Datuk
Husam Musa melahirkan rasa keberatannya untuk menyertai pertandingan
merebut jawatan Timbalan Presiden PAS dalam Muktamar PAS ke 59 November
ini.
"Saya rasa jawatan naib presiden yang saya pegang sekarang sudah cukup
tinggi untuk saya," kata Husam dalam program Dialog Anak Muda di sebuah
dewan dekat Bandar Baru Salak Tinggi malam tadi.
Husam (gambar) menjawab soalan yang dikemukakan oleh peserta dialog itu
yang ingin tahu sikap beliau terhadap pencalonan yang beliau terima
sekarang untuk bertanding timbalan presiden PAS.
Sehingga kini, sekurang-kurang empat kawasan PAS telah mencalonkan beliau untuk jawatan itu.
Kawasan-kawasan itu adalah Segamat (Johor), Shah Alam (Selangor),
Lembah Pantai (Wilayah Persekutuan) dan yang terbaru Kota Bharu
(Kelantan).
KUALA TERENGGANU – Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar
Nik Abdullah berkemungkinan turut dicalonkan Pas Kawasan Kuala Nerus
bertanding jawatan timbalan presiden sekali gus mencabar penyandangnya,
Mohamad Sabu dalam pemilihan parti itu tidak lama lagi.
Keadaan itu berkemungkinan besar memandangkan Nik Mohd Amar dijemput
Pas kawasan itu untuk merasmikan Mesyuarat Agung Pas Kawasan Kuala Nerus
Kali Ke-53 pada 14 September lalu.
Sekiranya benar beliau mendapat sokongan di kawasan Kuala Nerus, ini
bermakna Nik Mohd Amar mendapat dua pencalonan di peringkat negeri
setakat ini selepas Besut.
Bagaimanapun, Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Nerus, M Shukrimun
Shamsudin berkata, perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat Rabu
depan untuk mencalonkan nama bagi jawatan presiden, timbalan presiden
dan naib presiden.
MENJELANG pemilihan pimpinan PAS hujung tahun ini ternyata dua jawatan utama mulai menjadi perhatian umum iaitu Presiden dan Timbalan.
Media baik tradisional dan konvesional khususnya akhbar cetak mahupun
media baru iaitu laman sosial mula merenung pemilihan itu sebagai lazim
yang masing-masing perhatikan bagi setiap pertandingan baik dalam
negeri mahupun luar.
Pertandingan Presiden Amerika
Syarikat atau pemilihan pimpinan Parti Konservatif Britain tidak kena
mengena dengan kita, tetapi media kita ikut menyuluh perkara itu lama
sebelum pemilihan itu.
Tujuannya apa? Ialah untuk menyuluh masa depan
negara tersebut dan parti tersebut tentang semua kemungkinannya.
Maka kita wajar mengambl sikap terbuka jika media umum secara terbuka
membuat ramalan dan dugaan tentang pemilihan pimpinan PAS itu.
Kebebasan dan demokrasi itu tidak wajar disekat jika ada yang menyebut
Ustaz Abdul Hadi Awang mesti dikekalkan sebagai Presiden atau Mohamad
Sabu sebagai Timbalan Presiden mesti dicabar.
Apa pun Harakah
sebagai suara rasmi PAS, tidak punya kebebasan seperti lain media untuk
membuat sebarang unjuran kerana ia akhbar parti. Akhbar parti milik
semua ahli parti, ia tidak wajar mencadangkan orang itu mesti diganti
dan sebagainya.
Parti itu milik semua ahlinya. Maka ia tidak
boleh nyatakan satu sikap yang tidak disetujui oleh yang lain. Hal yang
tidak disetujui oleh semua biarlah dimainkan oleh orang lain.
Penglibatan media parti dalam hal yang demikian boleh mendorong
kecenderungan lobi melobi dan suatu budaya yang tidak menjadi amalan
PAS.
KUALA KANGSAR : Dr Raja Ahmad Iskandar kekal menjadi YDP PAS Kuala Kangsar apabila diisytiharkan menang tanpa bertanding setelah mendapat 26
pencalonan daripada 26 cawangan.
Bagaimanapun bagi jawatan Timbalan dan Naib Yang Dipertua menyaksikan pertandingan dua penjuru membabit penyandang Timbalan YDP Burhanudin Ahmad dengan mantan ADUN Titi Serong Ustaz Drs Khalil Idham Lim Abdullah.
Ustaz Drs Khalil Idham Lim Abdullah yang juga bekas calon PAS bagi parlimen Kuala Kangsar turut bersaing dengan Haji Mustapa Azmi bagi jawatan NYDP.
Berikut adalah keputusan pemilihan PAS Kawasan Kuala Kangsar
JAWATAKUASA PAS KUALA KANGSAR 2013/2015
YDP: Dr Raja Ahmad Iskandar
TYDP: Burhanuddin Ahmad
NYDP: Hj Mustapa Azmi
KUU: Us Bakri Hamza