Jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat
akan menyaksikan persaingan sengit antara Dr. Raja Ahmad Iskandar ( Ku Is)
dengan Ust. Khalil Abdul Hadi.
Penulis kenali Ku Is sejak beliau menjadi
SU politik Dato’ Mahfuz yang ketika itu Ketua Pemuda PAS Pusat. Masa itu, nama
Ku Is dah dikenali perwakilan pemuda berikutan peranan Ku Is sebagai SU politik
Ketua Pemuda.
Ku Is ketika itu , walaupun masih muda
sudah menampakkan ciri kepimpinan yang proaktif , ramai menjangka Ku Is bakal
menjadi pemimpin muda masa depan.
Selepas menyambung pelajaran ke luar
negara, nama Ku Is sudah kurang kedengaran sehinggalah beliau pulang dan terus
bergiat dalam Dewan Pemuda PAS Perak. Tak lama selepas itu beliau telah
dilantik menjadi Exco Pemuda PAS Pusat memegang Lujnah politik antarabangsa.
Kemudiannya, pemilihan 2011 Ku Is menang jawatan Timbalan Ketua
Pemuda PAS Perak dan Naib Ketua Pemuda PAS Pusat.
Walaupun
Ku Is menjadi Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Ku Is dilihat lebih aktif
mengerakkan Dewan Pemuda PAS Perak. Beliau kerap bersuara terhadap isu-isu
kritikal di Perak dan kadang isu-isu nasional.
Penulis melihat Ku Is memang bergerak
mendepani isu rakyat, tapi kebanyakannya hanya melalui kenyataan media atau
sidang akhbar.
Masih belum nampak keberanian Ku Is
berhadapan secara fizikal dengan penguasa zalim sebagaimana Suhaizan Kayat
dalam Isu PPSMI dan isu pengambilan tanah rakyat di Johor.
Penulis boleh bersangka baik bahawa Ku Is
tidak mempamirkan ketegasan dan keberanian kerana masih berjawatan no 2 dan no
3 dalam Dewan Pemuda Perak dan Pusat. Namun, sebagai YDP PAS Kuala Kangsar ,Ku
Is juga kurang ketegasan menghadapi isu dalam kawasannya.
Ku Is
mungkin mahu menjaga hubungan baiknya dengan semua pihak dan tidak mahu
dilihat jelas memihak kepada mana-mana kelompok dalam parti. Biar pun begitu, Ku Is tidak dapat juga
mengelak dari serangan keras lawan politik dalam jamaah.
Sebelum pemilihan Pemuda PAS Perak, Ku Is
diserang dengan label anti ulama, parasit walaupun hakikatnya beliau cukup
menghormati ulama dan pemimpin parti lain.
Harapannya, setelah Ku Is menang jawatan
Ketua Pemuda PAS Perak, Ku Is akan lebih
berani berhadapan dengan penguasa zalim, dan lebih tegas bila berhadapan dengan
isu dalaman parti.
Bagaimana peluang Ku Is ? Sengit . Sungguhpun
lawannya bukanlah calon yang dikenali semasa berada dalam Dewan Pemuda PAS
Pusat, tapi lawannya ada faktor peribadi yang akan diambil kira oleh
perwakilan. Kemenangan Ust. Nik Abduh semasa pemilihan 2011 juga dikatakan
kerana faktor ini.
Penulis tidak kenal Ust. Khalil Hadi secara
dekat, cuma mendengar namanya sebagai Exco Pemuda Pusat dan anak pemimpin utama
parti. Penulis mengenali Ust. Khalil melalui teks usrah yang ditulisnya yang
penulis guna diluar negara dijadikan teks usrah kepada adik-adik jamaah kampus.
Ust. Khalil adalah calon pemuda yang
mempunyai ciri-ciri ulama yang dikehendaki , tidak ada kontroversi dalam
kenyataan dan tindakan. Apabila ketiga-tiga calon Ketua Pemuda bukan dari
lulusan agama, maka peluang Ust. Khalil dipilih mewakili lulusan agama di
jawatan Timbalan.
Satu kekurangan Ust, Khalil adalah
kurang menonjol dalam isu-isu nasional.
Mungkin skop lujnahnya menjurus kepada
pentarbiyahan menyebabkan namanya kurang kedengaran. Bagaimanapun, namanya
masih dikenali oleh perwakilan melalui program tarbiyah Dewan Pemuda.
Sengit, kedua-duanya ada kelebihan yang
bakal menyukarkan perwakilan membuat pilihan. Pandangan umum Ku Is menjadi
pilihan, namun berdasarkan faktor peribadi dan kelulusan Ust. Khalil mungkin
menjadi pilihan perwakilan walaupun bukan pilihan umum.
Jangkaan penulis untuk jawatan Timbalan
Ketua Pemuda PAS Pusat.
1. Dr. Raja Ahmad Iskandar 1. Ust. Khalil Abdul Hadi
Bagi jawatan Naib Ketua Pemuda , penulis
kurang mengenali dua tokoh baru pemuda ini. Kedua-duanya dilantik sebagai AJK
Pemuda PAS Pusat pada sesi 2011-2013. Ir. Khairil dilantik sebagai Bendahari,
manakala Peguam Ahmad Zamri dilantik sebagai Pengarah JUHAM.
Ahmad Zamri dikenali kerana menjadi calon
PAS bagi Parlimen Titiwangsa, dan kerap membuat kenyataan media apabila ada isu
nasional berkaitan perundangan.
Ir. Khairil , sungguhpun kurang menonjol
tetapi dikenali perwakilan terutama semasa Ijtimak Tarbawi apabila menjadi
salah seorang ahli panel forum semasa ijtimak.
Jika ikut pandangan umum Ahmad Zamri
menjadi pilihan, pilihan perwakilan juga dijangka memihak kepada Ahmad Zamri
kerana Ir. Khairil agak lewat diketengahkan sebagai calon.
Jangkaan penulis untuk jawatan Naib Ketua
Pemuda PAS Pusat.
1. Ahmad Zamri Asa'ad
Khuzaimi
2. Mohd Khairil Nizam
Khirudin
assalamualaikum, saya juga bukan lulusan Agama tetapi dihari tua hanya PAS sahaja harapan sebenarnya Ummat dan bangsa!
ReplyDeleteSelagi wujuwd Melayu sekular PAS wajib melipat-ganda pengaruh Ulama (bukan Shiah)berkaliber dan tulus ikhlas dalam membantu ummah kearah yang hak bukan duniawi dan batil.
Saya mengharap UAI berminat tetapi beliau lebih suka dipinggiran.
Kalau saya mengundi saya utamakan ULAMA'
Sangat sesuaian dari segi intelek dan hala tuju PAS azali!
Maka saya harap pada Mukatmar kali ini peranan Pemimpin yang mahu ditonjol dan dipilih oleh perwakilan wajib memberi mesej yang TEPAT dan TERANG, ape dia halatuju dan perjuangan hakiki PAS untuk kami yang sangat mengharapkan `clarity of Purpose!'
Selamat berjuang semua yang ikhlas demi Islam, Mukminin dan Tanahair.
Semoga Allah memberi kita semua petunjuk dan Hidayah kearah masa depan yang lebih gah dan memberangsangkan!
La haulawala kuwatilla billah!