PARIT BUNTAR - Kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
yang mendakwa Pakatan Rakyat (PR) menjadikan isu kewujudan pocong
sebagai bahan kempen pilihan raya adalah tidak berasas.
Ketua Penerangan Pas Kawasan Parit Buntar, Fakhrurrazi Khalid berkata,
kenyataan tersebut adalah cubaan menutup pelbagai kepincangan Barisan
Nasional (BN) di Parlimen Parit Buntar dan mengalih perhatian rakyat
terhadap isu utama seperti masalah pembinaan Hospital Kerian, masalah
pengagihan tapak lot penempatan Kampung Tersusun Raja Bashah, Kuala
Kurau dan peralihan sokongan pengundi cina kepada PR.
“Saya percaya beliau terdesak menggunakan apa jua sumber yang dikutip
dari ‘tepi longkang’ untuk mengalihkan perhatian masyarakat terhadap isu
lebih serius yang boleh menjejaskan integriti kepimpinan BN dan
kerajaan negeri di Dun Kuala Kurau dan Parit Buntar.
Sunday, February 3, 2013
UMNO/BN TERDESAK!!!! Belanja lebih RM 2 Juta bayar Psy Gangnam untuk himpun orang ramai
Salah satu program yang akan diadakan nanti adalah Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di padang Sekolah Menengah Han Chiang, Pulau Pinang pada 11 Februari anjuran BN Penang.
Acara yang akan dihadiri oleh Perdana Menteri itu bakal diserikan lagi dengan persembahan artis luar negara.
18 KERUSI DI SABAH!!! Pakatan mampu menang
(Datuk Yahya Lampong...Pakatan akan menang di Sabah kali ini)
AMPANG: Bekas Timbalan Menteri persekutuan Datuk Yahya Lampong yakin Sabah akan membentuk kerajaan baru dari Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum ke 13 (PRU13) nanti.
Beliau yakin Pakatan akan menang 18 kerusi parlimen di Sabah yang mana 13 kerusi adalah dari kawasan Kadazan, Dusun, Murut dan Cina (KDMC) dan lima lagi kerusi Bumiputra Islam.
Yahya yang merupakan orang Bajau pernah menjadi timbalan menteri ketika Tun Dr Mahathir adalah perdana menteri.
KANTOI!!! Akhirnya Musa Aman mengaku juga
Sah, Ketua Menteri Sabah, Musa Aman mengakui bahawa suspek yang dikehendaki kerajaan Filipina Manuel Karingal Amalilio merupakan "saudara jauh" keluarganya.
Bagaimanapun, Musa menafikan bahawa beliau campur tangan untuk menghalang penghantaran pulang individu tersebut.