Friday, April 5, 2013

NAJIB MAKIN PENING!!! Pegawai Kerajaan tolak UMNO , peminat PORNO sokong UMNO

Masih ramai yang bercakap mengenai wajah sugul yang dipamerkan Najib ketika beliau mengumumkan pembubaran Parlimen, Rabu lalu. Tidak seperti Mahathir dan Pak Lah dahulu yang riang, ceria dan yakin ketika membuat pengumuman itu, Najib sebaliknya mempamerkan wajahnya yang muram dan tidak manis. Malah Muhyiddin yang ada disebelahnya, jauh lebih ceria dan meyakinkan.

Sepatutnya bila Perdana Menteri mengumumkan tarikh bubarnya Parlimen, beliau seharusnya berwajah ceria dan manis. Ini kerana tarikh yang dipilihnya itu tentulah dibuat setelah mendapat pelbagai maklumat bahawa keadaan berpihak kepadanya. Biasanya hanya setelah semua keadaan ok dan persiapan mencukupi serta harapan kemenangan berada di tahap yang tinggi, barulah Parlimen dibubarkan.

Tetapi PRU ke 13 ini memang lain dari yang lain. Jika Najib menunggu semua keadaan berpihak kepadanya baru hendak mmengumumkan pembubaran Parlimen, barangkali tarikh itu tidak akan muncul sampai bila-bila. Najib tidak akan terjumpa tarikh yang sesuai untuknya dan keadaan memihak kepadanya sebelum membubarkan Parlimen kerana secara umumnya rakyat sudah bersedia sejak lama untuk memberi pengajaran kepada UMNO dan kerajaan. Rakyat mahukan perubahan dan mahu mengakhiri monopoli kuasa oleh UMNO.


Generasi muda dan mereka yang terdedah kepada internet dan maklumat langit terbuka, memang diketahui tidak memihak kepada UMNO dan BN. Mereka begitu skeptikal dan melihat ada saja yang tidak kena yang dilakukan oleh pemimpin dan kerajaan sekarang. Isu rasuah, pembaziran, pengumpulan kekayaan keluarga pemimpin dan ekonomi adalah antara isu yang menyebabkan mereka tidak memihak kepada kerajaan.

Generasi muda ini yang terdiri daripada penuntut pusat pengajian tinggi dan mereka yang telah memasuki dunia pekerjaan secara umumnya amat terdedah kepada alat-alat gajet moden dan sering menghabiskan masa santai berjumpa rakan-rakan serta berbual-bual di Starbucks, Coffee Bean dan segala macam kedai kopi atau kopitiam lainnya. Dari wajah-wajah kebanyakan pengunjung di situ, tergambar paparan yang jelas memperlihatkan mereka tidak bersama UMNO dan kerajaan.

Sudahlah pengundi muda ini meliputi jumlah besar daripada 13 juta pengundi, keadaan nampaknya diburukkan lagi oleh kesepakatan di kalangan pengundi bukan Melayu yang begitu solid ke arah perubahan. Walaupun Najib melakukan pelbagai perkara dan mencurahkan bermacam peruntukan kepada mereka ini, keadaan tetap tidak banyak berubah.

Kedudukan pengundi bukan Melayu ini sebenarnya amat membimbangkan UMNO. MCA, MIC dan Gerakan bagai sudah hilang upaya untuk memujuk mereka kembali bersama BN dan kerajaan. MCA kini memiliki 15 kerusi Parlimen yang dimenangi dalam pilihanraya lalu dan MCA sampai memberitahu pengundi Cina bahawa mereka tidak akan menyertai kabinet jika kerusi dimenangi kurang daripada itu. Tetapi tindakan itu disifatkan sebagai ugutan oleh pengundi Cina dan mereka memberitahu balik MCA, jangan cuba ugut kami!

Ada pula pemimpin UMNO yang sudah beberapa penggal bertanding berkata, jika kali ini mampu dapat 40 peratus sokongan pengundi Cina pun sudah dianggap terbaik baginya.

