GELANG PATAH - Mesyuarat Agung Tahunan PAS Gelang Patah kali
ke-18 yang telah diadakan di Markas Tarbiyah PAS Ulu Pulai pagi tadi
menyaksikan Tn. Hj. Dzulkefly Ahmad mengekalkan jawatan Yang Dipertua
PAS Kawasan Gelang Patah untuk sesi 2013-2015.
Turut mengekalkan jawatan adalah Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan
Gelang Patah iaitu Ustaz Salahuddin Dahiran dan Naib Yang Dipertua PAS
Kawasan Gelang Patah iaitu Tn. Hj. Musa.
Bagi kerusi diperingkat dewan-dewan PAS Kawasan Gelang Patah, berlaku
perubahan kepimpinan di Dewan Pemuda PAS Kawasan Gelang Patah apabila
penyandang jawatan, Ustaz Zaifiddin Isa mengambil keputusan tidak lagi
bertanding jawatan disandang sebaliknya jawatan tersebut telah
dipertandingkan dan dimenangi oleh Sdra. Taufik Rizal selaku Ketua
Pemuda PAS KAwasan Gelang Patah yang baru.
Bagi Dewan Muslimat dan Dewan Ulama PAS Kawasan Gelang Patah pula,
penyandang jawatan bagi kerusi Ketua Dewan Muslimat dan Ketua Dewan
Ulama kekal apabila jawatan tersebut tidak dipertandingkan sebaliknya
penyandang jawatan, Pn. Hjh. Sabariah dan Ustaz Md Shah Lamat kekal
untuk sesi kepimpinan 2013-2015.
Perasmian Muktamar PAS Kawasan Gelang Patah pada pagi tadi telah
disempurnakan oleh YB Dato' Ir Phahrolrazi Zawawi yang juga merupakan
ADUN Pengkalan Kundur Kedah.
No comments:
Post a Comment