Friday, April 5, 2013

NAJIB MAKIN PENING!!! Pegawai Kerajaan tolak UMNO , peminat PORNO sokong UMNO

Masih ramai yang bercakap mengenai wajah sugul yang dipamerkan Najib ketika beliau mengumumkan pembubaran Parlimen, Rabu lalu. Tidak seperti Mahathir dan Pak Lah dahulu yang riang, ceria dan yakin ketika membuat pengumuman itu, Najib sebaliknya mempamerkan wajahnya yang muram dan tidak manis. Malah Muhyiddin yang ada disebelahnya, jauh lebih ceria dan meyakinkan.

Sepatutnya bila Perdana Menteri mengumumkan tarikh bubarnya Parlimen, beliau seharusnya berwajah ceria dan manis. Ini kerana tarikh yang dipilihnya itu tentulah dibuat setelah mendapat pelbagai maklumat bahawa keadaan berpihak kepadanya. Biasanya hanya setelah semua keadaan ok dan persiapan mencukupi serta harapan kemenangan berada di tahap yang tinggi, barulah Parlimen dibubarkan.

Tetapi PRU ke 13 ini memang lain dari yang lain. Jika Najib menunggu semua keadaan berpihak kepadanya baru hendak mmengumumkan pembubaran Parlimen, barangkali tarikh itu tidak akan muncul sampai bila-bila. Najib tidak akan terjumpa tarikh yang sesuai untuknya dan keadaan memihak kepadanya sebelum membubarkan Parlimen kerana secara umumnya rakyat sudah bersedia sejak lama untuk memberi pengajaran kepada UMNO dan kerajaan. Rakyat mahukan perubahan dan mahu mengakhiri monopoli kuasa oleh UMNO.

DASAR BUSUK HATI!!! Tak dapat panjat, Samseng Taik Kucing sanggup tebang pokok untuk buang bendera PAS


Untuk makluman tuan2! Sebuah pokok besar yg ada bendera pas yg besar telah di tebang oleh pihak yg tidak bertanggungjawab. Kejadian ini berlaku tengah hari tadi di kampung lipat kajang di dun kerdau. Adakah ini satu provokasi dari umno yg takut kepada kebangkitan rakyat skrg?

NASIB 4 KATAK!!! UMNO dah tak kelapaq, pergilah membawa diri


IPOH - DAP Negeri Perak mencabar Barisan Nasional (BN) menyenaraikan empat calon bebas, Datuk Hee Yit Fong, Jamaluddin Radzi, Kapten (B) Mohd Osman Jailu dan Keshvinder Singh sebagai calon BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Setiausaha DAP Negeri Perak, Nga Kor Ming berkata, keempat-empat penyandang kerusi Dun itu perlu diberi peluang susulan tindakan mereka meninggalkan parti masing-masing untuk membolehkan BN mentadbir negeri ini.