Sunday, May 19, 2013

SEPATUTNYA PERKASA YANG DAPAT JAWATAN!!!!Zambry Kadir,Ali Hamsa, Azeez Rahim, Reezal Merican tu siapa? Kimma nak apa lagi?


Barisan kabinet yang diumumkan Najib baru-baru ini betul-betul menepati kata pepatah, "rumah siap pahat berbunyi". Rungutan, sungutan, rasa tidak puas hati dan tuntutan wujud di sana-sini satu demi satu. Ia berikutan keputusan Najib melantik Presiden Transperancy International, Paul Low sebagai menteri dan pemimpin Hindraf, P Waythamoorthy sebagai timbalan menteri.

Perlantikan mereka bukan saja diragui, malah ada pihak yang merasakan mereka juga layak menganggotai kabinet kali ini berikutan masing-masing kononnya mendakwa telah memberi sumbangan kepada kemenangan BN.


Selain beberapa parti dalam BN seperti PRS dan SPDP yang meluahkan secara terbuka rasa tidak puas hati sama ada atas jawatan yang diberi atau kerana dipinggirkan sama-sekali, beberapa pihak yang diluar BN pula tidak segan-segan mahukan mereka turut diberikan jawatan dalam kabinet.

Read more ...

ADAM ADLI KENA TANGKAP!!! Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR kena tangkap juga...

JINGGA 13 mendesak Ketua Polis Negara yang baru agar menangkap dan mendakwa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) atas jenayah yang tidak boleh dimaafkan iaitu menipu rakyat Malaysia di atas kes DAKWAT KEKAL yang TIDAK KEKAL.

Pelbagai laporan polis dibuat terhadap kes tersebut ternyata sedikit pun tidak memberikan kesan terhadap jenayah yang dilakukan oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR yang juga turut melibatkan jutaan RInggit Malaysia wang rakyat.

Read more ...