Sunday, June 16, 2013

JAWAPAN SAMA BANGANG!!! Mahathir kata Anwar pukul diri sendiri, Polis pun kata tahanan pukul diri sendiri



Putrajaya: Kematian tahanan ketika berada dalam lokap polis bukan semata-mata disebabkan kesilapan atau kecuaian anggota polis, namun ada kemungkinan tahanan terbabit berniat membunuh diri, termasuk menghantukkan kepala ke dinding akibat tekanan emosi.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Bakri Zinin berkata, ketika di dalam lokap, tahanan menghadapi tekanan dari dalam dan luar sehingga boleh menjejaskan emosi dan mendorong mereka melakukan tindakan sedemikian.

“Kita tidak boleh melihat keadaan itu (membunuh diri) tidak boleh berlaku kerana mereka yang ditahan mempunyai emosi, kita tahan dan letak di dalam lokap untuk memastikan dia tak melakukan sesuatu perbuatan membatasi undang-undang.

“Jadi kematian itu kadangkala bukan daripada kesilapan atau kecuaian anggota polis, ada penyebab sesuatu kematian dalam lokap.

“(Justeru) kita merangka strategi berdasarkan peraturan sedia ada dan memperbaiki kelemahan daripada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang berkenaan untuk memastikan perkara itu (kematian dalam tahanan) dapat dikurangkan.

“Kita tak boleh menyalahkan (polis), kalau orang berkenaan (tahanan) ingin membunuh diri dalam lokap seperti menghantuk kepala ke dinding, kita tak boleh menahannya (tetapi) kita cuba sedaya upaya kalau boleh dapat mengurangkan perbuatan sedemikian untuk memastikan lokap selamat digunakan,” katanya.

Bakri berkata demikian pada sidang media sebelum menghadiri Konvokesyen Kolej Antarabangsa Putra Intelek (PIIC) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, semalam. -HM

Ulasan GB

Alasan tahanan mungkin "membunuh diri" adalah sesuatu tuduhan yang berat oleh Timbalan KPN.

Sudah adakah siasatan yang dilakukan untuk membuktikannya? Jika belum ada siasatan bagaimana TImbalan KPN begitu mudah mengeluarkan alasan sedemikian rupa? Apakah ia semata-mata untuk menutup jenayah yang dilakukan oleh pihak polis?

Kedua, Bekas PM, Tun Dr. Mahathir pernah menytakan satu ketika dulu bahawa DS Anwar Ibrahim yang cedera sewaktu di dalam lokap juga dikatakan memukul dirinya sendiri sehingga lebam matanya.

Tetapi akhirnya terbukti di mahkamah, bahawa alasan bekas PM itu karut dan didapati yang memukulnya ialah bekas KPN ketika itu, Tan Sri Rahim Noor.

Justeru itu alasan yang dikemukakan oleh Timbalan KPN adalah karut dan tidak dapat diterima.GB

5 comments:

  1. Di malatsia ini POLIS SEBENARNYA ADALAH PENJENAYAH dan PENJENAYAH SEBENARNYA ADALAH ORANG BAIK-BAIK

    ReplyDelete
  2. Suruhanjaya Penambahbaikan Polis kene didesak dgn kuat supaya diadakan....

    ReplyDelete
  3. Tembak peluru kapur.

    ReplyDelete
  4. demi tembolok,pangkat & kuasa tali bukan dah benang basah mau tegak daa? ABU jangan lupa !

    ReplyDelete
  5. sama-sama jadi 'king kelentong'? ABU jangan lupa !

    ReplyDelete