Hakikatnya, penolakan pengundi Cina berlaku di mana-mana. Pemimpin PR pula amat yakin pengundi Cina akan bersama mereka. Lim Kit Siang misalnya sanggup berpindah dari kawasan selamat di Ipoh Timur ke Gelang Patah walaupun sedar kawasan itu dimenangi oleh MCA dalam pilihanraya lalu dengan majoriti lebih 5 ribu undi.

Begitu juga Sallahuddin Ayob yang memilih Pulai, Johor yang juga merupakan kawasan yang mempunyai undi campuran dan ramai pengundi Cina.

Sementara kedudukan pengundi Cina merisaukan BN, ia sebaliknya bakal memberi kelebihan kepada PR dan di mana terdapat pengundi Cina melebihi 30 peratus, ia sudah boleh dianggap "lubang maut" bagi BN.

Jika perkara itu yang merisaukan Najib, maka tidak hairanlah beliau kelihatan sugul dan tidak ceria ketika mengumumkan pembubaran Parlimen hari Rabu lalu.

Dalam pada itu, Najib juga mungkin risau memikirkan soal calon dan kemungkinan berlakunya sabotaj di kalangan mereka yang tidak terpilih sebagai calon.

Tetapi jika dihalusi secara mendalam senario politik negara secara keseluruhannya, beban Najib juga diberatkan lagi oleh dua perkara lainnya iaitu kedudukan orang Melayu yang smakin ramai tidak lagi mahu menyokong UMNO dan sentimen pegawai kerajaan yang mungkin menjadi "bom jangka" ketika hari pengundian nanti.

Dulu orang Melayu sinonim dengan UMNO dan ramai yang bangga menjadi ahli UMNO. Ketika ini suasana sudah banyak berubah dan kaitan itu menjadi semakin rapuh terutama di kalangan orang muda dan profesional. Menyokong UMNO sudah dianggap tidak mengikut trend dan poyo, sebaliknya menjadi kritis dan berani menyanggah banyak perkara yang dilakukan oleh kerajaan dan pemimpin UMNO kerapkali mengundang pujian dan sanjungan.

Di Johor yang dulunya merupakan kubu kuat UMNO dan sering diungkapkan, letak songkok pun boleh menang pilihanraya. Tetapi sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, kebangkitan orang Melayu yang menolak UMNO di Johor begitu memeranjatkan. Banyak program PR mendapat sambutan luar biasa daripada orang Melayu sendiri. Malah pakai songkok tinggi pun tidak boleh membantu lagi.

Dengan campuran kebangkitan Melayu Johor dan kesepakatan pengundi Cina, beberapa pemimpin UMNO Johor sendiri percaya BN akan kehilangan banyak kerusi dalam pilihanraya akan datang ini. Jika pemimpin PR mensasarkan mampu menawan antara 9 hingga 14 kerusi Parlimen di Johor, ada pula pemimpin UMNO sendiri yang berani bertaruh sekurang-kurangnya 7 kerusi BN akan melayang kali ini.

Satu lagi masalah yang merisaukan Najib ialah kedudukan pegawai kerajaan yang merupakan lebih 1 juta pengundi. Campur dengan pasangan, anak yang sudah layak mengundi dan ada yang beristeri dua, jumlahnya mungkin hampir 3 juta orang.

Dahulu, pegawai kerajaan boleh dikatakan solid memihak kepada kerajaan. Bahkan sering diungkapkan UMNO itu kerajaan dan kerajaan itu UMNO tetapi kini tanggapan itu sudah berubah. UMNO itu UMNO dan kerajaan itu rakyat. Walaupun Najib cuba menabur pelbagai imbuhan dan memberi kenaikan gaji kepada pegawai kerajaan, sentimen penentangan masih lagi kuat di kalangan pegawai kerajaan pelbagai peringkat.

Jika kita rajin berbual dan berkawan rapat dengan mereka, kita pasti akan memahami isi hati dan kecenderungan mereka. Majoritinya kini sudah matang dan dapat membezakan sokongan kepada kerajaan dengan sokongan kepada parti politik. Menjadi pegawai kerajaan tidak semestinya terikat dengan UMNO dan tidak boleh melihat hakikat sebenarnya.

