam siaran-siaran tv di Malaysia. Barang kali sebab Presiden MCA sendiri adalah seorang lucah maka bagi mereka budaya seperti ini dapat diterima.

    ReplyDelete
  2. Konsert salin baju! Bawa 2 helai baju-T. BN akan beri baju-T warna Biru. Pakai masuk pintu. Bila show mula..salin baju-T...pakai warna Merah atas baju biru. Bila Psy mula nyanyi ..salin baju Kuning. Bila Psy tanya..??? jawab Ubah Style.

    ReplyDelete
  3. Taniah kepada mereka yg masih buta tuli menyokong bn

    ReplyDelete