Nik Abdul Aziz Nik Mat
Nik Aziz menyerahkan simbolik watikah perlantikan kuasa kepada Ahmad Yakob di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, hari ini. - Foto Sinar Harian 
 
KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia mempertahankan jawatan mursyidul am Pas yang diamanahkan kepadanya sebelum ini sekiranya mendapat persetujuan Pas pusat.

Nik Aziz mengakui tugas sebagai mursyidul Am Pas adalah besar dan membebankan berbanding jawatan Menteri Besar yang disandangnya sejak 23 tahun yang lalu.


“Mursyidul Am itu lantikan dari pusat, dia beri, saya terima, kalau tak bagi pun tak apa, kalau dilantik, saya bersedialah, bukan payah sangat, tapi walaupun senang, inilah jawatan yang paling membebankan saya.