Kumpulan itu menayangkan gambar Rafizi secara terbalik dan bertindak mengoyak serta memijaknya di perkarangan balai polis.
PETALING
JAYA: Lima badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pemuda Umno hari ini
membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin
yang didakwa sebagai dalang menghasut rakyat turun menyertai Himpunan 31
Disember.Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M), Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Pertubuhan Memartabat Jaringan Melayu Malaysia (MJMM), Pemuda Umno Petaling Jaya Utara, serta Bridget Kesatria Mahasiswa masing-masing mengemukakan laporan polis di Balai Polis Damansara di sini petang tadi.
Turut diserahkan beberapa bukti bergambar dan salinan video rakaman ucapan Rafizi dan Badrul, atau dikenali CheguBard.
Sejurus selepas selesai membuat laporan, kumpulan itu menayangkan gambar Rafizi secara terbalik dan bertindak mengoyak serta memijaknya di perkarangan balai polis.
SAM1M dalam laporannya mahu polis menyiasat Rafizi kerana mengeluarkan kenyataan menyokong perhimpunan menggulingkan kerajaan dan mengelirukan rakyat.
Begitu juga dengan CheguBard dan Ketua Propagandanya Edy Noor Reduan secara terbuka menghasut rakyat bersatu dan berhimpun di Dataran Merdeka pada malam tersebut.
“Kami membuat laporan ini kerana sangsi berdasarkan beberapa bukti kukuh bahawa perhimpunan ini adalah haram disisi undang-undang.
“Mereka juga tidak mendapatkan permit daripada polis mahupun pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya dalam laporan.
Sementara itu, wakil Briged Kesatria Mahasiswa Muhamad Nur Aizat Noor Azam dalam laporannya mendakwa SAMM mengajar anak muda tidak pedulikan undang-undang sebaliknya memberontak terhadap penguasa.
“Kami berharap pihak berkuasa mengambil tindakan yang setimpal dengan puak-puak ini kerana takut perangai sebegini akan menular dan mengajar anak muda terus berkelakuan liar tanpa batasan dan hormat undang-undang,” katanya.
Sementara itu, Exco Pemuda Umno Pusat Armand Azha Abu Hanifah berkata, kedua-dua pemimpin PKR itu perlu dipertanggungjawabkan jika berlaku sebarang huru-hara atau kerosakan awam semasa malam ambang merdeka nanti.
“Kalau ada antara mereka yang mengeluarkan bendera lain selain bendera Malaysia, mereka juga kena ambil tanggungjawab,” katanya.
Beliau turut mendesak supaya Rafizi dan CheguBard dibuang negara atau taraf kerakyatan ditarik balik jika sesuatu yang tak diingini berlaku sepanjang himpunan tersebut.
“Rakyat tak mahu demonstrasi jalanan yang menggulingkan kerajaan
“Kalau tak puas hati tunggu 4 tahun lagi Pilihan Raya Umum akan datang,” katanya.freemalaysiatoday
cam kemak lg geng2 mangkuk hayun ni.
ReplyDelete