PARIT BUNTAR : Tidak menunggu masa yang lama selepas diumumkan sebagai wakil rakyat
yang sah, Ahli Parlimen Parit Buntar Dato’ Dr Mujahid Yusuf Rawa dan Adun Titi
Serong Ust. Abu Bakar Husin turun bertemu peniaga dan orang ramai di pasar awam
Parit Buntar bagi mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang mengundi pada
hari pengundian 5 Mei lalu.
Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Titi Serong yang baru, Ust. Abu Bakar Husin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan terhadap
para pengundi semua kaum kerana telah memberikan kepercayaan kepada beliau
mewakili mereka.
"Mari
sama-sama kita rapatkan saf kita dan bekerjasama bagi menyelesaikan apa juga
masalah rakyat dalam Dun Titi Serong tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan
agama" Katanya
Ust. Abu Bakar berkata beliau sedia berkhidmat untuk rakyat
bagi menyuarakan masalah rakyat serta menjadi penasihat yang baik
kepada kerajaan negeri dalam apa juga perkara.
"Saya akan menyuarakan masalah yang dihadapi oleh lapisan rakyat, kebajikan rakyat semua rakyat, orang Melayu, orang Cina, orang India dan sesiapa juga.
"Saya akan menyuarakan masalah yang dihadapi oleh lapisan rakyat, kebajikan rakyat semua rakyat, orang Melayu, orang Cina, orang India dan sesiapa juga.
"Saya juga
berazam menerap sifat cintakan ilmu kebajikan dalam kalangan rakyat di samping
memberi fokus kepada pembangunan sosial, modal insan dan keharmonian sepanjang
perkhidmatan saya di sini," tambah beliau.
Sementara itu,
Dato’ Dr Mujahid Yusuf Rawa yang mengekalkan kedudukan sebagai Ahli Parlimen
Parit Buntar turut
berterima kasih kepada pengundi dan berazam untuk meneruskan khidmat dengan
cemerlang kepada penduduk di Parit Buntar.
"Walaupun
kita tidak diberikan peruntukan khusus oleh kerajaan tetapi itu semua bukannya
halangan kepada kita untuk berkhidmat kepada rakyat.
No comments:
Post a Comment