Saturday, June 15, 2013

FITNAH SESAMA UMNO!!! Pemimpin UMNO buat laporan polis terhadap goblog politik pro UMNO

alt
Tuduhan Konflik UMNO Selangor : Ungku Salleh buat Laporan Polis
[klpos] -Ketua Pemuda UMNO Negeri Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal membuat laporan polis mengecam tindakan sebuah blog yang mengaitkan dirinya membuat kenyataan palsu berhubung kekalahan Barisan Nasional (BN) di Negeri tersebut.
Beliau berkata, tindakan pemilik blog ini goblog politik disifatkannya berniat jahat dan bertujuan menjatuhkan kredebilitinya sekaligus mengaibkan pimpinan BN di peringkat Negeri.

"Saya tidak tahu daripada mana blog ini muncul dan ini pertama kali saya mendengar blog ini.

"Setelah saya selidik blog ini, saya ingin membuat pengakuan bahawa kenyataan di dalam blog (ini goblog politik) tersebut adalah fitnah semata-mata dan berniat jahat menjatuhkan kredebeliti saya sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri Selangor."

Katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini hari ini.
 
alt
Beliau juga meminta agar pihak berkuasa mempercepatkan siasatan supaya dapat mengenalpasti pemilik blog tersebut bagi sebelum ianya mengheret pemimpin-pemimpin UMNO dan BN yang lain.
Tambahnya, ianya juga bertujuan melaga-lagakan kepimpinan BN sekaligus memberi gambaran negatif kepada ahli UMNO dan rakyat secara keseluruhan.
alt
"Saya berharap pihak berkuasa akan menjalankan tugas dengan secepat mungkin untuk membersihkan nama saya yang telah tercalar kerana tulisan fitnah oleh si penulis blog ini masih bebas maka ia mungkin akan tersebar lagi fitnah yang seterusnya bukan hanya kepada diri saya malah kepada semua pemimpin-pemimpin UMNO atau BN.

"Selama ini saya  tidak tahu menahu tentang perkara ini," katanya.

Laporan ini goblog politik diantaranya memetik kenyataan Ungku Salleh yanf didakwa menyalahkan Koordinator BN Selangor Dato' Seri Ir Mohd Zin Mohamed sebagai pihak yang harus dipertanggungjawabkan atas kekalahan BN di Negeri tersebut pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).
IdaMan

No comments:

Post a Comment