Saturday, October 12, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Suhaizan Kayat, calon terbaik Ketua Pemuda PAS Malaysia

 
Pemuda PAS kawasan Batu Pahat sebulat suara bersetuju untuk mencalonkan Suhaizan Kaiat sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dalam pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada November ini.

Ketua pemuda PAS kawasan, Mohd Salleh Tamjis berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kepimpinan Dewan Pemuda PAS kawasan Batu Pahat bagi sesi ini yang telah dijalankan pada hujung September lalu.

“Kami sebulat suara mencalonkan beliau setelah menyenarai pendek beberapa nama tokoh pemimpin pemuda PAS yang lain.

“Suhaizan yang juga Ketua Pemuda PAS Johor memiliki kewibawaan untuk membawa Pemuda PAS ke pentas nasional dalam memperjuangkan pelbagai isu yang timbul hari ini.


“Ini bukan cakap kosong kerana Suhaizan berjaya membawa beberapa isu besar di peringkat nasional sebelum ini dan mendapat perhatian rakyat Malaysia keseluruhannya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd Salleh berkata kemampuan Suhaizan mampu menggugat Umno dan Barisan Nasional setelah penglibatannya dalam bantahan Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada 2009 berjaya mengubah pendirian kerajaan terhadap polisi tersebut.

Katanya, Suhaizan juga memperjuangkan nasib penduduk kampung setinggan di Johor selain isu pengundi hantu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

“Jika keadaan yang sama dapat diteruskan, pemuda Batu Pahat yakin DPPM akan mampu membina momentum yang besar menuju PRU14 yang akan datang,” katanya.

Pada pemilihan DPPM pada 2011, ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan menang tanpa bertanding jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS apabila tidak menerima sebarang tentangan untuk jawatan tersebut.

Sementara itu, anak kepada Mursyidul Am PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz diisytihar sebagai Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS apabila menewaskan tiga lagi pencabarnya dengan mendapat 260 undi.

Pada pemilihan tersebut, Suhaizan mendapat 107 undi tewas kepada Nik Abduh, selain penyandang jawatan tersebut yang mendapat undi paling sedikit iaitu 94 undi. – 12 Oktober, 2013.MI

4 comments:

  1. kuat kempen bro.... sampaikan calon terbaik tu... he3!!!
    Wa tak kisah sape ketua pemudapun... ada serban ka tarak serban ka... ulama ka atau perasan pro ka... janji kemenangan itu juga kemenangan akhirat. wa takmau menang atas dunia tapi kecundang di akhirat....
    he3...
    AMANAH KEPIMPINAN ADALAH SATU BEBAN YANG AMAT DAHSYAT,
    APABILA ALLAH MENCABUT BEBAN ITU DRP KITA... MAKA BERSYUKURLAH

    paparock

    ReplyDelete
  2. tak payah nak berkutbah la bro. jika ada masalah tarbiyah ahli tak cukup salah siapa? siapa yang pegang lujnah tarbiyah?

    jangan dok cakap kalau tak buat. Beban kepimpinan konon? bro tahu tak usrah dekat cawangan, dekat kawasan tak jalan kerana pengerusi lujnah tarbiyah lembab.

    tarbiyah namapak hebat hanya di negeri, di pusat. itupun kerana wajibkan ajk pas kawasan dan pemuda hadir.

    ReplyDelete
  3. kekuatan baru butuh tenaga muda

    ReplyDelete
  4. Yg sgt kuat auta sandiwara
    yg kuat kecing klentong mentong
    yg kencing hancing tipu mmfitnah
    yg putih kopiah brsorban berjubah
    yg niat nya 'legam' berkilau cerah

    yg syok br ug2
    yg suka bgelap2 sembunyi2
    yg sembunyi2 dgn setan dkenali

    yg lapor/licik pil kuda kat tv
    yg heboh kominis hanya auta sarkis
    yg bg watikah 'asli' kpd menantu
    hasilnya k.dmansara siot tak mnentu

    Dah join projek balak kat kedah
    kini nak 'sapu' balak lg utk kroni
    w.pon tok guru dah gazet sbg paru2

    sume tu punca nya drp satu 'kepala'
    itu 'kepala' kontrol semua nya
    inilah 'amir' yg fakeh skali
    yg sgt2 wajib dikenali

    jgn was2..
    jgn was2 sama skali
    klu was2 u all masuk "neraka" nnti

    klu dah jelas..
    rkyat pasti selamat
    selamat dunia akhirat!

    ReplyDelete