Sesetengahnya menjadi menyampah dengan UMNO kerana perilaku pemimpin yang memegang jawatan dalam kerajaan itu sendiri. Sikap pemimpin yang suka mengarah, sombong, mahu itu dan ini dan sebagainya ketika memegang jawatan dalam kerajaan, secara perlahan menyebabkan mereka meragui kemurnian dan suci hati perjuangan UMNO itu sendiri.

Saya sendiri pernah menemui sekumpulan pegawai kerajaan yang baru pulang daripada menghadiri program kementeriannya yang disempurnakan oleh Najib tetapi mereka dengan berani menyanggah hujah yang disampaikan Najib semasa berucap di majlis itu. Mereka dilihat begitu terbuka dan mahukan perubahan walaupun baru berhempas pulas memastikan program yang dihadiri Najib berjalan sempurna.

Kedudukan pegawai kerajaan ini dikuatkan lagi dengan semakin ramainya pesara daripada kalangan pegawai tinggi kerajaan yang menyertai Pas dan PKR sebaik meninggalkan perkhidmatan kerajaan. Ramai pula pesara kerajaan lainnya yang tidak menyertai mana-mana parti setelah bersara tetapi bersikap kritis dan menyanggah pelbagai program Najib. Ditambah dengan beberapa pegawai polis dan tentera yang menyertai pembangkang setelah bersara dan dipilih sebagai calon, yang jelas memperlihatkan arus deras sedang mengalir secara senyap di dalam perkhidmatan kerajaan ketika ini.

Sikap guru-guru juga sudah banyak berubah. Dahulu ramai guru menyertai UMNO dan cenderung menyokong UMNO tetapi kini jumlah yang memihak kepada pembangkang dan mahukan perubahan serta berani hadir di majlis-majlis anjuran PR semakin ramai jumlahnya. Mereka tidak lagi hanya berani dengan murid tetapi juga sudah mula berani menyuarakan keinginan terhadap perubahan dalam masyarakat terbuka.

Jika dihalusi masalah-masalah yang dihadapi Najib ini, mudahlah untuk memahami kenapa terpamer wajah muramnya itu. Pembubaran Parlimen dilakukan ketika banyak masalah belum selesai dan dalam keadaan terpaksa. Beliau membubarkan Parlimen bukannya untuk memperolehi mandat baru tetapi seperti melepaskan mandat yang sedang dipegangnya untuk diambil alih oleh orang lain. (SH 05/04/2013

5 comments:

  1. Lepaih ni Najib tak yah pening2,pgi lah melancong ke goheadgostan ke, Mongolia ke.. ajak mem shopping sekali. Tu lagi baik dr ko degil nak lepaskan PM. Bukan bole selesaikan masalah pun.Skrg adalah kuasa rakyat nak tentukan! Sayonara Najib!

    ReplyDelete
  2. Ingat lagi tak muhidin pernah kata, pekerja kerajaan akan mendapat "berita gembira" bulan lepas. Malangnya yang dapat hanya polis, tentera dan mereka yg gaji sudah maksimum. Pekerja awam yang lain dapat apa??? Kata elaun nak dinaikkan, tapi adakah kenaikan berlaku???

    Sikap ini sebenarnya menguntungkan PR. Aku percaya tindakan kerajaan najib yang tidak berlaku adil ini telah menyebabkan 70% penjawat awam bertukar arah untuk memenangkan PR pada kali ini.

    ReplyDelete
  3. memang layak dan cukup layak pelakon porno untuk berkempen untuk umno..he he he sekufu tu

    ReplyDelete
  4. salam tuan punya blog., tepat sekali andaian tuan, bagi saya dan isteri tak pernah mengundi BN sejak tahun 1986 lagi dan PRU ke 13 kali ni dua orang anak kami dah mendaftar sebagai pengundi.., insya allah bertambah lagi 2 undi untuk Pakatan Rakyat untuk Parlimen dan DUN dalam PRU kawasan kami pada kali ni...

    ReplyDelete
  5. Tahun ini saya tukar mengundi di parit buntar,insyaallah utk PR.

    ReplyDelete