Pakatan Rakyat (PR) akan memfailkan 25 petisyen membabitkan 25 kerusi
Parlimen Pilihan Raya 2013 di seluruh negara minggu ini. Pengarah
Strategi PKR Rafizi Ramli berkata PR juga akan turut memfailkan 10 lagi
petisyen pilihan raya membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Daripada keseluruhan jumlah petisyen kerusi Parlimen
itu, 19 daripadanya adalah daripada PKR, dan baki masing-masing empat
bagi PAS dan dua bagi DAP.
“Satu petisyen membabitkan jumlah RM10,000 untuk petisyen dan RM5,000
bagi urusan pemfailan kes, justeru kami memerlukan sekitar RM1.5 juta
bagi kesemua petisyen,” kata Rafizi kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR
di sini.
Jelas ahli Parlimen Pandan itu lagi, untuk kerusi Parlimen Bagan Datoh
yang dimenangi oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi, pihaknya akan memfailkan dua petisyen, yang mana salah satunya
adalah petisyen perbelanjaan melebihi RM200,000 seperti yang
diperuntukkan Akta Pilihan Raya.
“Kami mendapat maklumat beliau memberikan RM100 dan 5kg beras kepada
24,000 pengundi di sana yang mana menjadikan perberbelanjaan untuk itu
sahaja lebih RM2 juta,” katanya.
Kesemua petisyen berkenaan juga jelasnya akan difailkan secara
berasingan mengikut negeri masing-masing. ketiga-tiga parti Pakatan
Rakyat akan memfailkan petisyen pilihanraya di kawasan-kawasan Parlimen
berikut:
Difailkan oleh PKR
1. P014 Merbok
2. P018 Kulim Bandar Baru
3. P026 Ketereh
4. P029 Machang
5. P053 Balik Pulau
6. P072 Tapah
7. P075 Bagan Datok
8. P075 Bagan Datok (petisyen perbelanjaan melebihi RM200,000)
9. P092 Sabak Bernam
10. P118 Setiawangsa
11. P140 Segamat
12. P144 Ledang
13. P146 Muar
14. P158 Tebrau
15. P159 Pasir Gudang
16. P168 Kota Marudu
17. P177 Beaufort
18. P182 Pensiangan
19. P220 Baram
Difailkan oleh PAS
1. P093 Sungai Besar
2. P096 Kuala Selangor
3. P119 Titiwangsa
4. P161 Pulai
Difailkan oleh DAP
1. P078 Cameron Highlands
2. P142 Labis
Ini bermakna 25 petisyen membabitkan 24 kerusi Parlimen
telah dan akan difailkan bermula hari ini sehingga hari Rabu.
No comments:
Post a Comment