Wednesday, January 9, 2013

DENGAN SEMANGATNYA!!! 6 OOO berhimpun di balai polis membantah tulisan "JOM #KL112"



PEMUDA UMNO PONDAN!!!!!
 
Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dikepalai oleh Ketuanya sendiri, dengan beberapa kerat ahlinya buat laporan polis di Balai Taman Desa, Kuala Lumpur atas alasan Pusat Khidmat Masyarakat Seputeh yang menempatkan Pejabat UMNO Bahagian Seputeh dan Ah Long berlesan, TEKUN Nasional Cawangan Seputeh diconteng dengan perkataan "JOM #KL112".

KAJIAN TERKINI!!! Populariti Najib jatuh selepas tiga bulan umum BR1M

KUALA LUMPUR 10 Jan: Satu tinjauan yang dijalankan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 mendapati populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menurun dua peratus ke tahap 63 peratus, berbanding 65 peratus pada November lalu.

Kajian Merdeka Center itu menyebut, sentimen pengundi Cina menurun ke tahap 34 peratus walaupun penerimaan pengundi Cina dan India kekal utuh di tahap 77 peratus dan 76 peratus.

Kenyataan pusat kajian itu menyatakan, tinjauan itu dijalankan secara panggilan telefon pada Disember tahun lalu ke atas sampel melibatkan 1,018 pengundi berdaftar.

Menurut Merdeka Center, responden dalam sampel itu terdiri daripada 59 peratus Melayu, 32 peratus Cina dan 9 peratus India, yang dipilih berdasarkan etnik, jantian dan negeri.

Tinjauan Merdeka Center selepas pengumuman Belanjawan 2013 menunjukkan populariti Najib hanya meningkat sedikit ke takah 65 peratus pada November lalu berbanding 64 peratus pada Jun 2012. – Malaysiakini

FITNAH 'UST. TALIBAN'!!! Fauzi Muda ke bayar RM 100 000 , Utusan bayar ganti rugi di luar mahkamah


Mahkamah Seksyen Ipoh hari ini mengarahkan Presiden Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kesejahteraan Insan Negeri Perak (Wawasan), Fauzi Muda membayar ganti rugi sebanyak RM100,000 berhubung fitnah beliau terhadap Ketua Penerangan Dewan Ulama’ PAS Perak, Ustaz Norazli Musa.

Hakim, Roslan Abu Bakar memutuskan, Fauzi bersalah dalam kenyataannya yang disiar akhbar Utusan Malaysia pada 7 Jun 2011 yang menuduh Norazli menjadi jutawan segera semasa pemerintahan Pakatan Rakyat Perak selama 11 bulan dulu.

SPEKULASI KENCANG!!! Kem Mahathir akan singkir Najib ?

PM BARU BAGI MALAYSIA? Najib akan dipaksa meletak jawatan atas ‘sebab kesihatan’?
Nampaknya Malaysia akan mendapat Perdana Menteri sebelum pilihan raya umum, yang dijangka akan diadakan pada bulan Jun. Perdana Menteri Najib Razak yang sedang menghadapi pelbagai tekanandijangka meletak jawatan tidak lama lagi untuk memberi laluan kepada Muhyiddin Yassin,atas sebab-sebab kesihatan, tetapi akhirnya, Najib yang berusia 59 tahun akan menjadi mangsa terbaru persengketaan parti Umno dan perasaan khuatir akan kehilangan kuasa terhadap kerajaan persekutuan kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Pada hujung minggu, khabar angin bertiup kencang menyatakan bahawa Najib akan membubarkan Parlimen pada 26 Januari dan ini antara usaha untuk mencari jalan agar Muhyddin dan bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad boleh menggulingkan Najib sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri negara sebelum PRU ke- 13 diadakan.

KASIHAN DR NOVANDRI!!! Jadi mangsa "budaya kencing" Pembesar UMNO

Dr.Novandri mangsa "kencingan hancing" pemimpin Umno?
 

Semua sudah tahu apa yang terjadi kepada pengendali blog Minda Intelek Melayu Dr.Novandri yang terpaksa memohon maaf kepada Khalid Samad atas satu artikel yang pernah beliau tulis dan dikhabarkan juga terpaksa membayar sejumlah wang (khabarnya RM50 Ribu) sebagai ganti rugi penyelesaian luar makamah.

