“Kekalahan Nasrudin dalam pemilihan di peringkat kawasan kali
bukanlah kerana unsur sabotaj tetapi pewakilan mahu Ahli Parlimen
Temerloh itu lebih menyerlah di peringkat pemilihan PAS pusat,” kata
Suhaimi ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Suhaimi Saad berjaya menewaskan pencabarnya Ahli Parlimen Temerloh
Nasrudin Hasan dalam perebutan jawatan Naib Yang di-Pertua
Indera Mahkota pada pertengahan bulan ini.
Menurut laporan Astro Awani, Nasrudin yang memperoleh 60 undi di
peringkat kawasan itu tewas kepada Suhaimi yang memperoleh lebih
daripada 100 undi namun pendedahan ini tidak disahkan beliau yang masih
belum mengetahui jumlah sebenar undi tersebut.
“Saya sebolehnya tidak mahu mengulas perkara ini kerana isu pemilihan PAS masih menjadi perbualan hangat" kata Suhaimi
Banyak lagi orang lain yang lebih layak untuk dipilih ke PAS Pusat.
ReplyDelete