"Pemilik akaun FB, Cucu Nabi berjaya ditahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama polis kerana menghina Sultan Terengganu, Sultan Mizan.
Jika didapati bersalah dia boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Ini juga bukti dia peminat tegar Umno… - Lagi.MY
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari yang mengesahkannya berkata, lelaki terbabit berusia lingkungan 30-an ditangkap di satu lokasi di Terengganu untuk bantu siasatan kes itu.
Jailani yang ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Manir/Belara ke-34 2013, bagaimanapun enggan mengulas lanjut maklumat terperinci mengenai suspek, sebaliknya menyerahkannya kepada pihak polis.
Lelaki terbabit yang menggunakan profil ‘cucu nabi’ dikatakan mengeluarkan kata-kata mencela sultan dan tindakannya itu dikesan seorang pegawai Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) di Besut sebelum membuat laporan polis.
Jailani seterusnya menegaskan, sesiapa sahaja tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang sekiranya melakukan perbuatan serupa menerusi laman sosial atau internet.
“Undang-undang tidak membezakan sesiapa saja, tidak kira sama ada di dalam (rakyat tempatan) atau luar negara, sesiapa saja yang terlibat akan dikenakan tindakan,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga telah mengambil tindakan sewajarnya termasuk membuat pemantauan bagi memastikan perbuatan menyalahgunakan saluran multimedia dan internet tidak terus berulang.SH
APA YG NK DI HERANKN,INGAT DULU MASA SULTAN TERENGGANU REJECT NAMA IDRIS JUSOH DN PILIH MAT SAID JADI MB TERENGGANU? PUAK2 ANJING UMNO NI BUAT BANNER PANGGIL SULTAN MIZAN YG JUGA KETIKA ITU YG DIPERTUAN AGONG SEBAGAI BINATANG,KALO ADA PENYOKONG UMNO KT SINI,KETAHUI LA,PUAK2 KORANG LA YG SEBENARNYA PENGKHIANAT SAMPAI SANGGUP PANGGIL SULTAN MIZAN SEBAGAI BINATANG...JAHANAM UMNO!!!!
ReplyDeleteHuh..sama je..tahu kutuk je..
ReplyDeletetakdok kijer lain ke puak ni ?
ReplyDelete