Barisan kabinet yang diumumkan Najib baru-baru ini betul-betul menepati
kata pepatah, "rumah siap pahat berbunyi". Rungutan, sungutan, rasa
tidak puas hati dan tuntutan wujud di sana-sini satu demi satu. Ia
berikutan keputusan Najib melantik Presiden Transperancy International,
Paul Low sebagai menteri dan pemimpin Hindraf, P Waythamoorthy sebagai
timbalan menteri.
Perlantikan mereka bukan saja diragui, malah ada pihak yang merasakan mereka juga layak menganggotai kabinet kali ini berikutan masing-masing kononnya mendakwa telah memberi sumbangan kepada kemenangan BN.
Selain beberapa parti dalam BN seperti PRS dan SPDP yang meluahkan secara terbuka rasa tidak puas hati sama ada atas jawatan yang diberi atau kerana dipinggirkan sama-sekali, beberapa pihak yang diluar BN pula tidak segan-segan mahukan mereka turut diberikan jawatan dalam kabinet.