MELAKA: Lima PAS kawasan di negeri ini selesai
mengadakan mesyuarat agung masing-masing iaitu PAS Kawasan Bukit Katil,
Kota Melaka, Jasin, Masjid Tanah dan Tangga Batu, manakala PAS Kawasan
Alor Gajah akan mengadakan mesyuarat agung pada 5 Oktober depan.
Empat
daripada lima kawasan yang bermesyuarat agung mengekalkan Yang Dipertua
(YDP) masing-masing membabitkan tiga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri
iaitu Ustaz Kamaruddin Sidek (Jasin), Ustaz Mohd Nor Omar (Tangga Batu)
dan Mohd Sofi Abdul Wahab (Bukit Katil).
Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Harun Mohammed (atas) kekal sebagai YDP PAS Kota Melaka. Kesemua mereka dipilih tanpa bertanding.
PAS
Kawasan Masjid Tanah mendapat YDP baru apabila Ustaz Imran Abdul Imran
dilantik menggantikan Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman yang uzur.
Ustaz Imran yang juga bekas Timbalan Yang Dipertua sesi lalu dilantik tanpa sebarang pertandingan.
Di
Jasin, Timbalan dan Naib Yang Dipertua sesi lalu, Yuhaizad Abdullah dan
Azrin Majid dipilih dengan mengenepikan saingan mereka dalam
pertandingan satu lawan satu.
Ketua Urusan Ulama disandang
Ustaz Faizol Ahmad manakala Ketua Dewan Pemuda, Yuzi Azhar. Ketua Dewan
Muslimat pula diamanahkan kepada Shopiah Ahmad.
PAS Kawasan Tangga Batu menyaksikan semua jawatan utama kecuali Ketua Urusan Ulamak dipilih tanpa bertanding.
Selain Ustaz Mohd Nor (kiri), Timbalan YDP diamanahkan sekali lagi kepada Rafie Ahmad dan Naib YDP disandang oleh Husni Balis Ali.
Ketua
Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat diamanahkan kepada Mohd Hanim Abas dan
Amidah Haron. Ustaz Musa Mohamed pula dipilih sebagai Ketua Urusan
Ulamak.
Bagi Kawasan Masjid Tanah, semua jawatan utama juga
dimenangi tanpa bertanding dengan Naiib Yang Dipertua PAS Kawasan sesi
lalu, Ustaz Julasapiyah Kassim diamanahkan sebagai Timbalan YDP dan
Ibrahim Daud dilantik sebagai Naib YDP manakala Ustaz Hilmi Harun
dilantik sebagai Ketua Urusan Ulamak.
Ketua Dewan Pemuda disandang oleh Azmi Sambul manakala Ketua Dewan Muslimat diamanahkan kepada Radziah Muhammad.
PAS
Kawasan Kota Melaka mendapat Naib YDP dan Ketua Dewan Pemuda yang baru
apabila Norazizan Md Nordin dan Hafiz Abdullah diamanahkan menjawat
jawatan-jawatan tersebut.
Timbalan YDP, Ahmad Saidin dan Ketua Dewan Muslimat sessi lalu, Siti Faizah Ismail mengekalkan jawatan masing-masing.
Bekas Yang Dipetua PAS Kawasan Kota Melaka, Ustaz Abdul Rahman Jaafar pula dipilih menjadi Ketua Urusan Ulamak.
Bagi
Kawasan Bukit Katil semua jawatan utama dimenangi tanpa bertanding
dengan Timbalan dan Naib YDP sesi lalu iaitu Mohd Ali Sharif dan Md
Yassim Musa dipilih semula perwakilan.
Ketua Urusan Ulama dan
Ketua Dewan Pemuda disandang Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz dan Jauhar Md
Dawi yang menang tanpa bertanding.
Naib Ketua Dewan Muslimat sesi lalu, Maisarah Abu Bakar diamanah sebagai Ketua Muslimat yang baru.
Adun Bukit Baru, Dr Khalid Kassim pula dipilih bersama 15 yang lain sebagai Ahli Jawatankuasa.
PAS
Kawasan Jasin, Masjid Tanah dan Tangga Batu mengadakan mesyuarat Ahad
lalu, manakala Kota Melaka dan Bukit Katil mengadakan mesyuaratnya
masing-masing pada 28 dan 22 Oktober.
No comments:
Post a Comment