BAGAN DATOH : Mesyuarat Agung Tahunan Dewan
Pemuda PAS Kawasan ( DPPK ) Bagan Datoh kali ke 30 telah menyaksikan perubahan
tampuk pimpinan yang baharu apabila 3 jawatan tertinggi dewan tersebut
diterajui orang baharu. Jawatan tersebut ialah Ketua, Timbalan Ketua dan Naib
Ketua iaitu mereka terdiri daripada Ustaz Mustofa Saifuddin, Ustaz Amir Hamzah
Ibrahim dan Ustaz Hasnizam Hasan.
Jawatan Ketua tersebut telah
dimenangi tanpa bertanding oleh Ustaz Mustofa setelah jawatan tersebut yang
sebelum ini telah disandang oleh Ustaz Ahmed Najeb Safarr tidak lagi
mempertahankannya apabila telah menamatkan tempoh di dalam Dewan Pemuda PAS
kerana umurnya melebihi 40 tahun. Berikutan itu, para perwakilan telah
bersetuju dengan sebulat suara menyokong jawatan tersebut diamanahkan kepada
Ustaz Mustofa.
Demikian juga yang berlaku bagi
jawatan Timbalan dan Naib Ketua apabila penyandangnya sebelum ini, Ustaz Khairy
Jamaludin dan Ustaz Khairi Abdullah tidak lagi mempertahankan jawatan tersebut
lalu memberi laluan kepada Ustaz Amir Hamzah dan Ustaz Hasnizam menduduki
jawatan tersebut dengan sokongan perwakilan yang hadir.
Selain jawatan tersebut, pemilihan
seramai lapan orang Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan turut
menyaksikan beberapa muka baharu telah dilantik melalui pencadangan dan
sokongan para perwakilan. Mereka yang terpilih adalah terdiri daripada Ustaz
Shakir Mat Tahir, Muhammad Haidzir Ajid, Ahmad Syukri Md. Suhot, Ustaz Imran
Ajmain, Khairul Faiz, Mustaid Saifuddin dan Zulhelmi.
Manakala majlis perasmian mesyuarat
kali ini telah disempurnakan oleh Ustaz Muhammad Mujahid bin Mohd Fadzil, Ahli
Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
No comments:
Post a Comment