Poll bagi jawatan tertinggi Dewan Pemuda PAS Pusat tinggal beberapa jam akan ditutup . Sejak dari awal Poll ini dijalankan, ternyata undian menyebelahi tiga calon iaitu Suhaizan Kayat, Raja Ahmad Iskandar dan Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi.
Bagi jawatan Ketua Pemuda, Suhaizan memperolehi 72 % daripada jumlah undian , diikuti oleh Zulhazmi Shariff 16 % dan Kamarulzaman Muhammad 11 %.
Raja Ahmad Iskandar mendapat undian tertinggi bagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda dengan memperoleh 79 % daripada jumlah undian, manakala Ust. Khalil Hadi mendapat 20 % .
Sementara bagi jawatan Naib Ketua Pemuda, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi memperolehi 72 % daripada jumlah undian berbanding Ir Khairil Nizam yang mendapat 27 %.
Jika dilihat dari persepsi umum penyokong PR yang menjadi pengunjung paling ramai blog ini, Suhaizan Kayat, Raja Ahmad Iskandar dan Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi menjadi pilihan kerana mereka lebih dikenali, lebih menonjol dan diharap mengubah persepsi buruk terhadap Dewan Pemuda PAS Pusat.
Bukan kecil undian yang diperoleh, lebih dari 70 % daripada jumlah undian. Bagaimana pula dengan perwakilan pemuda yang mewakili Dewan Pemuda PAS Kawasan? Adakah mereka mempunyai persepsi yang sama seperti persepsi umum.
Sebenarnya, ramai perwakilan di seluruh negara mempunyai facebook dan melayari blog-blog sejak beberapa hari yang lalu bagi mengikuti perkembangan kempen dalam Dewan Pemuda PAS Pusat.
Blog ini adalah antara blog yang dilawati oleh ramai perwakilan dan membuat undian dalam Poll yang disediakan.
Cumanya, mungkin perwakilan yang menjadi penyokong calon selain Suhaizan Kayat, Raja Ahmad Iskandar dan Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi adalah terdiri daripada mereka-mereka yang tidak minat melayari laman maya. Jadi , undian terhadap calon-calon ini rendah.
Ataupun , perwakilan dan penyokong calon-calon ini mengambil pendirian tidak membuat undian di Poll yang disediakan walaupun melawati blog ini.
Apa pun semuanya, ditentukan oleh perwakilan yang akan mengundi . Tunggulah keputusannya dan lihatlah adakah berbeza pilihan umum dengan pilihan perwakilan.
No comments:
Post a Comment