KUALA LUMPUR 9 APRIL: Bekas pegawai khas Tun Dr Mahathir Mohamad,
Datuk Omar Abu Bakar mengakui terlibat secara langsung dalam rancangan
konspirasi fitnah kes liwat 1 pada 1998 mengaitkan Ketua Umum KEADILAN,
Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengakuan itu dibuat secara terbuka di hadapan ribuan rakyat pada
ceramah Pakatan Rakyat di Taman Medan, Petaling Jaya Ahad lalu.
“Saya bersumpah saya bertanggungjawab dalam peristiwa sodomi satu (liwat I).
“Saya bertanggungjawab dengan Aziz Shamsudin membuat surat Umi
Hafilda, menghantar kepada Daim (Zainuddin), hantar kepada Mahathir.
Itulah punca sebenarnya (fitnah ini).
“Bermula dari situ, Anwar ditangkap, dipenjara enam tahun. Tiba-tiba
dia dilepas kerana alasan dibebaskan sebab apartment yang dituduh (Anwar
melakukan sodomi) belum ada lagi (masa itu).
“Sebab itu Mahathir persoalkan mengapa Najib ambil tuduhan yang sama
untuk peristiwa sodomi kedua…Itu dah nampak tak betul…,” kata Omar
disambut sorakan rakyat.
Beliau mendedahkan demikian selepas melihat gambar Mahathir bersama
Aziz Shamsudin dan Profesor Sidik Baba pada malam sama bercakap mengenai
akhlak Anwar.
“Bekas boss saya ini sekarang jadi kempen manager Ibrahim (Ali) katak,” kata Omar disambut ketawa hadirin.
Fitnah I bermula sejak 1998 menyaksikan pentadbiran Mahathir memenjarakan Anwar sebelum dibebaskan pada 2004.
Skrip sama berulang pada 2008 apabila Anwar sekali lagi difitnah
terlibat dalam skandal bersama Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantunya.
Anwar
ditangkap pada malam 20 September 1998, secara salah oleh pasukan khas
polis yang menerima arahan kerajaan Umno BN diketuai Mahathir, Perdana
Menteri ketika itu.
Tangkapan dan serangan itu sebahagian dari perancangan Umno BN
mensabitkan Anwar dengan salah laku seks dan pertuduhan rasuah, selepas
beliau dipecat pada 2 September 1998.
Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan fitnah oleh Saiful.
Dalam wawancara Anwar bersama stesen TV antarabangsa, Al-Jazeera
3 April lalu, Anwar percaya fitnah liwat yang dilempar kepadanya
menyedarkan rakyat mengenai penglibatan Pejabat Perdana Menteri dalam
kes berkenaan.
“Ketua Pendakwa (Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden) kes Fitnah II, kini bersama saya, (maknanya) seluruh tuduhan tak berasas.
“Malah, sekarang bapa (Azlan Mohd Lazim) kononnya mangsa liwat
(Saiful) secara terbuka memohon maaf kepada saya dan keluarga,” kata
Anwar.
Azlan menyertai KEADILAN 11 Mac lalu dan mendedahkan kes Fitnah II
didalangi pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak –
Khairil Annas Jusoh.
Yusof pula menyertai pasukan peguam Pakatan Rakyat selepas kes Fitnah II berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Anwar.
Terbaru, Omar pula mengaku terlibat dalam konspirasi Mahathir mengaitkan Anwar dalam kes liwat I.
Untuk tonton rakaman pengakuan Omar KLIK SINI. – NS
No comments:
Post a Comment