PETALING JAYA - Keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pemuda Pas sesi
2013-2015 menyaksikan Suhaizan Kaiat menewaskan dua calon Ketua Pemuda
Pas lain dengan 320 undi.
Sementara jawatan Timbalan Ketua Pemuda Pas milik Khalil Abdul Hadi dengan 355 undi.
Jawatan Naib Ketua Pemuda Pas dimenangi Mohd Khairi Nizam Khairuddin dengan 411 undi.
Keputusan diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Dewan Pemuda Pas
Malaysia, Zulkarnain Lukman pada jam 9.45 malam ini di Dewan Sivik
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
SHAH ALAM - Penyandang Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd Yusoff
berjaya mengekalkan kedudukannya menewaskan lawan tunggalnya Nuridah
Salleh dalam pemilihan sayap Pas itu, hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat, Asmuni Awi berkata, Siti Zailah
mendapat undi sebanyak 468 undi, manakala Nuridah sebanyak 108 undi.
"Justeru dengan ini saya mengumumkan Zailah layak menjawat jawatan
Ketua Dewan Muslimat Pas bagi penggal ini," katanya ketika membuat
pengumuman keputusan itu semalam.
Semalam seramai 665 perwakilan telah menunaikan tanggungjawab mereka
bagi memilih pucuk pimpinan tertinggi dewan berkenaan bagi penggal
2013-2015.
Beliau berkata, bagi jawatan Timbalan Ketua Dewan juga dimenangi
penyandang sebelum ini, Dr Siti Mariah Mahmud dengan undian 429
mengalahkan pesaing tunggal Dr Najihatusalehah Amat yang mendapat undi
229.
"Sementara penyandang Naib Ketua Dewan Muslimat Pas, Mumtaz Mat Nawi mendapat undi (457) mengalahkan Dr Rosni Adam (201).
"Saya turut mengumumkan 12 Ahli Jawatankuasa Tetap yang mendapat undi tertinggi," katanya.
Tambahnya, jawatan Pengerusi Tetap menyaksikan Norhashimah Deraman
kekal jawatan itu dengan 387 undi berbanding dua lagi calon Nor Azlin Md
Samsudin 208 undi dan Saadiah Abu Bakar 5
"Justeru secara automatik Nor Azlin layak menduduki kerusi Timbalan
Pengerusi Tetap Dewan Muslimat Pas yang tiada pencalonan sebelum ini
setelah memperoleh undi kedua tertinggi dalam pemilihan pengerusi
tetap," katanya.SH
No comments:
Post a Comment