Monday, December 30, 2013

DESAKAN 'TURUN' MAKIN KUAT!!! Rakyat serang Najib bertalu-talu, Ali Tinju hanya pertahan Rosmah

Laman Facebook rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus dipenuhi rungutan dan juga kritikan masyarakat berikutan kenaikan kos harga barang menjelang berlabuhnya tirai 2013.

Dalam tulisan sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM 2014) di laman miliknya, Najib "diserang" bertalu-talu oleh pengguna Facebook yang merasakan kenaikan harga barangan dan peningkatan kos sara hidup terlalu membebankan mereka.

"2014 bakal menjelma dan sudah pasti tahun depan akan lebih bermakna dengan kemeriahan Tahun Melawat Malaysia. Saya difahamkan persiapan sedang giat dijalankan di 37 buah pintu masuk negara untuk menyambut kedatangan pelancong-pelancong. 

Sama-samalah kita buka pintu negara dengan senyuman dan ucapan 'Selamat Datang'," kata Najib dalam laman Facebook rasminya.


 Rakyat dah tahu, semua ini hanya gula-gula Najib

Ekoran daripada posting berkenaan, beberapa individu kemudiannya membalas dengan luahan berkaitan peningkatan kos sara hidup.

Seorang pengguna yang hanya dikenali sebagai Joseph Gasis berkata, beliau tidak pasti sama ada masih mampu tersenyum atau tidak pada tahun 2014.

"Saya baru belanjakan RM600 untuk uniform sekolah anak saya, kasut, beg sekolah, dan alat tulis. 

Tambang bas akan menjadi RM300 sebulan. Saya tidak bekerja sejak Jun 2013. Simpanan saya tidak akan mampu bertahan dengan kenaikan kos sara hidup umpama puting beliung," katanya.

Shahrul Bahaman pula hanya menulis "Tahun Baru yang menyedihkan".

Sementara itu, posting yang menerima 5,108 "Like" itu turut memaparkan kenyataan pengguna dikenali sebagai Norie Noriah yang berkata tahun 2014 bukanlah tahun untuk rakyat bergembira, dan kerajaan perlu melakukan sesuatu dalam menangani peningkatan kos sara hidup sebelum rakyat beralih arah.

"Rakya tiada masa untuk bergembira menyambut tahun baru 2014..nak beli keperluan anak-anak pun tak mampu lagi. Tolong-tolonglah buat apa yang terbaik untuk rakyat supaya rakyat tidak beralih arah. Ekonomi makin teruk," kata Norie.

Muhamad Fahmi Lee pula menyampaikan ucapan "Selamat menyambut tahun barang naik Datuk'… p/s: bila dato' nk turun?"

Kenaikan kos sara hidup berdasarkan hasil kajian Pusat Kajian Demokrasai dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) bakal memberi kesan terhadap Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada 2018.

Kajian berkenaan turut mendapati, kenaikan kos bahan api, tarif elektrik dan harga barangan adalah tiga perkara pokok yang menjadi perhatian masyarakat umum.

Justeru, UMCEDEL menasihati Putrajaya agar melakukan sesuatu tindakan ekoran peningkatan kos sara hidup dalam masa terdekat sekiranya terus mahukan kuasa memerintah.

Pada September lalu, subsidi minyak dan gula dipotong, menyebabkan kenaikan harga kedua-dua bahan berkenaan.

Tidak cukup dengan itu kerajaan mengumumkan tarif elektrik dinaikkan sebanyak 15% dan cadangan kenaikan harga tol juga pada 2014.

Dalam Bajet 2014 yang diumumkan pada Oktober, Najib yang juga menteri kewangan mengumumkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula pada kadar 6% yang akan berkuatkuasa pada April 2015.

Terkini, Persatuan Pembuat Kiub Ais Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya mengatakan akan menaikkan harga ais sebanyak 50 sen setiap beg manakala harga air batu blok pula akan meningkat RM2.50 setiap blok mulai 1 Januari ini.

Menerusi iklan yang dikeluarkan dalam akhbar Inggeris oleh 26 pengilang ais di Lembah Klang, mereka berkata kenaikan harga ini tidak boleh dielakkan berikutan kenaikan kos pengeluaran dan pengedaran. – 30 Disember, 2013.MI

http://4.bp.blogspot.com/-0gZwFFuQ1O0/UpwjOvqIJVI/AAAAAAAAqkQ/owbwSZMUxmA/s400/ali+tinju+cium+tangan+rosmah+mansor.jpg 
Adakah Ali Tinju akan buat tarian punggung lagi untuk pertahan Rosmah?

5 comments:

  1. Bukan muhrim boleh salam cium tangan jantan betina ke ????

    ReplyDelete
  2. Jijiknya melihat perangai musibat ni memalukan tentera m'sia nak kata tentera pun suku sakat dia yg.jaga, pesan kat anak2 kita jangan cium bini orang ka laki orang itu budaya orang umno waris penjajah bila umno dah tak dak selamatlah Islam.

    ReplyDelete
  3. Ajar anak kita jangan cium bini orang nanti kena sula pungkok.

    ReplyDelete
  4. burok betol prangai Ali Tinju ni ye kuat menjilat najis

    ReplyDelete
  5. 'Islam 1Malaysia'kata takde haram-haramnya ... !!!

    ReplyDelete