Pot pet pot pet sana sini pejuang maya pro-Umno memperkatakan KETIDAK PERHATINAN pemimpin pemimpin besar Umno terutamanya kepimpinan Umno Pulau Pinang terhadap nasib Dr.Novandri yang terpaksa menghadapi semua ini berseorangan dan hanya dibantu sahabat sahabat sesama bloggers yang simpati.

PANAS!!! Pengawal SYABAS acu senjata api halang rakyat hendak tahu apa berlaku di rumah pump Wangsa Maju

Situasi yang berlaku semasa rombongan mangsa-mangsa gangguan air ke rumah Pam Wangsa Maju. Lihat bagaimana ramainya polis berkawal seolah ada sesuatu yang mereka cuba sembunyikan. 

Semasa orang ramai berkeras menyerbu nak masuk melihat apa yang terjadi. Salah seorang anggota pengawal mereka (gambar ke-2) mengangkat senjata Pump Gun dan menggugut untuk menembak.

MAI BACA!!! Kisah duka buruh paksa, wangnya disapu UMNO sejak tahun 1990an

KOTA BAHARU, 9 Ogos - Kenangan pahit menjadi buruh paksa 64 tahun lalu masih menghantui seorang warga tua yang kini berumur 81 tahun. 



Pengalaman sukar semasa Perang Dunia Kedua itu mengingatkan beliau akan bahaya pencerobohan kuasa asing dan erti kemerdekaan. 



Setiap kali menyambut Hari Kemerdekaan, beliau sebak kerana terkenang keperitan hidup pada zaman penjajahan Jepun. "Pak cik tidak dapat lupakan kekejaman Jepun sehingga akhir hayat dan pak cik tidak akan halalkan perbuatan kejam mereka," kata Muhammad Awang yang terlantar akibat lumpuh separuh badan selepas diserang angin ahmar lebih tiga tahun lalu.


TAK RETI BACA BAJET!!! Ketua Pemuda UMNO Kedah kena ikut Kursus Memahami Bajet

Oleh: Zulkifli Yahaya

Saya berbaik sangka untuk mengatakan Badrul Hisham Ketua Pemuda BN Kedah benar-benar tidak tahu membaca laporan Bajet 2013 bagi negeri Kedah. Dia tidak berniat untuk berbohong atau membuat fitnah kepada kerajaan negeri. 
 
Kesalahan peribadinya tentulah kerana tidak mempunyai penasihat isu yang baik lalu mengutip maklumat yang salah dari orang yang 'tidak betul'.

Sebagai pemimpin Pemuda kepada sebuah pertubuhan politik yang besar di negeri ini, beliau sangat wajar mempunyai penasihat isu semasa sepenuh masa kerana nilai kehebatan seseorang ahli politik diukur dari aspek penguasai terhadap isu.

TAKUT KL 112 DAPAT SAMBUTAN!!! Perangai Muhyiddin dah tak beza dengan pencacai UMNO

Peguam pemimpin de facto Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Latheefa Koya, membidas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggelarkan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diadakan Sabtu ini sebagai “Himpunan Shamsidar”.


Beliau berkata kenyataan tersebut adalah sebagai satu percubaan untuk mempengaruhi keputusan mahkamah yang melibatkan Anwar.

“Untuk peringatan Shamsidar tidak pernah dipanggil atau disenaraikan sebagai saksi sebarang kes tertunggak yang melibatkan Anwar Ibrahim.

TERKINI!!! Pengurusan Stadium Merdeka membenarkan penggunaan stadium itu untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat

KUALA LUMPUR: Maklumat tidak rasmi diterima Harakahdaily sebentar tadi memaklumkan pihak pengurusan Stadium Merdeka membenarkan penggunaan stadium itu untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari ini.

Jawatankuasa HKR ketika ini difahamkan sedang mengadakan perbincangan di Pejabat Agung PAS di sini.

Satu kenyataan rasmi oleh jawatankuasa itu akan dibuat pada sidang media khas sejurus pertemuan itu sebentar nanti.