Najib Razak membubarkan parlimen hari ini dalam keadaan sedih dan
dukacita. Apakah yang sebenarnya berlaku?
Mengapa tidak ada keceriaan
langsung sedangkan membubarkan parlimen itu wajar menjadi satu kepuasan?
Di sebalik Najib memerlukan lebih masa tambahan, ingin menunaikan
umrah dan melaksanakan ‘rasuah-rasuah’ pembelian undi seterusnya, ketika
yang sama Timbalan Perdana Menteri memberi tekanan supaya parlimen
dibubarkan bagi memberi laluan PRU dalam bulan ini juga, bukan bulan Mei
seperti dijangka.
Apakah
kesugulan ini memberi gambaran awal betapa sebuah empayar yang
memerintah negara selama 57 tahun akan berakhir?
Sudahlah dengan wajah
sugul, Najib tersasul pula menyebut pembubaran pada tarikh 3 April tahun
2012 daripada sepatutnya tahun 2013.
Kesedihan Najib Razak gagal disembunyikan, mengambil kira kemungkinan
besar dirinya akan menjadi Perdana Menteri dari Umno yang terakhir
dalam sejarah peradaban negara.
Jika ini benar menjadi kenyataan maka ia
adalah sebuah kemenangan rakyat, kerana perlawanan PRU-13 adalah
perebutan kuasa di antara elit pemerintah dan juga rakyat marhein.
Rakyat cuba dibeli semahunya. Sepanjang menunggu hari pembubaran,
puluhan bilion diumumkan oleh Najib Razak untuk dihabiskan demi rakyat
kononnya ia adalah pemberian parti Barisan Nasional.
Tetapi ia berlaku
ketika hayat pemerintahan Umno dan Barisan Nasional dipenghujungnya,
tidak pernah berlaku sejak 57 tahun lalu.
Jikapun berlaku, hanya sebulan
sebelum parlimen dibubar dan ia dinamakan gula-gula pilihanraya.
Walaubagaimanapun, rakyat bukan lagi budak-budak. Rakyat hari ini
telah matang dan dewasa, tidak termakan umpan berupa gula-gula pilihan
raya.
Kejahatan pemerintah tidak dapat disorokkan lagi dengan pemberian
penuh extravaganza semata-mata.
Bagi rakyat, apa yang diberi adalah
tanggungjawab yang selama ini telah tidak dilaksanakan malah seharusnya
ia tidak cukup.
Justeru itu, kesedihan yang terpacar di wajah Najib Razak ketika
membubarkan parlimen sebentar tadi ada asasnya.
Najib menyedari
kegagalan demi kegagalan berlaku walaupun telah berhabisan ‘menjual
negara’ melalui defesit kewangan yang melampau di era pentadbirannya.
Antara cubaan terakhir untuk Najib untuk mengembalikan sokongan ialah
dengan menjadi hero di Lahad Datu.
Cubaan ini juga sangat gagal apabila
kasualti nyawa sepatutnya boleh dielak jika isu pencerobohan Lahad Datu
dikendali dengan tegas dan bijak.
Najib cuba menjadikan peristiwa
Margeret Thacther merebut kepulauan Falkland sebagai rujukan tetapi
tetap menemui jalan gagal.
Apalagi yang tinggal? Hasrat untuk lewatkan pembubaran hingga ke
maksima juga tidak berjaya setelah ditekan oleh Muhyiddin Yassin yang
dilihat lebih mengutamakan ‘maruah’.
Mungkin Muhyiddin merasakan
kekalahan itu tidak dapat dibendung maka lawanlah dengan saki-baki
maruah yang ada.
Lagipun, Muhyiddin tidak akan dihukum gantung jika
Barisan Nasional tumbang pada PRU-13.
Tanggal 3 April 2013 adalah satu permulaan sejarah, menghampiri
sekuel tsunami politik yang akan berlaku dalam masa 60 hari dari tarikh
hari ini. Inilah permulaan yang dinanti dengan sabar oleh rakyat,
akhirnya tiba juga hari ini.
Sesungguhnya, rakyat tidak sabar untuk pembaharuan yang sudah lama
ditunggu-tunggu, lima kali 8 Mac itu bagaikan terlalu lama.
Rakyat tidak
sabar untuk sesuatu yang baru atau lebih spesifik – kerajaan rakyat
yang baru. Dengan pembubaran parlimen ini, ayuh kita pastikan tanahair
dapat diselamatkan kali ini, hanya kali ini. It’s now or never.
Percayalah, rakyat akan menang dan tidak akan menanggung azab untuk
lima tahun atau 10 tahun atau 50 tahun lagi.
Perubahan akan berlaku di
umur kita, dan wajah sugul Najib ketika bubarkan parlimen akan tetap
menjadi ingatan.
Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger
Solidariti Anak Muda Malaysia
Aktivis Blogger
Solidariti Anak Muda Malaysia
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=49079
Undilah PAS!
ReplyDelete
ReplyDeleteRakyat Malaysia mesti tolak KIRAM (Kumpulan Import Rakyat Asing Masuk Mengundi) a.k.a Kumpulan Syaitan Yang DiKenali dalam PRU13.
Ubah!!!!!!!Ini kalilah!!!!!!!!!!!!