Sejak namanya disebut-sebut
bakal jadi calon PRU akan datang, semakin galak mengila sasau Ust Kazim
naik pentas ceramah tajaan UMNO, dulu kata-nya tak moh (tak mau)
terlibat dengan pentas politik,cuma nak cakap pasal Islam saja,tapi
dalam dok kata tak mau sentuh politik selalunya auta Kazim saja,dia
balun juga cakap politik.
Sekarang ni
banyak tergantung banner-banner muka Kazim kat kawasan Larut,konon-nya
ceramah Perdana pada 2hb ni...tapi hakikatnya ialah Ceramah Politik
Perdana sebab memang sah dianjurkan oleh UMNO kat sini.
Ramai orang kat
sekitar Sungai Tapah dan Sungai Bayor Selama kata Ceramah Kazim ni
semata-mata nak balas balik ceramah-ceramah yang dibuat oleh PAS yang
ahlinya ramai disini.
Wednesday, January 30, 2013
KENA BAYAR LAGI!!! Utusan sedia bagi gantirugi kepada Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail
KUALA LUMPUR 31 Jan: Keputusan kes saman fitnah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail terhadap Utusan Malaysia ditangguh ke 5 Februari ini untuk menentukan sama ada diteruskan atau mencapai penyelesaian di luar mahkamah.
Kes yang bermula sejak 2010 itu sepatutnya diumumkan keputusan hari ini. Bagaimanapun Utusan sedia untuk membayar gantirugi.
Setelah berbincang, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk menangguh kes sehingga tarikh tersebut.
Kes yang bermula sejak 2010 itu sepatutnya diumumkan keputusan hari ini. Bagaimanapun Utusan sedia untuk membayar gantirugi.
Setelah berbincang, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk menangguh kes sehingga tarikh tersebut.
PERASMIAN GEMILANG KAMPUS KUIN!!! 5000 hadir walaupun dIboikot wakil rakyat UMNO/BN
Raut wajahnya nampak lebih muda dari usia sebenar.Lebih 5 ribu hadir, dari yang pangkat besar-besar hinggalah ke rakyat jelata yang kerja kampung, kutip buah kelapa, kutip getah skrap, kutip tin dan botol, tak mahu lepaskan peluang bersejarah ini.
Terasa bangga orang-orang kampung Kuala Ketil dan Baling, Agong sanggup turun ke daerah mereka dan mereka juga boleh melihat wajah raja yang mereka sayangi dengan lebih dekat lagi, apatah lagi dengan penampilan baru Tuanku Permaisuri.
PANAS!!! Tan Sri Abu Talib Othman gesa tindakan tegas terhadap Brahim Ali
KUALA LUMPUR, 31 Jan – Pihak berkuasa harus mempercepatkan tindakan
terhadap Datuk Ibrahim Ali berhubungan dengan gesaannya untuk membakar
bible, kata bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman.Pemimpin
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang lantang itu
dilaporkan menggesa agar kitab suci penganut agama Kristian itu dibakar
dalam satu sidang media di Pulau Pinang pada 19 Januari.“Isunya bukan
pembakaran bible.
Apa yang menjadi isu adakah beliau mengucapkan kata-kata tersebut?” kata Abu Talib kepada The Malaysian Insider dalam satu temuramah baru-baru ini.
Apa yang menjadi isu adakah beliau mengucapkan kata-kata tersebut?” kata Abu Talib kepada The Malaysian Insider dalam satu temuramah baru-baru ini.
"Jika ya, sama ada kata-kata tersebut berunsur hasutan menurut Akta Hasutan dengan membacanya secara keseluruhan dan dalam konteks ianya dibuat. Jadi, sama ada bible telah dibakar adalah tidak ketara walaupun membantu dalam pendakwaan kes itu jika beliau didakwa,” katanya.
Bekas peguam tertinggi kerajaan itu berkata laporan polis yang dilakukan pengadu terhadap kenyataan provokatif Ibrahim berkait dengan pertikaian mengenai penggunaan kalimah “Allah” yang masih belum selesai semenjak empat tahun lalu.
TU DIA !!! Blogger UMNO Kedah belasah Najib jangan jadi buta tuli
PRU 13
sudah hampir. Bila-bila masa dari sekarang Parlimen boleh dibubar. Kalau
diperumpamakan pisang ianya sudah tersangat ranum dan bila-bila masa boleh
diramas-ramas untuk dibuat cucor kodok.
Pengerusi
BN negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dengan tegas memberi amaran
pemimpin bahagian, cawangan dan Pusat Daerah Mengundi supaya berhenti mengadu
domba, bercakaran dan berbalah sesama sendiri.
Semua ini
jelas membuktikan bahawa krisis dalaman bahagian-bahagian UMNO di Kedah masih
berterusan, kritikal dan porak peranda. Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian,
Naib Ketua Bahagian, Ketua Penerangan, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua
Puteri masing-masing sedang memasang angan-angan bercita-cita tinggi untuk
menjadi wakil rakyat.